CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kak-Leen

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOLUME 30

 Close [Copy link]
Post time 10-2-2021 07:19 PM | Show all posts
keypochino replied at 10-2-2021 04:43 PM
Baru balik dr opis.. so xmasak la.. td beli KFC je.. jap lagi nk buat baked macaroni je

Macaroni 2 pek tak masak lagi terbeli spaghetti sebab murmur..esokWFH...pehtu cuti CNY + weekend
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut adalah situasi COVID-19 di Negeri Perak.

PERINCIAN KES

42 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini (10 Februari 2021) ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  42 kes adalah jangkitan tempatan.

a) Daerah Kinta (18 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 79 kes.

4 kes dari saringan kontak rapat.  4 kes adalah jangkitan tempatan.

3 kes dari saringan bergejala.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

10 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  10 kes adalah jangkitan tempatan.

b) Daerah Larut Matang Selama (7 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Tembok Taiping.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Tembok Taiping adalah 300 kes.

3 kes dari saringan kontak rapat.  3 kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan kendiri.  2 kes adalah jangkitan tempatan.

1 kes dari saringan pra prosedur hospital.  Kes adalah jangkitan tempatan.

c) Daerah Perak Tengah (3 kes)

3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Tronoh.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Tronoh adalah 57 kes.

d) Daerah Hulu Perak (4 kes)

3 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Semarak Bersia.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Semarak Bersia adalah 70 kes.

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

e) Daerah Kampar (1 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Pengkalan.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Jalan Pengkalan adalah 80 kes.

f) Daerah Muallim (2 kes)

1 kes dari kluster sedia ada iaitu Kluster Intan Mas.  Kes adalah jangkitan tempatan.  Jumlah keseluruhan kes dari Kluster Intan Mas adalah 21 kes.

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

g) Daerah Batang Padang (3 kes)

1 kes dari saringan kontak rapat.  Kes adalah jangkitan tempatan.

2 kes dari saringan Orang Kena Tahan (OKT).  2 kes adalah jangkitan tempatan.

h) Daerah Kuala Kangsar (2 kes)

2 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

i) Daerah Kerian (1 kes)

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

j) Daerah Manjung (1 kes)

1 kes dari saringan bergejala.  Kes adalah jangkitan tempatan.

#penjarakanfizikal
#amalkannormabaharu
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#attackredprotectgreen

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 08:17 PM | Show all posts
Free Preview of the Biggest Movie Hits for Astro Customers, 11-21 February
Date Released:09 Feb 2021  


Free Preview of the Biggest Movie Hits for Astro Customers, 11-21 February

In appreciation of its recent win at the Putra Brand Awards 2020, Astro is pleased to extend free preview of selected movie channels on TV and Astro GO to all Astro customers from 11 to 21 February 2021.

Astro customers will be able to enjoy endless entertainment of the biggest blockbuster movies on HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX (CH412 HD/CH432) and tvN Movies HD (CH416). These include popular Hollywood blockbusters like Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn and Spider-Man: Far From Home on HBO, and Bad Boys for Life and Little Women on Fox Movies. Children can look forward to watching popular animation Despicable Me 2 and action-adventure comedy Sonic The Hedgehog presented by HBO while fans of Korean movies will be able to catch the hottest stars on tvN Movies, including Train To Busan’s sequel Peninsula, Okay! Madam, Tazza: The High Rollers and Love + Sling.

Dubbed the People’s Choice Award, Putra Brand Awards recognises brand building as an integral business investment, measured by consumer preference.

