CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ellZack

[Tempatan] Operasi PATI Temui Remaja OKU Di Kurung Kebuluran Kurus Kering

[Copy link]
Post time 24-6-2014 11:16 AM | Show all posts
Wallahu'alam...

~~~~

Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah



Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 11:16 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bell posted on 24-6-2014 11:10 AM
Sebelum nie ada pengasuh. Maknanya bukan dia yg jaga tp pengasuh yg jaga...

pengasuh yg jaga, hampir sama la cm mak yg jaga kan, sbb mak dia byr kot pengasuh tu... sama je cam anak2 makpak bekerjaya yg hantar ke pengasuh utk jaga tu kan...

benci,meluat,jelek cmne pun, ttap kuar duit utk kebajikan anak,..... tp tetiba terus stop, yg pengasuh pun dh bertahun x jaga firdaus... dlm ruangan masa tu, puan lola yg jaga kan...

hairan nape baru2 ni yg abaikan anak tu... klu dh bertahun abaikan, xkan idup lagi? sesuatu sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:19 AM | Show all posts
obelisk posted on 24-6-2014 11:16 AM
Wallahu'alam...

~~~~

kisah benar apa??kisah fitnah!!kamal ni bela sgt mak dia..habis tu budak ni bkn mnusia ke??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:20 AM | Show all posts
jahcomel posted on 24-6-2014 09:41 AM
org y xdok otak y akan sokong makcik lolak niii...

bukan tak dok otak
tapi mempunyai persepsi dan tanggapan berbeza
itu yg menyebabkan kepelbagaian pendapat
terjadinya perbalahan
wujudnya bodoh membodok
terjadinya kata2 yg menyakitkan hati org lain apabila kita rasa kita jer betul dan org yg tak setuju dgn kita salah

Anda boleh bersimpati dengan adik firdaus dan mengutuk ibunya
tapi korang tak boleh nak maki hamun org yg tak sependapat dgn korang
orang yg mempunyai pandangan berbeza dgn korang
jgn korang generalize org yg tak setuju dgn korang sbg sama perangai dgn mak cik lola tu
sbb..itu menunjukkan korang hanya bercakap dgn perasaan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:21 AM | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 11:13 AM
ko cnfrm ke dia pgl mak dia??dia pgl mak dia ummi la??tu je pkataan dia boleh sebut..dia ank istim ...

kita tau mak dia teruk

kita faham ..

kita pun sakit hati

TAPI

kenapa tak pentingkan dulu sekarang kebajikan adik tu?

dia nak panggil mak ka
ummi ka

samada tu panggilan untuk mak dia si lola tu ka
atau si pengasuh tu ka

yang penting adik tu "perlu" seseorang yang dia "kenal" "tau" "selalu tengok"

tak kira la sebulan sekali ka nengok .. setahun sekali ka..
itu ja yang adik tu kenal
muka tu sahaja

tak kira la muka tu guna tudung bawal ja ka
serkup kepala ja ka
parida ori ka ori ka

tu semua tak penting

PERASAAN adik tu sekarang
Kebajikan dia

si mak tu pun dah d bawak balai polis
serah kat pihak berkuasa ja la nak menghukum
gerenti ramai yang kalau boleh nak lontar batu merejam sampai mati kan?

sebab tu harap faham
persoalan sekarang
penjagaan adik tu camna nanti?
derma untuk dia siapa yang uruskan
JKM ka?
NGO ka?
atau balik2 si mak durjana tu jugak orang serah suruh jaga



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 11:22 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 11:12 AM
alhamdulillah kaka San..
bertuah adik akak dapat keluarga seperti ni
mak pak pun tak la risau sa ...

anak sepupu iols pun ada mcm ni. masa baby mmg sihat, comel gila dan bijak. mak pak gi keja, tinggal anak kat maid. satu hari tu, mak dia balik, anak kat lantai, kaku. maid dah cabut.

bila bawak doktor, baby dah lumpuh. doktor suspek baby kena hempas.

baby tu skrg dah 27 tahun. sepupu iols mmg didik anak-anak lain utk jaga dia. dia anak kedua, so abang dan empat adik perempuan akan jaga dia bil a parents ada urusan luar.

pernah abang dia, umur 28 sekarang, ada GF nak bertunang dah.  sekali GF dia kata, 'nanti kalau kita dah kawen you jangan nak bawak pulak adik you tu tinggal sekali dengan kita."

terus abang dia clash dgn perempuan tu dan belum ada GF sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:22 AM | Show all posts
clarizsa posted on 24-6-2014 11:16 AM
pengasuh yg jaga, hampir sama la cm mak yg jaga kan, sbb mak dia byr kot pengasuh tu... sama je ca ...

