|
~EP27~SABUNLAND:Empayar kegemilangan sabun dan sabunians {vote sabun ABPH09}
[Copy link]
|
|
Balas #1493 dikleen\ catat
hai leen |
|
|
|
|
|
|
|
ABPBH2008: Pos Malaysia, ABPBH saling berkait
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected],my
Pengundi masih perlu menggunakan setem dan penghantaran pos untuk serahkan borang undian
SELAMA ini mereka tidak berpeluang untuk menerokai bangunan
tersergam indah yang terletak di antara Daya Bumi dan Keretapi Tanah
Melayu Berhad (KTMB) itu. Kalau adapun hanyalah atas urusan biasa
seperti mengirim surat, membeli setem atau membayar bil.
Namun, pada Jumaat lalu, pintu terbuka luas buat lima calon
akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH2008) iaitu
Liyana Jasmay, Aizat, Lisa Surihani, Nubhan dan Fizo Omar apabila
mereka diberi kesempatan bukan saja mendapat maklumat mengenai
perkhidmatan yang disediakan tetapi juga melihat khazanah menarik yang
tersimpan di bangunan Pejabat Pos Besar Malaysia.
Peluang itu tiba apabila mereka diundang untuk
memeriahkan sidang media mengumumkan kerjasama antara Pos Malaysia
Berhad (Pos Malaysia) dan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) untuk acara
ABPBH2008 yang acara kemuncaknya berlangsung di Arena Of Stars, Genting
Highlands, 12 April depan.
Pada majlis itu, Pos Malaysia turut memperkenalkan peti surat
khas yang akan diletakkan di pejabat pos besar seluruh negara bagi
kemudahan peminat menghantar borang pencalonan, memberi penajaan
sebanyak RM150,000 serta mengumumkan untuk mengabadikan semua wajah
pemenang ABPBH2008 untuk setiap kategori di dalam setem khas.
Perkara itu diumumkan sendiri, Pengarah Eksekutif merangkap
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia),
Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Manja
Ismail menerima replika cek penajaan itu bagi pihak BHSB. Hadir sama,
Pengarang Hiburan Berita Harian merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Pengelola ABPBH2008, Hanizam Abdullah.
DARI
kiri Fizo, Nubhan, Liyana, Lisa dan Aizat melihat setem keluaran
pertama di bilik filateli di bangunan Pejabat Pos Besar Malaysia.
Pastinya
berita mengenai pengumuman mengenai wajah pemenang yang menghiasi setem
khas itulah yang paling menarik minat mereka. Bukan calang-calang orang
berpeluang mendapat keistimewaan itu.
Justeru, usaha Pos Malaysia membuktikan betapa usaha serta bakat anak seni dihargai dan diberikan pengiktirafan sewajarnya.
Walaupun pada dasarnya Pos Malaysia dan dunia hiburan bukanlah
sesuatu yang sinonim namun apabila dilihat peranan mereka terutama
ketika pengundian berlangsung, tak dapat dinafikan kedua-duanya saling
berkaitan.
Koleksi buat peminat
LIMA finalis ABPBH2008 bergaya di depan bangunan Pejabat Pos Besar.
SEBAGAI
salah seorang calon akhir, Liyana Jasmay atau lebih akrab disapa Nana
teruja dengan pengiktirafan yang diumumkan Pos Malaysia itu.
“Bukan semua orang berpeluang mengabadikan wajah mereka di
atas setem. Apabila Pos Malaysia bersedia memberikan peluang itu kepada
semua pemenang ABPBH, saya adalah antara orang yang seronok.
“Tak kisahlah kalau bukan saya yang menang tetapi
sekurang-kurangnya ia menunjukkan mereka cuba memartabatkan golongan
artis dengan cara mereka sendiri,” kata Nana yang teruja apabila dibawa
melihat bilik filateli, tempat simpanan koleksi setem khas keluaran
pertama.
Memandangkan ini kali pertama tersenarai sebagai calon akhir
ABPBH 2008 untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Liyana berkata
dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang.
“Bagi saya, tercalon ke pusingan akhir bererti saya sudah
menang. Nama yang tersenarai ke peringkat ini hebat-hebat belaka. Lihat
saja, siapa yang bersaing dengan saya, semuanya ‘old timer’ dan lebih
popular.
“Apapun, saya bersyukur kerana ada peminat yang percaya dengan
bakat dan kebolehan saya dan sudi menghantar borang mengundi saya,”
kata Nana lagi.
Bukan saja Liyana, tetapi pelakon muda yang semakin
meningkat, Fizo Omar juga menyambut khabar itu dengan gembira. “Mungkin
setem itu nanti boleh digunakan peminat sebagai koleksi untuk dibuat
kenang-kenangan. Bukan senang hendak dapat peluang sebegini,” kata Fizo
yang mula dikenali menerusi drama bersiri Puteri Salju dan Gadis Merah
Jambu.
