tak juga..tapi soalan final exam tak susah mcm mid exam..tapi ada juga beberapa soalan iols kena cari jawapan..terutama soalan picture actor 3 org tue..yg 2 org tue memang kenal ..yg actor tue puas fikir sapa dia.. dan ada beberapa drama yg iols tak tgk..
1. Padat dan jelas (20%) - 19
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 17
3. Kredibiliti (10%) - 10
Komen: Plasterhati berjaya menyenaraikan beberapa maklumat mengenai Lee Joon . Info yang sangat padat. Yang menarik perhatian, plaserhati mengulas secara khusus mengenai setiap watak yang pernah dibawa Lee Joon dalam sesebuah drama menjadikan huraiannya sangat kredibel atau menyakinkan. Sumber pula disertakan termasuklah youtube dan lain-lain. Saya suka ulasan plasterhati tentang gaya lakonan Lee Joon daripada perspektif sendiri. Cuma, susun ayat/gaya bahasa sebagai seorang penulis artikel agak kurang menarik perhatian. Boleh usahakan lagi!
Research Project: plasterhati
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 20
3. Kredibiliti (10%) - 10
Komen: Project yang lengkap menyenaraikan maklumat peribadi serta info yang jelas dan nyata mengenai Lee Joon, Yang menjadi lebih perhatian olahan dari sudut watak lakonan Lee Joon ditambah dengan sumber yang kuat dijadikan bahan bukti dan membantu pihak penilai.
1. Padat dan jelas (20%) - 19
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 19
3. Kredibiliti (10%) - 9
Komen: Olahan gaya bahasa artikel agak jelas. Penulis memang mengetahui tentang seo in guk. Penulis juga ada sertakan kaspyen pepatah menarik membantu menaikkan perhatian pembaca.
Research Project: nohas
1. Padat dan jelas (20%) - 20
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 19
3. Kredibiliti (10%) - 9
Komen: Pengulasan artikel jelas, tajuk kena dengan isi artikel dan penulis mengulas dari awal penglibatan seo in gok dalam bidang seni yang menghadapi pelbagai cabaran.
1. Padat dan jelas (20%) - 14
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 16
3. Kredibiliti (10%) - 7
Komen: zanierpk menunjukkan bahawa beliau memang mengenai Jang Geun Suk dengan ulasan artikel secara ringkas. Perkara yang perlu ditingkatkan: tajuk seharusnya berkait rapat dengan ulasan kenapa ianya digelar "asia prince". Saya puji laras bahasa yang digunakan agak lancar dan menyenangkan, tetapi cuma kekurangannya sedikit tidak teratur dan agak tergesa-gesa. Kandungan info yang diberikan kelihatan terhad dan perlu diperbanyakkan. Paling penting, sumber di mana anda dapatkan maklumat tersebut harus disertakan. Youtube agak membantu sebagai sumber.
Research Project: Zanierpk
1. Padat dan jelas (20%) - 15
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 15
3. Kredibiliti (10%) - 6
Komen: Pengarang bercerita di awal permulaan agak menarik bagaimana pengarang tertarik dgn Jang Geun Suk untuk dijadikan bahan uji kaji, beserta memberi penjelasan tentang kes salah paham yang dihadapi Jang Geun Suk. Tapi Ulasan yang diberikan ringkas, perlu titik beratkan sumber yang diperolehi.
1. Padat dan jelas (20%) - 18
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 19
3. Kredibiliti (10%) - 8
Komen: Persembahan artikel dalam bentuk "slides" sememangnya membantu dalam menarik perhatian atas kreativiti penggunaan latar belakang bersesuaian dan kapsyen gambar yang mempesonakan. Ulasan juga jelas tentang kejayaan Song Ji Hyo dalam drama, filem mahupun realiti tv. Cuma, tema kurang bertepatan dengan aspek kejayaan lakonan drama Song Ji Hyo yang dibicarakan MellyNad yang mana pada fikiran saya lebih jelas merujuk pada populariti dikecapi menerusi program Running Man . Mungkin adalah lebih baik MellyNad membincangkan apakah "halyang" dan bagaimana kejayaan Song Hi Jyo dengan terma ini bersangkut paut. MellyNad juga kurang menyertakan sumber menyakinkan untuk menguatkan kredibiliti. Bagi saya, kapsyen "Frozen Flower" itu sangat kuat kerana didokongi dengan ulasan mantap mengenai lakonan "bugel" dalam filem tersebut tetapi jika kapsyen yang sama juga dibuat untuk kupasan drama-drama lakonannya, ia akan menjadikan artikel ini lebih menarik dan kredibel. Walaubagaimanapun, gaya bahasa dan ulasan artikel MellyNad harus dipuji selain kreativiti pembentangan artikel dalam bentuk "slides".
Research Project: MellyNad
1. Padat dan jelas (20%) - 17
2. Tempting / Menarik perhatian (20%) - 19
3. Kredibiliti (10%) - 8
Komen: Menarik cara perbentangan ini dibuat....jika setiap watak lakonan SJHdihujahi dengan lebih detail adalah padat isi project Melly, bukan hanya sinopsis drama/movie tersebut...nyatakan dari mana sumber yang diperolehi.
Post time 26-2-2016 09:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dauswq replied at 26-2-2016 09:38 PM
Rmi belum jwb lg final exam, tak leh tentukn lg kddkn
abes tu? assessment meols jek dah siap?
nape? nape? nape?
sebab iols bakar eh eh saksi library terbakar ke?
apa ni??????
iols tak paham apa yg berlaku.....