|
KL Special Force - Filem aksi pertama lakonan Fattah Amin
[Copy link]
|
|
Dah booking tiket untuk 8hb.Hope berbaloi |
|
|
|
|
|
|
|
kipasartis replied at 2-3-2018 07:27 PM
Klu x silap premiere 5 mac
Betul kata kaka kipas... malam ni rupanya premiere. Buat kat mana ehh?... tak sabar pulak nak tgk... confirm lit katanya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
wokay jumaat ni detim ngan fattah, sol and abam rosyam... |
|
|
|
|
|
|
|
KL Special Force Gala Premiere
MMCinePlexes E@curve Damansara
7.30 malam ini
|
|
|
|
|
|
|
|
so fattzura bakalan muncul tonight??? please do... i miss you guysss... |
|
|
|
|
|
|
|
Sunyi sepi jer sini. Chuols lepak mana. Kelibat fattah & kaka faz dah kelihatan kt gala premier klsf. |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Pengantin dah sampai
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala knp igs klsf x banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melnanzz at 5-3-2018 09:11 PM
Pelakon, pengarah dan penerbit di atas pentas
L-R: Mustaqim, Josiah, Shaharuddin, Sabrina, Fattah, Fadino, Syafiq, Yusof Haslam, Tania, Ramona, Rosyam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Shaharuddin Thamby, Sabrina Ali, Fattah Amin, Tania Hudson, Ramona Zam Zam, Rosyam Nor |
|
|
|
|
|
|
|
wah mostly positive review from the gentlemen about the movie and also lakonan fattah. that's a good sign that this movie will break the box office record (insyallah). best suami isteri ni, last year film aksi wife meletop, tahun ni hopefully turn filem aksi husband pulak. mmg jodohlah korang berdua ni. |
|
|
|
|
|
|
|
macam best je sebab ada twist kat ending
mcm J revolusi pun ada twist gak...tak sangka Faz pembelot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melnanzz at 6-3-2018 03:51 PM
tepek sikit review drpd wartawan yg menonton filem ni semalam.
Wajib baca... sebab ahkak suruh baca
Terjah Filem : KL Special Force janjikan debaran maksima
Lokman Hakiem Abd. Samad
instagram: @akyem_samad
06 Mac 2018 11:49 AM
Gandingan tiga garis masa barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Noor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin menjadikan KL Special Force miliki debaran serta aura yang maksima
FILEM KL Special Force arahan pengarah muda, Syafiq Yusof boleh dikatakan memberi garapan filem aksi yang baik serta debaran yang cukup maksima.
Ini kerana sepanjang 1 jam 46 minit, apabila penulis berkesempatan menonton tayangan perdananya di e@Curve, Mutiara Damansara semalam, penulis mendapati Syafiq bagaikan tidak mahu memberi peluang kepada penonton untuk bernafas, berfikir mahu pun berteka-teki.
Suka atau tidak, penonton seolah-olah ‘dipaksa’ untuk mengikuti jalan cerita filem tersebut. Namun demikian, walaupun dipaksa secara ‘keras’, penonton mungkin akan rela menerima tekanan demi tekanan pada setiap babak yang dipaparkan.
Hal ini kerana jika ada dalam kalangan penonton berganjak keluar dari panggung walaupun buat seketika, mereka pasti akan berasa rugi kerana banyak terlepas babak-babak yang menarik.
Jujur boleh dikatakan, filem KL Special Force adalah sebuah filem yang sukar dijangka kerana terlalu banyak ‘plot twist’ yang terkandung di dalamnya.
Walaupun mungkin akan ada segelintir penonton berkata KL Special Force memiliki elemen-elemen seperti filem New Police Story dan Dark Knight pada babak rompakan, persamaan itu cuma ‘timbul’ pada garapan karakter sahaja.
Hatta lakonan Syamsul Yusof sebagai Aysraf sendiri pun, penonton mungkin masih dapat melihat beliau tidak dapat lari daripada karakter Shark (KL Gangster) namun apa yang penulis berani katakan, KL Special Force bukanlah sebuah filem yang klise dari segi jalan penceritaannya.