Bagi pelakon muda yang baru dipilih sebagai Bintang Harapan
di sewaktu Festival Filem Malaysia ke-21 Ogos lalu, Lisa Surihani,
walaupun mungkin ada yang berasa hairan dengan kerjasama Pos Malaysia
dan ABPBH2008, namun baginya perkara itu tidak ada salah baginya.
“Disebabkan pembaca perlu mengisi borang, meletakkan dalam
sampul dan melekatkan setem sebelum menghantar borang undian, saya rasa
antara ABPBH dan Pos Malaysia, memang berjalan seiringan. Saya tak
nampak ada kecacatan di sebalik kerjasama ini,” katanya yang dicalonkan
dalam kategori Artis Baru Wanita Popular bersama-sama Sari Yanti, Scha,
Stacy dan Ayu Damit
Hargai usaha peminat
JIKA teman lain hanya dicalonkan dalam satu kategori saja,
namun Nuhban berjaya melepasi cabaran apabila namanya disenaraikan
untuk dua kategori iaitu Penyanyi lelaki Popular dan Artis Baru lelaki
Popular.
Bukan calang-calang orang boleh tersenarai ke peringkat akhir
terutama untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular. Tanpa sebarang album
penuh dan hanya berbekalkan sebuah lagu single, Nubhan mencatat sejarah
peribadi apabila tersenarai dalam kategori itu.
“Saya tak jangka boleh tersenarai dalam dua kategori sekali
gus, ” jelas penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ada Untukmu ini.
Ditanya apakah strategi Nubhan untuk melobi peminat supaya
menobatkan dirinya sebagai pemenang, penyanyi muda ini berkata dia
menyerahkan perkara itu kepada kelab peminatnya.
“Biarlah perkara itu diuruskan kelab peminat. Dan pada masa
yang sama, saya akan menyertai sesi jelajah promosi ABPBH untuk bertemu
peminat saya di serata tempat,” katanya sambil memberitahu masih dalam
proses menyiapkan album sulungnya yang dijangka di pasaran Mei depan.
Jika calon lain teruja dengan pencalonan mereka ke peringkat
akhir, lain halnya kepada penyanyi lagu Hanya kau Yang Mampu ini. Bagi
Aizat, bukan anugerah yang dikejar tetapi apa yang penting adalah
kepuasan peminat terhadap persembahannya.
“Aizat lebih suka membuat persembahan di hadapan peminat
kerana itu lebih memberi kepuasan. Aizat masuk bidang ini bukan sebab
nak menang anugerah tetapi mahu bakat Aizat ini dikongsi dengan orang
ramai. Pun begitu, apabila tercalon sebagai calon akhir, Aizat tetap
hargai apa yang penyokong Aizat sudah lakukan,” kata bekas peserta
Akademi Fantasia 5 ini. |
|
|
|
|
|
|
|
den malas ar nak letak gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1502 gjown91\ catat
ada nie..layan dairi jap..
tgk obri.... |
|
|
|
|
|
|
|
jap jap...
nah ni psal nubh je
Hargai usaha peminat
JIKA teman lain hanya dicalonkan dalam satu kategori saja,
namun Nuhban berjaya melepasi cabaran apabila namanya disenaraikan
untuk dua kategori iaitu Penyanyi lelaki Popular dan Artis Baru lelaki
Popular.
Bukan calang-calang orang boleh tersenarai ke peringkat akhir
terutama untuk kategori Penyanyi Lelaki Popular. Tanpa sebarang album
penuh dan hanya berbekalkan sebuah lagu single, Nubhan mencatat sejarah
peribadi apabila tersenarai dalam kategori itu.
“Saya tak jangka boleh tersenarai dalam dua kategori sekali
gus, ” jelas penyanyi yang cukup popular dengan lagu Ada Untukmu ini.
Ditanya apakah strategi Nubhan untuk melobi peminat supaya
menobatkan dirinya sebagai pemenang, penyanyi muda ini berkata dia
menyerahkan perkara itu kepada kelab peminatnya.
“Biarlah perkara itu diuruskan kelab peminat. Dan pada masa
yang sama, saya akan menyertai sesi jelajah promosi ABPBH untuk bertemu
peminat saya di serata tempat,” katanya sambil memberitahu masih dalam
proses menyiapkan album sulungnya yang dijangka di pasaran Mei depan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1513 gjown91\ catat
kan leen........ kannn kannnnnnnnnn kannnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!! :@ :@ :@
UNDI NUBHAN KAT ABP! UNDI JGN TAK UNDIIIIIIIII :@ :@
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1517 miesya_nubie\ catat
wakakka rambut aril x sme ponnnn wakakkaka... rambut die karatz
|
|
|
|
|
|
|
| |
|