noks..puan loklak ni kata..anak dia jd mcm tu sbb tak ada pengasuh!!tak ada org nk jaga budak cacat!!tu kn tanggungjawab dia!!dia la jaga!!tak boleh ke bagi makan sbelum dan lepas balik kerja??in between bagi biskut kalau betul katanya tak ada sgt org yg jaga??pakaikn baju yg elok??tiap hari tak mandi pon tak apa..aslkn lap!!ni dikurung budak tu bbulan2 tanpa makan dgn minum!!nk suruh budak tu bdikari..tp bilik pon dikunci dr luar!!tu mbunuh namanya!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa posted on 24-6-2014 11:08 AM
selama 15tahun puan lola jaga anak OKU, bkn sekejap, knapa tetiba anak tu diabaikan? sesuatu sgt...  ...

after all these year , pengasuh yg jaga
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:24 AM | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 11:00 AM
tambah..mental breakdown takkan purposely kunci bilik anak dia dr luar tanpa makan dan minum!!smbi ...

i never suspected ada masalah mental di sini. bila dah kantoi ni, alasan2 yg mak dia bagi mmg tak logik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:24 AM | Show all posts
Please la jgn biar si loqlaq ni mendekati anak dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:24 AM | Show all posts
gals2 posted on 24-6-2014 11:16 AM
at least mak nya sanggup menagih makanan dari org ramai..si lola ni buat apa kat anak dia? ada di ...

you are replying to my post pasal apa yer? nasib firdaus lepas mak dia kena sumbat dlm jail ker?

ada my post yg kata mak dia tu suci mcm embun pagi ker? ada my post yg kata mak dia tak bersalah ker? tolong quote post2 tersebut

thank you

shin malas nak reply kat orang yg ada quote shin tu, she is apparently suffering from the same mental state as lola ngokngek
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 11:22 AM
noks..puan loklak ni kata..anak dia jd mcm tu sbb tak ada pengasuh!!tak ada org nk jaga budak caca ...

itulaa... itu yg i hairan... nape tetiba skrg puan lola jd kejam, abaikan anak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:26 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 24-6-2014 11:21 AM
kita tau mak dia teruk

kita faham ..

of coz la aku nk pmpn tu ke tali gantung!!atau hukuman seumur hidup!!anak2 berdua tu ptt diambik je!!anak kedua tak ada msalah!!anytime boleh masuk rumah anak yatim!!anak pertama..pengasuh sgp jadikn anak angkat..tp skrg ni of coz ioll mgharap hukuman yg maksima atas pbuatan yg inhumane ni!!ko ingat..budak tu nk lagi ke mak dia yg biar dia makan taik/polestrin/kekabu??kurung dia??selama ni pon pengasuh yg dok jaga dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:27 AM | Show all posts
jimwaumim(a) posted on 24-6-2014 08:12 AM
sian....
tp itulah hakikatnya...
masyarakat kita tidak diajar utk menyanyagi dan menghargai golo ...

nih aku nak bagi terang kat ko jugak...
tulisan wardina tu orang marah sebab ko tak berak sehari pon KERAJAAN yang salah..
sampai tak bagi anak makan dan bergeluman taik pon KERAJAAN jugak yg salah kan???

memang pokok pangkalnya rakyat malaysia takde otak nak pikir sebab nak harapkan kerajaan lahh nak bela anak aku, kerajaan lah kena bagi makan anak aku, kerajaanlah yang kena basuh berak anak aku...gitu???

byk perkara aku pon banyak bangkang kerajaan, but in this case, SERIOUSLY????
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
MsAzr posted on 24-6-2014 11:23 AM
after all these year , pengasuh yg jaga

pengasuh yg masuk paper tu ke? ke ada ramai pengasuh? i x igt bitir berita tp bukan ke pengasuh tu dh pindah dlm 2@3 tahun?

maafkan kekeliruan...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak pertanyaan..
Mak dia kena tahan masa dia balik umah kan. Masa tu dia balik umah mana..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:28 AM | Show all posts
Santeira posted on 24-6-2014 11:24 AM
i never suspected ada masalah mental di sini. bila dah kantoi ni, alasan2 yg mak dia bagi mmg tak  ...

setuju..
as simple as mak tu dah jemu
bosan .. boring
nak enjoy sakan dengan suami baru



Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:30 AM | Show all posts
jamilah posted on 24-6-2014 11:28 AM
Nak pertanyaan..
Mak dia kena tahan masa dia balik umah kan. Masa tu dia balik umah mana..

rumah yg lain la..blok lain..tp kawasan yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tinker_bell posted on 24-6-2014 11:26 AM
of coz la aku nk pmpn tu ke tali gantung!!atau hukuman seumur hidup!!anak2 berdua tu ptt diambik j ...

malaysia..... hukuman yg u nak tu sgt mustahil sbb budak tu idup lagi... sedangkan byk kes budak mati kna bunuh pun asyik terlepas je pelaku tu...

hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.606152 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list