|
Dengarnya... Tahniah tersenarai Top 5 ABPBH 2008
Oleh Normah Becok
MINGGU lalu, Cik Normah menghadiri majlis pengumuman senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008. Ada yang Cik Normah tak sangka-sangka akan dapat, tapi dapat. Mungkin itu sudah rezekinya selain dapat sokongan peminat, maka bersyukurlah. Cik Normah juga tumpang gembira dan kadang-kadang rasa geli hati Nurul Alis atau Kiki, personaliti RTM yang berjaya membolosi diri untuk kategori Pengacara TV Popular.
Berkali-kali kawan Cik Normah meyakinkan Kiki bahawa namanya tersenarai dalam Top 5. Kata kawan Cik Normah lagi, dia memang terkejut yang bukan dibuat-buat. Malah, sewaktu kawan Cik Normah itu hendak menghubunginya menerusi telefon untuk mendapatkan reaksinya, Kiki boleh cakap panggilan yang dibuat ala 憄anggilan hangit?yang hendak mengenakan dirinya. Macam program Wakenabeb pun adalah. Yelah, siapa yang tak sangka, calon bukan kegemaran tiba-tiba naik nama ke peringkat akhir. Apa-apapun, Cik Normah ucapkan syabas kepada Nurul Alis.
Selain itu, ada juga nama seperti Elly Mazlein, Farahdhiya, Dafi, Remy Ishak, Fouziah Gous, Iqram Dinzly (sekadar menyebut beberapa nama) yang popular tetapi tidak tersenarai dalam Top 5 ABPBH 2008. Cik Normah pun pening, kenapa jadi begitu. Apakah peminat mereka kurang atau prestasi mereka semua pada tahap biasa-biasa saja. Apa pun itu semua adalah keputusan peminat dan pembaca Berita Harian/Berita Minggu.
Ada juga yang tidak lekang dengan kontroversi seperti Datuk Siti Nurhaliza, Abby Abadi, Diana Danielle, Rita Rudaini, Akhil Hayy, Elyana, Faizal Tahir, Fahrin Ahmad dan Linda Onn tapi berjaya mencuri perhatian peminat untuk terus diundi mereka. Cuma Memey Suhaiza dan Norman Hakim sebagai antara contoh yang panas tahun lalu, tapi gagal menyerlah ke senarai akhir. Tak dilupakan pasangan suami isteri, Lisdawati dan Fauzi Nawawi pun begitu.
Scha antara ramalan Cik Normah yang tepat apabila dia turut tersenarai dalam Top 5 kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Tapi Cik Normah risau, takut gosip cintanya dengan Fahrin akan membuatkan peminat mula jelak. Abby Fana pula antara penyampai radio yang jarang kedengaran kisah kontroversi tapi membuktikan sokongan peminat terutamanya mak cik dan pak cik yang suka mendengar celotehnya tidak pernah berbelah bahagi. Tak semestinya jarang mendapat pendedahan media tak boleh ke Top 5. Abby Fana dan Nurul Alis di RTM sebagai bukti terdekat.
Kata teman setugas Cik Normah, ABPBH 2008 kali ini nampak sengit dan meriah kerana senarai Top 5 memperlihatkan banyak wajah baru, segar dan muda seperti Stacy, Meet Uncle Hussain, Aizat, Aiman dan Estranged.
[ Last edited by aryzana83 at 23-2-2009 08:01 AM ] |
|