In addition, Astro customers can also enjoy complimentary viewing of all Kids Pack and News channels (except for SKY News) till 18 February and HITS Movies HD (CH401) featuring blockbusters from the ‘60s to the ‘90s such as Jaws 3-D, Edward Scissorhands and Back To The Future on TV and Astro GO till 21 February 2021.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 08:20 PM | Show all posts
keypochino replied at 10-2-2021 06:10 PM
Oo x sure lagi puasa ke x.. mcm kepala berat.. xpuasa kot


Free Preview of the Biggest Movie Hits for Astro Customers, 11-21 February
  • Date Released:09 Feb 2021



In appreciation of its recent win at the Putra Brand Awards 2020, Astro is pleased to extend free preview of selected movie channels on TV and Astro GO to all Astro customers from 11 to 21 February 2021.

Astro customers will be able to enjoy endless entertainment of the biggest blockbuster movies on HBO (CH411 HD/CH431), FOX Movies (CH413 HD/CH433), FOX Action Movies HD (CH415), FOX Family Movies HD (CH414), CINEMAX (CH412 HD/CH432) and tvN Movies HD (CH416). These include popular Hollywood blockbusters like Birds Of Prey And The Fantabulous Emancipation Of One Harley Quinn and Spider-Man: Far From Home on HBO, and Bad Boys for Life and Little Women on Fox Movies. Children can look forward to watching popular animation Despicable Me 2 and action-adventure comedy Sonic The Hedgehog presented by HBO while fans of Korean movies will be able to catch the hottest stars on tvN Movies, including Train To Busan’s sequel Peninsula, Okay! Madam, Tazza: The High Rollers and Love + Sling.

Dubbed the People’s Choice Award, Putra Brand Awards recognises brand building as an integral business investment, measured by consumer preference.

In addition, Astro customers can also enjoy complimentary viewing of all Kids Pack and News channels (except for SKY News) till 18 February and HITS Movies HD (CH401) featuring blockbusters from the ‘60s to the ‘90s such as Jaws 3-D, Edward Scissorhands and Back To The Future on TV and Astro GO till 21 February 2021.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2021 06:18 PM
Menu seterusnya ayam golek...rendang & kuetiau kerang done, mkn smp sahur  ingat nak posa esok.. ...

Dinner keypo buat baked macaroni

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2021 07:10 PM
Haah..Sedap...taugeh crunchy2x kerang segar

Keypo dah beli mee kuning.. nnt nk msk mee goreng bagi jiran skit.. sbb dia suka mee goreng keypo.. haha apa yg dia suka x tau.. pdhal dia pun amik tempahan mee goreng. Dia siap ckp husb dia suruh belajar grg mee dari keypo.. xbaik husb dia, xjaga hati isteri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 11-2-2021 05:24 AM
Dinner keypo buat baked macaroni

Wah saya dah bersahur tadi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 11-2-2021 11:34 AM
keypochino replied at 11-2-2021 05:31 AM
Keypo dah beli mee kuning.. nnt nk msk mee goreng bagi jiran skit.. sbb dia suka mee goreng keypo. ...

Huhu...kan...pe le...
Ada gak beli mi kuning...nak buat mi goreng mamak...menu Sabtu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalam. Annyeong yeoreobeun! I trust that everybody's in the pink of health Den dah terlepas ets nih. Jom kita minum pg sat. Den br pas goreng cekodok td

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 11-2-2021 09:29 AM
Assalam. Annyeong yeoreobeun!  I trust that everybody's in the pink of health  Den dah  ...

Hi Sche

Ni tgh WA grup kerabat kazen share resepi cam @keypochino bake...

4biji telor
2cwn t.gandum
1cawan gula pasir
1 ketol butter
Baking powder 1sudu kecil rata
1 sudu asen vanila
Pukul gula n butter dah sebati masukkan telor sebatikan masuk tepong asen kacau rata siap

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 10:59 AM | Show all posts





SATU kajian terbaharu mendapati pengguna vape yang dijangkiti COVID-19 lebih mudah menyebarkan virus itu kepada orang sekeliling dengan cara hembusan.


Portal Daily Mail UK yang memetik kajian oleh pakar dari Mexico, Itali dan New Zealand dipetik sebagai berkata hembusan asap vape boleh menyebarkan ribuan partikel virus ke arah individu berhampiran.


