|
~EP26~SABUNLAND:empayar kegemilangan SABUN dan SABUNians~
[Copy link]
|
|
Nubhan Nak Buka Agensi Pelancongan
Oleh : Zikirullah Zolkefli ([email protected])
Foto : Aizzul A. Majid
Dalam satu temubual eksklusif, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'AdaUntukmu' Nubhan, memberitahu Jomstar.com bahawa dia bercita-cita untuk membuka sebuah syarikat agensi pelancongan satu hari nanti.
“Nubhan memang dah lama berhajat nak buka agensi pelancongan, sejak belajar dalam bidang pengurusan pelancongan,”
Kata bekas pelajar Kolej Komuniti Hulu Selangor ini lagi, semangatnya untuk membuka syarikat agensi pelancongan semakin membuak-buak setelah menamatkan pelajaran dalam bidang tersebut.
“Tapi selepas masuk Akademi Fantasia ini, saya terpaksa melupakan dahulu impian saya tu…Nubhan kena fokus dalam bidang nyayian dan lakonan sebab buat masa ni, Inilah rezeki Nubhan,” Katanya sambil tersenyum.
Katanya lagi, setelah mempunyai modal yang mencukupi, dia pasti akan menyambung kembali cita-citanya yang terbengkalai itu.
Album
Mengenai perkembangan terbaru Nubhan, anak kelahiran Negeri Sembilanini memberitahu Jomstar.com bahawa dia kini sedang menantikan waktu bagi melancarkan album terbarunya.
“Kalau ikutkan planning, album terbaru ni akan dilancarkan dalam bulan Febuari ni, tapi you pun tahukan, abah Nubhan pun baru meninggal dunia,selain kesihatan Nubhan buat masa ni pun tak berapa nak menentu.”
“Tapi Insyaallah kalau tak ada aral melintang, dalam bulan Mac yang akan datang ni, album sulung saya akan dilancarkan,” Kata Nubhan.
Tambahnya untuk konsep album sulungnya ini adalah bersifat universal.Kata Nubhan lagi dia mahu mencuba pelbagai genre muzik selain memberi pilihan kepada peminatnya untuk mendengar suaranya mendendangkan lagu dalam pelbagai genre muzik.
“Kalau album yang pertama ni Nubhan buat satu tema je, takut akan merugikan duit peminat. Peminat ni mempunyai kecenderungan dalam pelbagai genre muzik, jadi tak salah Nubhan mempelbagaikan genre muzik dalam album pertama saya ni,”
“Secara tidak lansung mereka dapat mendengar nyayian Nubhan dalam pelbagai genre lagu,” kata Nubhan.
Tambahnya lagi, dia juga pernah mencuba untuk menghasilkan lirik dan mencipta lagu.
“Cuma buat masa ini Nubhan rasa Nubhan masih belum bersedia untukmencipta lagu dan lirik. Bagi Nubhan untuk mencipta sebuah lagu danlirik yang indah memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran yangtinggi dan tajam dari segi pemikiran dan bahasa,”
Lakonan
Ditanya mengenai tawaran berlakon, Nubhan mengakui bahawa dia pernah ditawarkan oleh beberapa pengarah tanah air untuk berlakon dalam beberapa buah filem.
“Yang terbaru ini Nubhan ada menerima pelawaan dari Aziz M. Osman untuk berlakon dalam filem terbaru arahannya, tapi itu masih dalam perbincangan….Tajuk filem tu pun saya tak dapat tahu lagi,”
“Jadi saya tak nak cakap banyak sangat dalam soal berlakon ni sebab saya sendiri masih baru dengan dunia seni ini. Jadi saya fikir kalau diberikan watak pun, biarlah pada permulaan ini saya mendapat watak pembantu pelakon sahaja,” ujar Nubhan kepada Jomstar.com
Teman Hati
Jomstar.com juga sempat bertanya kepada Nubhan adakah di dalam hatinya sudah dimiliki oleh seseorang.
“Buat masa ni Nubhan masih solo dan mencari. Cuma nak mencari tumungkin makan masa yang lama sikit la sebab banyak benda nak buatkan,”katanya sambil tergelak.
“Lagi pun duit tak cukup lagi, nak bagi apa anak orang makan kan??” ujar Nubhan lagi.
Kata Nubhan, dia mahu menamatkan zaman bujangnya apabila berumur antara 28 dan 30.
“Jadi buat masa ini, Nubhan tak nak fikir benda nak beraweks-aweks ni lagi,”
Ditanya bagaimanakah kriteria gadis yang menjadi pilihannya, Nubhan memberitahu dia meminati gadis yang mempunyai darah campur.
“Kalau dapat lah kan, Nubhan nak isteri yang ada mix blood Chinese skit,” katanya sambil tergelak.
Nubhan menambah jika berkahwin kelak dia menginginkan keluarga yang besar.
“Nubhan datang dari keluarga yang besar dan dah terbiasa dengan bergasak dengan abang dan kakak, jadi tak bestlah tiba-tiba keluarga Nubhan nanti, anak sikit je.” Kata anak bongsu dari lapan adik beradik ini.
