|
Kemungkinan 30hb ari Sabtu semua lagu yg akan dicalonkan adalah lagu2 ciptaan Edry Abd Halim:
1. ...
Rhyno Post at 28-7-2011 11:30
Stuju!!!!100% confirm!!!!!!
Ni psl hari Sabtu ni confirm semue skali lagu Edry Abdul Halim ni yng conquer pencalonan baru.......
Confirm jgk nilah yng prtame all the way org yng same masuk tu komposer tauyuuuuuu....
Sememangnye,Kisah Dongeng,Sedetik Lebih dn Di Penghujungnya,BEST!!!!!!Confirm bole beri persaingan yng cukup sengit,tpi sihat,ye........... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni byk betol lagu2 ciptaan Kuncidemak. siapakah Kuncidemak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kuncidemak yng cipta lagu Manifestasi Cinta-Fiq dn Mirwana ye tahun lps????
Skrg,dh cipta lagu AF9 tu semue tauuu........
Tengok je profil die.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni byk betol lagu2 ciptaan Kuncidemak. siapakah Kuncidemak?
Rhyno Post at 28-7-2011 14:48
nama sebenar Kuncidemak ialah Rudi Muhammad..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Ulquiorra at 28-7-2011 15:39
Oleh Fairuz Zaidan
[email protected]
2011/01/22
PROFIL personaliti ini dalam liga muzik membayangkan tingginya ilmu di dada. Bak nota muzik, Rudi Muhammad membuai rasa dengan karyanya yang tersendiri. Beliaulah penulis lirik, pencipta lagu, pengarah seni dan komposer album, rasai dunia muzik karyawan yang menggelarkan dirinya, kuncidemak!
IMEJ rambut panjang mengurai menggambarkan eksperimental seni yang bersarang dalam diri, Rudi Muhammad. Berkelana di dalam studio mini di rumahnya di Bandar Utama, Petaling Jaya, siapa sangka bakat besar karyawan ini menjadi taruhan ramai penyanyi gred A di Malaysia.
Namun, itu bukan keutamaan Rudi Muhammad tatkala melangkah ke pentas hiburan, sebaliknya kecintaan dirinya pada muzik melepasi segala tembok populariti. Mengapa tidak, nawaitu sebenar jejaka ini adalah untuk mencari kepuasan dalam muzik.
Dalam nada merendah diri, Rudi tidak mahu mendabik dada dengan kejayaan ditempa melalui sentuhan karyanya. Baginya, perjuangan muzik harus berpandukan kepuasan yang bukan saja untuk diri sendiri, malah memberi dimensi kepada orang lain.
“Menghasilkan sesuatu lagu umpama satu penyampaian mesej walaupun ia tidak disebarkan secara langsung. Sebab bagi saya, muzik itu sendiri bersifat umum. Jika maksud sesuatu lagu itu dirasakan berbunyi mesej dakwah, maka begitulah maksudnya. Tetapi mungkin bunyinya berbeza bagi pihak lain pula,” katanya yang mula mendalami muzik seawal usia 10 tahun melalui kelas piano.
Menceritakan titik tolak dalam dunia muzik tanah air, Rudi menyimpulkan segala-galanya berlaku secara kebetulan malah pada suatu ketika, beliau pernah meninggalkan sementara bidang itu selepas mendirikan rumah tangga. Ketia menyertai sektor pengiklanan, naluri seninya tiba-tiba terpanggil untuk kembali dalam bidang muzik.
Meneliti portfolio empunya diri, program hiburan Jom Heboh, pertandingan nyanyian realiti, Mentor hinggalah pementasan teater serta penggubahan lagu, semuanya menjadi saksi kepada sentuhan genius Rudi.
Bersama segenggam tekad, jom kongsi pengalaman berharga insan kreatif ini...
Boleh anda ceritakan titik tolak pembabitan anda dalam industri muzik tempatan?
Saya mengenali Edry Hashim ketika aktif dalam bidang pengiklanan. Apabila berada di studionya, Edry tidak sangka saya boleh bermain keyboard membuatkan beliau terpanggil mengajak saya untuk sesi jamming bersama.
