|
Dapat OHSAS pun mao masuk MBR ka? |
|
|
|
|
|
|
|
dari utusan:
Tudm rancang miliki pesawat canggih
KUALA LUMPUR 31 Mei - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merancang memiliki beberapa jenis pesawat tempur baru bagi mengukuhkan lagi pasukan itu sejajar dengan perkembangan teknologi dan usia TUDM yang menjangkau 52 tahun esok.
Panglima TUDM, Jen. Datuk Seri Rodzali Daud berkata, satu pasukan penilaian telah ditubuhkan bagi mengkaji beberapa jenis pesawat yang telah dikenal pasti dalam usaha memiliki aset canggih sejajar dengan peredaran semasa.
Beliau berkata, antara pesawat yang diteliti ialah F/A-18E/F Super Hornet buatan Amerika yang dianggap mempunyai keupayaan multi role combat aircraft (MRCA) iaitu mampu melakukan tugas dari udara ke udara dan udara ke bumi.
"Sesuai dengan perkembangan semasa dari segi teknologi dan pemodenan aset, TUDM sememangnya memerlukan pesawat berteknologi terkini untuk membolehkannya bersaing dengan pesawat negara-negara lain di rantau ini," katanya kepada Bernama dalam wawancara khas sempena sambutan ulang tahun TUDM ke-52 esok.
Namun, TUDM tidak memfokuskan hanya kepada pesawat F/A-18E/F Super Hornet sahaja sebaliknya turut mengkaji beberapa pesawat lain seperti Gripen dan Eurofighter yang dianggap pesawat berteknologi tinggi dalam kelasnya yang tersendiri.
Katanya, pasukan penilaian itu turut ditugaskan untuk meneliti beberapa aspek sebelum sesuatu perolehan pesawat dibuat seperti keupayaan pesawat, sokongan alat ganti, kos dan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan.
"TUDM mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pesawat F/A-18D dan kita sedang mengkaji faktor keupayaan pesawat F/A-18E/F Super Hornet yang lebih canggih daripada pesawat itu," katanya.
Beliau berkata, walaupun pihaknya sedang meneliti pesawat-pesawat canggih yang lain, namun pesawat yang sedia ada tidak diabaikan termasuk pesawat tempur SU-30 MKM yang mana pesawat terbabit boleh membuat pelbagai penugasan strategik dan taktikal udara dengan berkesan.
"TUDM telah pun memiliki dua pesawat MRCA iaitu F/A-18D dan SU-30MKM, kedua-dua pesawat ini sememangnya berkemampuan untuk menjaga ruang udara negara dan kita sedang merancang untuk menukarkan pesawat-pesawat bukan MRCA kepada keupayaan MRCA," jelasnya.
Ditanya mengenai fungsi pesawat MiG-29, Rodzali berkata, pesawat berteknologi 80-an itu masih berkemampuan dan relevan terutamanya di rantau ini dan fungsi pesawat itu kini adalah sebagai Pesawat Pemintas dan Pertahanan Udara. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi dari utusan:
Panah Jaguh mantapkan pertahanan udara
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
Gambar NASIRRUDDIN YAZID
Antara senjata yang diuji di Eksesais Panah Jaguh di Padang Lapang Sasar Bumi Ke Udara Tentera Darat di Tanjung Logok, Kota Tinggi, Johor.
REJIMEN Artileri Pertahanan Udara yang merupakan salah satu daripada tonggak kekuatan Tentera Darat (TD) sekali lagi mempamerkan kekuatan dan keupayaan mereka dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara melalui Eksesais Panah Jaguh 1/2010.
Kawasan Lapang Sasar Bumi ke Udara berkeluasan 105 hektar milik kerajaan negeri Johor di Tanjung Logok, Mukim Kembau, Kota Tinggi, menjadi saksi keunggulan sistem persenjataan Rejimen Artileri Pertahanan Udara negara.
Lapang sasar itu merupakan satu-satunya lapang sasar yang boleh digunakan untuk latihan tembakan sistem persenjataan Artileri Pertahanan Udara.