Info Nubhan
Nama Penuh : Ahmad Nubhan Bin Ahamad
Nama Glamor : Nubhan
Tarikh Lahir : 2 April 1986
Asal : Negeri Sembilan
Tempat Lahir : Kuala Pilah
Anak ke : 8 dari 8 adik beradik
Pendidikan : Sijil Pelancongan & Pengembaraan
Makanan Kegemaran : Masak Lemak Cili Api & Sambal Tempoyak
Minuman Kegemaran : Jus Buah,Teh Ais
Cita-Cita : Memiliki Agensi Pelancongan Sendiri
Hobi : Memancing & Berenang
Tabiat Buruk : Kuat Tidur & Suka Menyakat
Tabiat Baik : Berfikiran Positif
Warna Kegemaran : Ailore, Kenzo
Saiz Baju : L
Saiz Kasut : 10
Percutian Impian : New Zealand
Facebook : http://www.facebook.com/people/Nubhan-Ahamad/1561567826
Laman Web : nubhanfc.forumotion.com
credit:jomstar & red_eye_cherry
[ Last edited by tirasha at 26-2-2009 01:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sespe dh bce URTV bru??? cter psl stacy de dlm 2...
dye story psl album ngan story x ksh kalo khwn nagn malay.. |
|
|
|
|
|
|
|
HIBURAN
Saya tidak cemburu - Mila
Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
--------------------------------------------------------------------------------
GELARAN juara program realiti popular, Akademi Fantasiamusim kelima, (AF5) yang diraih bukan jaminan untuk Mila atau nama sebenarnya Nursyarmila Jirin terus diminati dan dipuja.
Populariti anak kelahiran Pulau Pinang ini dilihat kian jatuh merudum. Lebih mengecewakan, khabar terbaru Mila dikatakan tertinggal jauh di belakang juara AF6, Stacy yang semakin hari semakin menyerlah dan mendapat tempat di hati peminat.
Malah, ada pihak yang mendakwa bilangan undangan persembahan, nilai harga persembahan dan pelbagai lagi aktiviti seni kini lebih terarah kepada Stacy, bukan lagi Mila biarpun mereka berdua sama-sama bernaung di bawah label Maestro Talent.
Saat ditemui dalam satu sesi fotografi yang diatur khas di pejabat syarikat baru miliknya, Luvmila Corporation di Damansara, Mila hanya sempat tersenyum. Marah tidak, ketawa pun tidak dangan tanggapan yang dilemparkan kepadanya.
Menurut Mila, soal populariti terlalu subjektif untuk diukur dengan mata kasar kerana baginya populariti adalah hak peminat dan semuanya bergantung kepada individu di luar sana untuk menilai.
MILA lebih yakin dan fokus kepada masa depannya setelah berjaya menubuhkan syarikat sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------
"Saya tidak tahu tentang soal populariti sudah semakin jatuh atau sebaliknya. Bagi saya selagi ada rezeki, saya akan berkarya dalam bidang ini. Biasalah, bagi seseorang artis, ada masa kita di atas dan ada masanya kita di bawah, cuma untuk mengekalkan diri supaya jangan terus tenggelam memerlukan usaha keras dan produk yang baik.
"Walaupun mempunyai pengalaman menyanyi, saya masih ambil kelas vokal dengan Cikgu Shafi (Syafizawati Shariff) kerana saya ingin yang terbaik supaya tidak tenggelam sebalik banyak bakat yang ada dalam dunia seni tempatan," jelasnya.
Tambah gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia tidak pernah cemburu dengan kelebihan yang ada pada diri Stacy yang merupakan juniornya.
Malahan, dia sendiri mengakui bakat nyanyian dan tarian yang wujud dalam diri Stacy dan tumpang bangga melihat pelajar kelahiran program yang sama dengannya mampu memberikan sebuah persembahan yang memukau.
--------------------------------------------------------------------------------
"AF hanya platform, selebihnya atas usaha diri sendiri. Jika ada rezeki syukur Alhamdulillah. Cuma saya mengakui semasa di separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) saya membuat kesilapan besar kerana tidak menyampaikan lagu dengan baik.
"Waktu itu memang saya tidak sihat dan selepas persembahan saya akui memang sedih dan kecewa untuk beberapa hari. Perasaan malu memang tak boleh cakaplah, tetapi bukan cemburu dengan Stacy kerana saya tahu persembahan dia jauh lebih baik.
"Oleh itu, tidak wujud perasaan cemburu dengan kelebihan dan limpahan rezekinya. Kenapa perlu cemburu? Ini masa Stacy untuk naik dan saya tumpang gembira dengan kejayaannya," tutur Mila.
Itu baru soal persaingan dengan Stacy, bagaimana pula dengan kemunculan AF musim ketujuh (AF7), nampaknya selepas ini bertambah lagi persaingan Mila.
Dan nasib Mila dilihat akan lebih 'malap' jika AF7 bakal melahirkan lebih ramai bintang-bintang wanita.
Menyentuh soal itu, Mila percaya pada rezeki. Justeru, bagi memantapkan dirinya dengan menghadiri kelas vokal, Mila turut mengikuti kelas senaman secara rutin di gim bagi mengekalkan staminanya.
--------------------------------------------------------------------------------
"Walaupun sudah biasa menyanyi, senaman sangat penting untuk mengekalkan mutu suara dan persembahan bertenaga di pentas persembahan.
"Bagi saya persaingan ada di mana-mana, jika tidak AF7 sekalipun, saban hari ada saja artis baru muncul. Saya percaya pada rezeki, selagi masyarakat mahukan bakat saya, selagi itu saya akan berkhidmat untuk menghiburkan mereka," ujarnya yang kini popular dengan lagu Gila. |
|
|
|
|
|
|
|
xde org eh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #151 afiqahpink\ catat
bebehhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #154 miesya_nubie's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #156 sistercrispy's post
haluuu sister |
|
|
|
|
|
|
| |
|