Memang ghairah itu muncul kembali, kerana saya pernah berkecimpung lebih 10 tahun bermain muzik di kelab malam. Selepas melihat kebolehan saya, tidak sangka begitu pantas saya diajak menjayakan program Jom Heboh dan Mentor musim pertama. Itulah antara titik tolak saya sebelum akhirnya saya bergiat serius dalam bidang ini.
Lantas, anda tinggalkan profesion dalam bidang pengiklanan?
Sebelum bidang pengiklanan, saya bermain muzik di kelab malam selama 10 tahun bermula 1989. Selepas itu, saya menjadi guru muzik di Sekolah Muzik Yamaha selama dua tahun. Kemudian barulah saya menceburkan diri dalam bidang pengiklanan.
Mungkin kecintaan pada muzik yang mendorong saya untuk bergiat kembali dalam bidang muzik pada 2006.
Apakah anda tidak kekok menyertai dunia muzik semula?
Walaupun pernah meninggalkan bidang ini satu ketika dulu, ia tidak bermakna kemahiran dan pengalaman ditinggalkan sama. Saya tidak menganggap faktor kekok, sebaliknya makin seronok lebih-lebih lagi selepas mendapat sokongan ramai pihak terutama keluarga.
Daripada sekadar memenuhi waktu terluang, saya nekad untuk kembali serius dalam bidang seni hingga berhenti dalam bidang pengiklanan. Syukur, apa yang saya lakukan membuahkan hasil untuk melebarkan karya seni ciptaan saya.
Bagaimana pula dengan lagu pertama ciptaan anda?
Saya mula menghasilkan lagu untuk penyanyi Faizal Tahir pada 2007 menerusi lagu dan lirik ‘Mungkin Ku Tak Bisa’ dan ‘Mestikah Ada Yang Lain’. Sejak itu, saya bertuah kerana sambutan semakin menggalakkan termasuk dari Misha Omar, Ayu One In A Million, Stacy, Hijjaz, Fiq dan Akim AF.
Bagi saya, kejujuran itu penting dalam menghasilkan lagu kerana menerusi penyampaian secara jujur secara sendirinya lagu itu mempunyai kekuatan.
Apa terjemahan muzik bagi anda?
Muzik bagi saya bersifat umum. Terpulang kepada individu itu sendiri dalam menilai muzik daripada sudut kaca mata dirinya. Daripada muzik itulah kita mengekspresi diri, seperti kita menyampaikan dakwah. Bagi saya, muzik itu adalah salah satu penyampaian kejujuran penciptanya yang tersendiri.
Jika indah seninya, maka indahlah penerimaan orang lain.
Bagaimana cara anda menghasilkan sesuatu karya?
Bagi saya, setiap orang memiliki cara tersendiri dalam menghasilkan sesuatu karya. Tidak kiralah apa saja paksi atau ilmu yang dipraktikkan, bezanya, saya akan lakukan semuanya sendiri termasuk ciptaan muzik, seni kata, instrumen dram, gitar, piano dan bass semuanya dilakukan sendiri.
Bagi saya, kepuasannya lain apabila kita melakukan sendiri apa yang kita ingin lihat dan dengar.
Komen anda terhadap penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menjadi medan mengangkat karya seni muzik tanah air?
Secara keseluruhan, saya merasakan idea penganjuran AJL sesuatu yang bagus. Namun, sebagai acara muzik peringkat nasional tentu sedikit sebanyak ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.
Apabila ia berkait rapat dengan juri profesional, tentunya konsep penjurian berpaksikan kepada tenaga profesional yang menilainya.
Dalam rancak arus muzik semasa, muncul pula angkatan muzik indie yang kian mendapat tempat. Apa komen anda?
Bagi saya, genre muzik indie muncul ketika era Luncai Emas lagi. Tetapi pada masa itu, syarikat rakaman tidak mahu mengambil risiko kerana zaman itu belum ada lagi fenomena muat turun lagu seperti banyaknya permintaan terhadap lagu yang dimuat turun sekarang.
Sebab itulah muzik indie berjaya kerana adanya media baru seperti ini.
Di kalangan bintang indie, siapa yang anda rasakan menyerlah dan memiliki aura bintang?
