Menerusi hantaran yang dibuat oleh Bella sendiri di laman Instagram miliknya, isteri pelakon Aliff Aziz juga sempat berswafoto bersama rakan artis yang lain dan juga merakamkan sedikit perkongsian yang dibuat oleh Oki Setiana Dewi. Susulan daripada perkongsian itu, kapsyen yang ditulis oleh Bella seolah-olah berharap agar dirinya dapat menjadi insan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan. “Ya Allah engkau tunjukkanlah kami ke arah kebaikan, ceriakan hati dengan senyuman dan jalani hari dengan keikhlasan. “Rahmat Allah S.W.T Maha luas. Seseorang hamba-Nya yang bersabar dengan sebarang musibah maka akan diampuni segala dosanya, apatah lagi dosa seorang hamba yang sentiasa memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun,” tulisnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mendoakan agar Bella terbuka hati untuk berhijab dan ada juga yang memuji kecantikan Bella yang manis mengenakan tudung. “Alhamdulillah, insya-Allah semoga Allah bagi peluang untuk istiqamah. Cantik kak Bella berhijab, masya-Allah.” tulis seorang warganet.
Netijen kena game #penunggangAGAMA
|