Ia juga mampu menyebarkan virus COVID-19 sehingga 2 meter jaraknya, melepasi peraturan penjarakan fizikal United Kingdom (UK) iaitu 1 meter.


“Pakar tersebut menggesa pengguna vape agar tidak melakukan aktiviti berkenaan ketika beratur, di perhentian bas, atau mana-mana kawasan awam yang orang ramai mempunyai risiko berada dalam kepulan asap alat berkenaan.


“Mereka berkata walaupun sukar menghentikan aktiviti itu di rumah, tetapi ia sesuatu yang masuk akal untuk melarang penggunaan alat berkenaan di tempat-tempat awam,” menurut portal itu lagi.


Kajian tersebut telah dimuat naik di portal kesihatan MedRxiv, tetapi masih belum dikaji semula dan disahkan oleh saintis lain.


Bagaimanapun kajian Kesihatan Awam Ontario mendapati individu yang menggunakan vape mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap COVID-19.


Menurut kajian mereka, bukti sebelum ini telah menunjukkan kesan negatif vaping ke atas paru-paru, sekali gus meningkatkan risiko pengguna.


Selain itu, kajian tersebut turut menyebut aerosol yang terhasil oleh produk vape boleh menyebabkan penyebaran virus apabila individu itu berada dalam jarak dekat dengan pesakit COVID-19.


“Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah pun mengenal pasti tindakan dari tangan ke mulut melalui penggunaan vape boleh meningkatkan risiko jangkitan.


"usat Kawalan Penyakit Berjangkit British Columbia juga menyarankan agar pengguna vape menjarakkan diri sejauh 2 meter daripada orang lain, selain tidak menggunakan vape di kawasan awam,” menurut laporan itu lagi.


Sementara itu, portal itu turut melaporkan sekumpulan saintis yang memghasilkan model bagaimana virus itu boleh tersebar dalam kepulan asap nipis vape, bagaimana ia masuk ke dalam paru-paru, seterusnya ke mulut, dan dihembuskan semula.


Mereka turut membuat model yang sama menggunakan kepulan asap tebal vape yang meningkatkan risiko sekitar 5 hingga 17 peratus.


Dr Roberto Sussman dari Universidad Nacional Autonoma de Mexicor dalam artikel yang sama berkata bahan kimia dalam asap vape didapati tidak mampu membunuh virus berkenaan.






Sumber : Astro Awani
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 11-2-2021 09:29 AM
Assalam. Annyeong yeoreobeun!  I trust that everybody's in the pink of health  Den dah  ...

Ni kuetiau kerang yg goreng semalam ada lebih...dah panaskan...
Ni hasil memborong kat mart yg baru dibuka 2 hari lepas...brg murmur...

Hari ni nak masak sup kaki ayam...dah blend jus epal.hijau...

WFH hari ni, kome

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 12:36 PM | Show all posts
Scheherazade replied at 11-2-2021 09:29 AM
Assalam. Annyeong yeoreobeun!  I trust that everybody's in the pink of health  Den dah  ...

Byk yg terlepas ni @kepochino nak merendang weekend ni...
Saya dah merendang ayam sekawah...hihi... lunch break semalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 01:50 PM | Show all posts
Bod sinun-


Kuala Lumpur: Pernahkah terfikir produk kecantikan dan kosmetik dicalit pada wajah setiap hari dicemari air kencing tikus, najis manusia, bakteria berbahaya, logam berat, kimia serta racun berjadual.


Kewujudan kandungan menjijikkan ini berpunca kaedah 'cincai' penghasilan produk kecantikan palsu dilakukan tanpa pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) atau dibancuh di dalam tandas rumah.


Kredit foto: Harian Metro




Jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, lambakan produk kosmetik palsu membabitkan ratusan jenama pelik mudah diperolehi di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Menurutnya, produk ini dipercayai dibawa masuk atau diseludup dari negara jiran selain diiklankan secara agresif di media sosial serta laman beli-belah dalam talian.


