Belanjawan 2025: RUU Keselamatan Dalam Talian akan digubal, kekang buli siber
Gambar hiasan. - Foto NSTP/Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi mengekang buli siber yang kian merunsingkan, umum Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya membabitkan kanak-kanak. "Negara-negara yang mencanang kebebasan keterlaluan kini telah mengambil beberapa tindakan untuk mengekang keterlanjuran, termasuk yang menyebabkan kematian melalui aplikasi media sosial. "Ancaman siber kini semakin menggugat tata hidup bermasyarakat
dan menjadi lebih membimbangkan. Isu scam, pornografi kanak-kanak, pembulian siber di media sosial sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa ialah isu besar yang mesti dibendung. "Sebuah Portal Fraud Kebangsaan telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian. Portal ini mempermudah pengesanan transaksi mencurigakan secara automatik," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1312690/belanjawan-2025-ruu-keselamatan-dalam-talian-akan-digubal-kekang
|