Dalam ramai, saya lihat kumpulan Hujan antara yang bagus. Ini kerana mereka tahu ke mana hala tujuan dan memahami kekuatan genre muzik yang diketengahkan.
Apa perancangan masa depan anda?
Tentunya kita melihat dalam sudut positif terutama dalam meningkatkan kerjaya seni. Seperti kolaborasi bersama ramai artis baru, saya juga mengimpikan sebuah studio sendiri. Saya merancang membukanya di sekitar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Petaling Jaya...Insya-Allah.
Kuncidemak & Detik Antara Waktu...
KUNCIDEMAK? bunyinya cukup berbeza berbanding nama Rudi. Menceritakan soal keunikan nama pena, dalam nada yang agak berselindung mulanya, anak sulung daripada empat beradik ini tidak dapat lari daripada elemen eksperimen pengkarya.
“Bagi saya kunci itulah kekuatan kepada demak. Apa saja pemikiran atau pandangan kita pada maksud itu, ia bersifat peribadi bagi diri saya.
“Malah kalau disingkatkan perkataan kunci itu, ia juga berbunyi kun. Kalau kita menyingkap maksud kun itu ia bersifat nawaitu kita pula,” katanya yang banyak menyelitkan elemen ketuhanan dalam menyampaikan setiap mesej lagu yang dihasilkan sama ada diperjelaskan secara langsung atau halus.
Mula mengenal muzik seawal usia 10 tahun, Rudi tergolong dalam insan bertuah kerana diberi peluang mempelajari kelas piano dalam pengkhususan klasikal hingga tamat pengajian enam tahun kemudian.
Kesungguhan dan bakat yang dimiliki Rudi disedari guru muziknya sehingga Rudi dibawa bersama ketika beliau hendak membeli piano baru untuk kegunaan kelas.
“Entah mengapa, guru saya iaitu mendiang Noella Dana mempercayai saya. Beliau menyuruh saya memilih, mencuba semua jenis piano di kedai bagi menentukan yang mana dirasakan terbaik untuk dibeli sebelum ditempatkan di kelas piano.
“Banyak yang saya pelajari daripada kelas piano hingga berada di tahap sekarang,” katanya yang boleh bermain hampir semua instrumen muzik moden.
Rudi sempat berkongsi judul lagu dan lirik Detik Antara Waktu yang bakal menjadi taruhan baru penyanyi terkenal Misha Omar. Sambil mencuri dengar lagu balada yang dirakamkan di studio di rumahnya itu, komposer berbakat besar ini menyimpulkan Detik Antara Waktu antara lagu kegemarannya.
“Kalau hendak tahu, lagu ini dihasilkan tatkala saya sedang menunggu giliran ketika penganjuran Anugerah Skrin yang berkonsepkan Ali Baba. Ketika itu, Misha bergandingan dengan Bob.
“Entah bagaimana, ilham itu datang dengan sekelip mata hingga pantas saya meminta telefon penyanyi pengiring untuk merakamkan beberapa not muzik sebelum dilanjutkan di rumah,” katanya lantas memberikan lagu itu kepada Misha kerana yakin kemampuan aura penyanyi itu yang dirasakan cukup jujur dalam penyampaian lagu berentak balada.
Rudi Muhammad
Umur : 38 tahun
Tarikh lahir : 23 Disember 1972
Tinggi : 175 sentimeter
Berat : 75 kilogram
Status : Berkahwin
Credits: bharian.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak Kuncidemak ni....sekurang2nya dia dedahkan sapa diri dia yang sebenar.....tak mcm Manusia Putih....misteri gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak Kuncidemak ni....sekurang2nya dia dedahkan sapa diri dia yang sebenar.....tak mcm Manusi ...
Ulquiorra Post at 28-7-2011 15:51
Mesti ade sebab.....Silap-silap tulah slh satu kumpulan 6ixth Sense yng bikin......Mungkin jgk Adi 6ixth Sense tauuu...... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau memang betul Adi 6ixth Sense yang mencipta lagu Kisah Hati kenapa dia tak nak guna nama dia ...
