CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: MAGIC WORLD

 Close [Copy link]
Post time 11-10-2024 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:14 AM | Show all posts
Terbuka Arctic: Aaron-Wooi Yik kandas di pusingan kedua



AARON (kanan) dan Wooi Yik terpaksa melupakan Terbuka Arctic lebih awal selepas terkandas di pusingan kedua. - AFP


KUALA LUMPUR – Kejutan terbesar berlaku pada Kejohanan Badminton Terbuka Arctic di Vantaa, Finland selepas beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir di pusingan kedua.
Pada aksi yang berlangsung di Energia Areena awal pagi tadi, bekas juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 13-21, 8-21 kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy dalam tempoh 31 minit.
Keputusan itu menyaksikan Lane-Vendy mencipta kemenangan kedua ke atas Aaron-Wooi Yik dalam enam perlawanan dengan aksi terakhir pada Sukan Olimpik Paris 2024 memihak kepada pasangan negara.
Sebagai rekod, kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu merupakan aksi kompetitif pertama buat beregu No.4 dunia berkenaan sejak memenangi pingat gangsa Olimpik Paris Ogos lalu susulan kecederaan yang menimpa Wooi Yik.
Kecederaan retak tulang kaki dialami Wooi Yik menyebabkan mereka terpaksa melupakan beberapa kejohanan sebelum ini, termasuk Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka China. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/10/11/terbuka-arctic-aaron-wooi-yik-kandas-di-pusingan-kedua/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:17 AM | Show all posts
Bomba siasat punca sebenar 4 gudang terbakar




Keadaan salah satu daripada empat gudang yang terbakar di Kawasan Perindustrian SILC, Gelang Patah.








ISKANDAR PUTERI – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor akan menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengesan punca sebenar kebakaran empat gudang di Taman Perindustrian SILC, di sini, pagi tadi.
Timbalan Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Muhammad Al-Mustakin Abdul Hady berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bukan berpunca dari salah sebuah gudang penyimpanan kimia yang mempunyai thinner itu.
“Keempat-empat gudang ini merupakan gudang penyimpanan yang dimiliki oleh tiga syarikat berlainan dan kita dapati kebakaran bukan bermula dari gudang mempunyai thinner itu.
“Bagaimanapun, kita akan serahkan kepada pihak forensik untuk menjalankan siasatan sepenuhnya,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Terdahulu, akhbar melaporkan tiga warga asing dipercayai pekerja kilang terbabit mengalami kecederaan akibat kejadian kebakaran kilang pada pagi tadi.
Dalam pada itu, Muhammad Al-Mustakin berkata, kebakaran empat gudang di Taman Perindustrian SILC berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 1.34 petang tadi.


https://www.kosmo.com.my/2024/10/10/bomba-siasat-punca-sebenar-4-gudang-terbakar/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:19 AM | Show all posts
Banduan mati selepas hukuman sebatan disebabkan jangkitan kuman




PETALING JAYA – Kes kematian banduan di Penjara Pokok Sena, Kedah selepas hukuman sebatan adalah disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dalam kenyataan berkata, perkara itu disahkan menerusi bedah siasat awal.

Menurut JPM, banduan tersebut telah telah mengadu tidak sihat pada hari kesembilan selepas hukuman sebat dijalankan pada 25 September lalu.

“Susulan aduan sakit oleh banduan, pihak penjara terus melakukan pemeriksaan lanjut terhadap banduan melalui rawatan rapi oleh Pegawai Perubatan.
“Banduan telah dibawa Hospital Sultanah Bahiyah pada 7 Oktober untuk rawatan lanjut namun banduan tersebut telah disahkan meninggal dunia,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, JPM menegaskan bahawa hukuman yang dilaksanakan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dan banduan juga disahkan sihat dan cergas selepas pemeriksaan ketat oleh pegawai perubatan penjara.
“Selepas menjalani hukuman, banduan itu juga telah dirawat dengan rapi termasuk rawatan luka (dressing) setiap hari dan dipantau kesihatan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, JPM telah memulakan siasatan dalaman bagi menyemak semula perlaksanaan hukuman dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.
“Sehingga kini tiada pelanggaran SOP dikenal pasti dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, JOM akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab,” jelasnya.
Terdahulu, Suhakam mengesahkan menerima laporan berhubung kematian seorang banduan yang didakwa berlaku selepas menjalani hukuman sebatan.
Difahamkan, banduan berkenaan dikenakan penjara selama 33 tahun berserta 12 sebatan selepas pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia dan hukumannya disemak semula pada 10 September lalu. – KOSMO! ONLINE.



https://www.kosmo.com.my/2024/10/10/banduan-mati-selepas-hukuman-sebatan-disebabkan-jangkitan-kuman/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:20 AM | Show all posts
terlepass hukuman gantung
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Doakan adiiku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Di ICU
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga dilindungiNya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Masalah pernafasan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Hope for the best Sis
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepuluh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sembilan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lapan
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tujuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Enam
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lima
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Empat
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiga
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 2.062560 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list