Ia membabitkan pelbagai produk krim wajah, losen, gincu, pembayang mata, bedak asas, sabun muka, toner dan masker (topeng muka).


"Ujian makmal dilakukan termasuk badan kesihatan antarabangsa mendapati kebanyakan produk kecantikan dan kosmetik palsu di pasaran dicemari kotoran dan berbahaya untuk kesihatan.


"Kebiasaan kosmetik timbang kilo ini dihasilkan tanpa mengutamakan aspek kebersihan serta dicampurkan pelbagai bahan meragukan...yang jelas ia dihasilkan tanpa penyelidikan dan analisis makmal," katanya.


"Kebiasaannya kosmetik atau produk kecantikan tulen perlu melalui ujian kelayakan dan piawai ketat bagi memastikan keselamatannya pada pengguna. Berbeza dengan produk tiruan, ia biasanya dihasilkan atau dibancuh di dalam stor, garaj, dapur atau lokasi menjijikkan.


"Ini menyebabkan kotoran atau bakteria di lokasi pembuatan mencemari kandungan kosmetik," katanya.


Menurutnya, situasi ini amat membimbangkan bagi pengamal perubatan dan penyelidik di negara ini.





Kesan penggunaan, Kredit foto: Harian Metro





"Berdasarkan statistik pada tahun ini, KKM di bawah Biro Kawalan Farmasi Kebangsaan (NPRA) mengesan lebih 100 produk kosmetik berbahaya yang terdapat di pasaran tempatan. Produk ini diarahkan untuk dikeluarkan dari pasaran kerana mengandungi bahan terlarang dan racun berjadual dilarang KKM," katanya.


Dia berkata, wajah pengguna menjadi korban apabila kombinasi kandungan berbahaya dan unsur kotor di dalam produk kosmetik ini merosakkan kulit muka.


"Biasanya kosmetik atau produk kecantikan berbahaya ini menyebabkan wajah kegatalan, tumbuh jerawat, menggelupas dan melepuh, muncul tompok hitam jeragat dan akhirnya merebak hingga merosakkan kulit tubuh.


"Dalam banyak kes dilaporkan, mangsa mendakwa kulit wajah mereka membengkak dan berasa perit terbakar kesan produk digunakan. Ini termasuk produk cetak rompak Indonesia dipanggil kosmetik abal-abal.


Kredit foto: Harian Metro




"Sehingga kini, krim siang dan malam dicemari kimia hydroquinone dan popular sejak awal 2000 bebas dijual hingga menyebabkan ribuan kulit wanita terbakar selain tompokan hangus," katanya.


Selain itu kebanyakan kosmetik dikesan dicemari kimia berat merkuri yang membahayakan sistem saraf, sistem imun tubuh, merosakkan mata, paru-paru dan ginjal.


"Malah, kimia berbahaya lain seperti arsenik, tretinoin dan betamethasone 17-valerate turut digunakan secara meluas di dalam kosmetik seperti eyeliner, maskara, lip gloss atau bedak alas muka palsu," katanya.


Menurutnya, isu ini ibarat tiada penyelesaian apabila rata-rata pengguna mudah diperdaya melalui 'perang' harga terendah selain pelbagai tuntutan palsu.


"Wanita yang menjadi mangsa adalah mereka yang cepat percaya, suka mencuba dan mahu mendapat kulit putih mulus serta awet muda.


"Tidak salah kelihatan cantik namun pastikan produk diambil mendapat kelulusan KKM," katanya.


Menurutnya, wanita wajar berwaspada dengan produk kosmetik atau kecantikan dijual melalui platform beli-belah dalam talian apatah lagi jika harganya lebih murah berbanding produk tulen.


"Yang jelas, semua produk kecantikan perlu berdaftar berikutan penjualan dan pengedaran produk ini tertakhluk di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.