Ulquiorra Post at 28-7-2011 16:51
Yelah....Mmglah,Adi 6ixth Sense ni org Indon....Die cipta sendiri,pakai name 6ixth Sense....Bis tu,nk masukkan Kisah Kita dri Stacy je,tk dpt jgk....Mungkin jgklah tuuu.........
Ye,mmg betul!!!!6ixth Sense akan pasti menang besar dn begitu besar skali,slaku komposer(Adi 6ixth Sense),dn juge Naib Juare/Tempat 3 bgi lagu Menyesal/Cinta Matiku.......Brsame jgk dgn Alyah yng akan bakal menang JUARE KESELURUHAN AJL 26,same dgn Vokal atau/dan juge Prsembahan Trbaik.........Kalo bole,CLEAN SWEEP TRUSSSSS!!!!!!!!!Trus jgk merangkul semue 3 anugerah-JUARE AJL 26,Vokal dn juge Prsembahan Trbaik skaligus...Kalolah ini trjdi,ALyah mungkin akan menjdi wanita pertame yng mencipta sejarah tsb..... |
|
|
|
|
|
|
|
adoyaaiiii.....usah tlalu yakin sgt bro.....takot tkandas cam tawun lepas tuu jerrrrrrrr...... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm kat tv dah tunjuk promo utk muzik2 pada hari sabtu ini....nampak mcm pencalonan anuar zain guna MV saja.... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm kat tv dah tunjuk promo utk muzik2 pada hari sabtu ini....nampak mcm pencalonan anuar zain guna ...
Ulquiorra Post at 29-7-2011 09:48
Confirm jgk Anuar Zain dpt pencalonan baru ke MM26,bgi lagu Sedetik Lebih.....Yng lain tu,mungkinkah Stacy dn juge Iqa????
Dgn lagu Kisah Dongeng dn juge Di Penghujungya respectively????Kalo cam tu,semue lagu-lagu Edry Abdul Halim dhpun menguasai pencalonan baru minggu ni tauuu!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bukn iqa aarr tcalon this week....grey sky morning... |
|
|
|
|
|
|
|
bukn iqa aarr tcalon this week....grey sky morning...
cikmouse Post at 29-7-2011 10:50
Hmmm....Hilang Rasa Cinta ye....Eh,bis yng Stacy pun ke???ASIIIKKK!!!!!!!!!!!!
-Hilang Rasa Cinta-Grey Sky Morning
-Sedetik Lebih-Anuar Zain
-Kisah Dongeng-Stacy |
|
|
|
|
|
|
|
bukn iqa aarr tcalon this week....grey sky morning...
cikmouse Post at 29-7-2011 10:50
Abis,yng Di Penghujungnya tu bile ye????!!!!Kire-kire bulan puase ke???!! |
|
|
|
|
|
|
|
CARTA MUZIK-MUZIK 26 (30/7/2011)
1. POKOK - MEET UNCLE HUSSAIN
2. KARMA - FAIZAL TAHIR
3. BERIBU SESALAN - 3 SUARA
4. PENAKUT - YUNA
5. KISAH HATI - ALYAH
6. CINTA MATIKU - SIXTH SENSE
7. AKU PERMATA - SALMA
8. BEBAS - MILA
9. MATAHATI - NUBHAN
10. AWAN NANO - HAFIZ
11. BABAK PERTAMA - DRAMA
12. LUAR BIASA - SHAHIR
13. JANJI - AKIM
14. MAAF DARI HATI - SOFAZR
15. PENGGANTI - ESTRANGE
16. LAGU SEDIH - VIP
17. ILUSI - ADIRA
18. LEPASKANMU KERANA TERPAKSA - UKAYS
19. BAGAIKAN BIDADARI - TOMOK
20. NASIB - BIDADARI
PENCALONAN BARU :
1. HILANG RASA CINTA - GREY SKY MORNING
2. KISAH DONGENG - STACY
3. SEDETIK LEBIH - ANUAR ZAIN |
|
|
|
|
|
|
|
karma no 2..... |
|
|
|
|
|
|
|
uols motif lagu mila yg suam2 kuku tu boleh top ten ? perluke gigih sgt vote..konfem tak lepas final ok |
|
|
|
|
|
|
|
Karma no.2 ? Bajet lagu tu juara carta. |
|
|
|
|
|
|
| |
|