Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau atau mukin sudah terlupa dengan nama Sarena Hashim. Tetapi jika diputarkan lagu seperti Dua Kali Dua, mungkin anda tahu tentang penyanyinya. Sarena Hashim cukup popular di sekitar awal tahun 70an dengan lagu-lagu seperti Panggillah Daku, Ki Ingin Mu Jua, Joget Hitam Manis, dan lagu saduran Sejak Kau Pergi (Main Shair To Nahin).
Penyanyi yang berasal dari Pulau Pinang ini memulakan kariernya sebagai artis rakaman apabila diberi peluang oleh EMI Singapura untuk merakamkan lagu di dalam piring hitam dengan 3 buah lagu yang sekaligus memperkenalkan beliau antara penyanyi baru yang mendapat sambutan. Lagu-lagu tersebut adalah Panggillah Daku dan Mimpiku dan lagu saduran daripada lagu You Showed Me, lirik oleh beliau sendiri.
Masa aku kecik2 ingat2 lupa penyanyi ni...tapi mak aku suka gunting gambar2 dia ni tampal kat dinding...lagu2 dia sedap...ada sesapa tahu kisah terkini Sarena Hashim?
Ntah kenapa bila baca thread ni rasa hiba sangat-sangat. Berry memang suka P Ramlee walaupun takdela tiap kali tengok filem beliau, tapi orang-orang sekeliling berry macam hubby and adik lelaki memang hafal dialog2 P Ramlee.
Tapi lepas baca thread ni berry lebih menghargai beliau dan rakan-rakannya. Semoga roh beliau diredhai Allah.
Mak Nani berkongsi cerita ketika di saat2 akhir allahyarhamah Saloma. Kredit to bekas Pengarang Renc ...
Jelas Mak Nani lagi, dia terus mendapatkan doktor, menghubungi anaknya, Anwardi Jamil (Didi) dan menyampaikan berita dukacita itu kepada ibu Saloma."Akhirnya tinggalkan Mak, Didi, Mali (Armali) dan bapa tiri Saloma di hospital itu. Mak uruskan ambulans. Malangnya, jenazah beliau tidak dibenarkan dibawa dalam ambulans."Mak terpaksa pula cari van. Mak buat segala-galanya sampai doktor ingat Mak kakak atau adik Saloma. Bila dapa van, kami berempat bersama jenazah Saloma keluar dari hospital."Keadaan sungguh sepi pad waktu itu. Mak sedih sebab orang yang begitu terkenal dan dipuji suatu ketika dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang tiada sesiapa pun tahu dan hanya kami berempat yang membawa jenazahnya pulang," katanya mengimbas
kenangan pada 25 April 1983 itu.
melatibiru Post at 19-8-2010 18:25
Ini lah yang sharifah aini buat contoh ... tengah top kata dia buat simpanan supaya bila sakit tak menderita minta bantuan orang. Tapi maknusia ni lupa sepuluh jari tunjuk kat orang satu tu kena kat muka sendiri. Sharifah aini pernah muflis kalau tak sadar lagi kakpah tu tak tau la.
ok, bagi yg speku aku sape keje kat finas... ok la..sebenarnya aku hanyalah orang biasa dan tiada ka ...
pencintaTZ2010 Post at 20-8-2010 00:19
Bagus lah you ni .. di Malaysia ni artis lama jarang wartawan up-date story mereka. Kalau saya lah wartawan dah lama saya buat satu ruang mejejak artis lama. Artis baru ni bosan baca cerita dia orang taww.
BTW ..zaman dulu orang cina sanggup adap tv tengok cerita Jins Shamsuddin dgn P.Ramlee cina sekarang?