Urat hijau di kaki, muka bertompok hitam


Kredit foto: Harian Metro




"Saya idamkan kulit putih persis artis K-Pop... sebalik muka ini ditumbuhi tompok persis kurap...malah saya takut melihat diri di cermin," ujar mangsa produk kecantikan beracun yang hanya mahu dikenali sebagai, Ila, 31.


Dia yang bekerja sebagai eksekutif pemasaran terpaksa berbelanja hampir RM5,000 bagi memulihkan wajahnya yang rosak kesan produk memutihkan wajah mengandungi kimia merkuri dan hydroquinone.


"Semuanya bermula apabila saya membeli set kecantikan membabitkan masker, toner, sabun muka dan krim siang malam melalui laman beli belah dalam talian.


"Saya hanya memikirkan perubahan segera pada wajah tanpa memikirkan kandungan bahan dalam produk, Penjual produk itu mendakwa penggunaan secara berterusan mampu memutihkan kulit wajah. Malah, review di YouTube menyebabkan saya yakin produk itu selamat," kata ibu dua anak itu.


Namun menurutnya, kesan putih diharapkan hanya bertahan tiga bulan sebelum mukanya ditumbuhi tompok hitam jeragat dan jerawat.


"Malah, urat hijau pada kaki turut timbul mendadak menyebabkan saya panik. Saya malu ke tempat kerja dan terpaksa memakai bedak asas muka yang tebal untuk menutup kecacatan wajah.


"Saya tambah tertekan bila anak tidak lagi berani mencium pipi, malah suami kerap menyalahkan saya sebagai punca masalah itu," katanya.


Menurutnya, atas nasihat rakan, dia bertemu doktor pakar dermatologi di sebuah hospital swasta di Ampang untuk memulihkan wajahnya selepas didakwa mengalami jangkitan bakteria dan alahan.


"Wajah saya pulih sedikit demi sedikit selepas berhenti menggunakan produk berkenaan. Alhamdulillah, selepas beberapa sesi rawatan, kulit muka saya kembali pulih," ujarnya.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2021 07:12 PM
Nanti nak beli sotong besar la...buat ketupat sotong...meh resepi...haha

Hehe keypo pun gugel je resepi.. leh refer kt sini.. semua sama mcm keypo buat, bezanya keypo letak halba n halia je.. xyah letak serai..

http://mamawandiha.blogspot.com/2017/08/ketupat-sotong-versi-terengganu.html?m=1
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2021 07:13 PM
Panas kan sekarang...ni dok minum ayo nyo je...saya nak sambung posa gak...

Hrni keypo xpuasa.. tp sgt mls nak msk.. mlm ni msk mee rebus je kot. Cukup lah 1 pot meal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2021 07:19 PM
Macaroni 2 pek tak masak lagi  terbeli spaghetti sebab murmur..esokWFH...pehtu cuti CNY + weeken ...

Cuti harap dpt hibernate.. tp pagi2 boss dah tnya itu ini hihi layan jela
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2021 08:20 PM
Free Preview of the Biggest Movie Hits for Astro Customers, 11-21 February
  • Date Released:09  ...

  • Oo sampai 21 eh.. bole la layan movie..
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-2-2021 04:08 PM | Show all posts
    keypochino replied at 11-2-2021 03:03 PM
    Hehe keypo pun gugel je resepi.. leh refer kt sini.. semua sama mcm keypo buat, bezanya keypo leta ...

    Esok zasss mart dpn rumah...cari sotong besar haha...

    Tqvm
    Reply

    Use magic Report

    Post time 11-2-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
    seribulan replied at 11-2-2021 06:55 AM
    Wah  saya dah bersahur tadi...

    Selamat berpuasa..
    Reply

    Use magic Report

    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    Category: Kesihatan


    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    1-1-2025 11:20 PM GMT+8 , Processed in 1.602324 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list