Terlalu banyak perkara yang tidak diduga dan penonton sendiri pasti akan termain dengan emosi yang dibawa oleh para pelakon.
Kredibiliti dan kemampuan Datuk Rosyam Noor yang membawa Roslan, seorang anggota polis senior yang sudah menyelesaikan beratus kes jenayah dan sering diganggu Asyraff (lakonan Syamsul Yusof sebagai ketua geng jahat kumpulan Anarki) memang tidak dapat dinafikan, punyai aura kehebatan di situ.
Rosyam berjaya menghidupkan watak Roslan, seorang anggota polis yang telah lama berkhidmat dan punyai pendirian yang tersendiri dengan sangat cantik sekali gus menjadikan ia sebagai satu karakter yang jujur.
Sementara itu, kemunculan Fatah Amin buat julung kalinya dalam industri perfileman memberikan pengalaman baharu buat dirinya. KL Special Force benar-benar mencabar diri Fattah Amin untuk mengubah sisi lakonnya ke arah yang lebih lasak.
Namun begitu, jiwa dan kelakuan romantik dirinya masih ada sehinggakan ada beberapa penonton wanita yang duduk di beberapa barisan hadapan penulis, menunjukkan reaksi teruja apabila Fattah muncul dan berkata-kata.
Mujur penulis seorang lelaki. Penulis hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala namun walau apa-apa pun, tahniah buat Fattah Amin dan penulis berikan satu ‘salute’.
Jika ditanya tentang cara Syafiq Yusof membuka cerita, penulis boleh katakan, tiada langsung babak yang santai. Dari saat mula, pertengahan sehinggalah ke penghujung. Perjalanannya sungguh padu, padu, padu dan padat.
Ditambah pula dengan skrip yang menjadi tulang belakang filem ini, ia bukan sahaja mempunyai pelbagai mesej yang tersurat serta tersirat namun ia juga datang dengan elemen-elemen metafora serta puitis.
Misalnya ungkapan yang dilafazkan oleh Syamsul Yusof dan Shaharuddin Thamby berkenaan cendawan. Bait-baitnya ada berbunyi seperti :
Penjenayah : Penjenayah ini macam cendawan. Sekali dicantas, mesti akan tumbuh balik.
Polis : Kalau cendawan yang tumbuh itu cendawan beracun, buat apa kita biarkan? Takkan kita nak biar generasi kita mati disebabkan cendawan beracun itu.
(Begitulah lebih kurang bunyi ungkapannya seingat penulis.)
Selain itu, (ini sekadar gurauan) para penonton dinasihatkan untuk membawa kalkulator jika mahu menonton KL Special Force di pawagam bermula 8 Mac ini.
Hal ini kerana sepanjang pemerhatian penulis, bermula dari awal babak sehinggalah ke pengakhirannya sampai habis, terlalu banyak adegan geng-eng jahat membaling bom tangan. Jadi penulis mohon untuk para penonton buat kira-kira, berapa butirkah jumlah bom yang telah dibaling sepanjang dalam filem tersebut.
Selain itu, setiap kali anggota polis mahu membuat penahanan atau tangkapan, mereka akan berkata, “Letakkan senjata anda.” Dialog ini juga boleh dihitung berapakah jumlahnya jika para penonton mempunyai masa yang agak lapang.
Apa-apa pun, penulis ingin ucapkan tahniah sekali lagi kepada Syafiq Yusof kerana menyajikan filem aksi yang boleh dikatakan berkualiti.
Mungkin filem ini belum sempurna di mata segelintir para penonton tetapi tidak menjadi satu kesalahan untuk penggiat filem menambahkan bilangan filem aksi untuk pasaran Malaysia.
Dan juga pesanan kepada para netizen yang gemar membuat spekulasi sebelum menonton, untuk filem KL Special Force ini, penulis boleh katakan ia berbaloi untuk ditonton. - UTUSAN ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nah iols tepek komen2 kt twitter pasal klsf ni. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
chuols dah beli tix belum ni? nanti review2 yachh
|
|
|
|
|
|
|
|
cant wait! iolss tengok esok!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Done book ticket utk malam ni! |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|