Eksesais tahunan yang berlangsung selama 12 hari baru-baru ini merupakan eksesais khusus bagi latihan tembakan peluru dan misil hidup yang disertai seramai 1,100 anggota dan pegawai daripada pasukan Rejimen Artileri Pertahanan Udara.
Ia merangkumi unit pertahanan udara dan daratan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang terdiri daripada pasukan 361 Rejimen Artileri Diraja (RAD) Para, PPU Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Skuadron 401 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Antara sistem persenjataan yang digunakan sepanjang latihan itu adalah meriam 35mm Oerlikon, radar Skyguard, pelancar berganda bersaiz ringan (LML) Starburst, radar Giraffe, pelancar bahu misil Igla, radar TRML 3D dan pelancar bahu misil Anza MK-II.
Turut digunakan dalam latihan itu adalah sistem persenjataan Rejimen Artileri Pertahanan Udara Jernas yang meliputi radar pengesan, radar penjejak, pelancar misil Jernas dan Misil FN-6 yang baru memasuki inventori TD.
Selepas berjaya melaksanakan latihan menembak pada tahun 2006, 2007 dan 2008, Panglima Rejimen Artileri Pertahanan Udara, Mejar Jeneral Datuk Husin Md. Tahak menamakan semula latihan menembak misil hidup (LIVEX) sistem persenjataan Artileri Pertahanan Udara sebagai Eksesais Panah Jaguh.
Sejajar dengan wawasan Artileri Pertahanan Udara, eksesais kali ini menetapkan beberapa objektif antaranya melaksanakan eksesais tahunan dalam semua keadaan cuaca termasuk tembakan pada waktu malam dan melaksanakan ujian tembakan ARTEB pasukan 32 RAD.
Selain itu ia juga bertujuan membantu penuntut kursus PM/SMT (PU) PUSATRI menjalankan latihan menembak peluru hidup dan menguji peserta mempertingkatkan Perintah Tetap Operasi.
Eksesais Panah Jaguh yang dilaksanakan itu terbahagi pada tiga peringkat iaitu simulator dalam kumpulan, mengesan dan menenang sasaran, latihan menembak peluru dan misil hidup sasaran udara.
menggunakan simulasi
Latihan mengesan dan menenang sasaran yang menggunakan simulasi serangan udara oleh pesawat Agusta daripada 881 Skuadron dan Hawk 200 daripada 6 Skuadron TUDM serta latihan menembak peluru misil hidup menggunakan sasaran udara jenis towed dan drone.
Eksesais kali ini turut disertai Pusat Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) yang berperanan menganalisis aspek balistik peluru dan misil yang ditembak.
Latihan kali ini turut melakar sejarahnya tersendiri apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Darat ketika itu, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin hadir untuk menyaksikan sendiri keupayaan pasukan berkenaan dalam melaksanakan eksesais tersebut.
Keprihatinan pucuk tertinggi pemerintahan dalam menentukan aspek kesiapsiagaan serta kredibiliti pasukan tersebut yang dilengkapi dengan aset-aset pertahanan udara yang canggih dapat memberikan motivasi kepada anggota serta pegawai tentera untuk terus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan keselamatan negara.
Ahmad Zahid ketika ditemui berkata, latihan seperti ini adalah satu keperluan bagi memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pencerobohan keselamatan ruang udara negara.
Selain itu, beliau berkata, ia juga sebagai medan untuk melatih para anggota dan pegawai bagi membolehkan mereka mengendalikan setiap senjata yang dimiliki.
"Ia juga bertujuan melihat sama ada senjata yang dimiliki masih boleh berfungsi sepenuhnya kerana setiap alat persenjataan memiliki jangka hayat dan ia perlu digunakan secara optimum," katanya.
Meskipun kos untuk pengurusan senjata yang digunakan pada waktu ini adalah sangat tinggi tetapi beliau berkata, aspek pertahanan udara bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh sebaliknya perlu diberikan penekanan serius.
Beliau berkata, negara perlu bersedia pada setiap waktu dari segi anggota dan teknologi persenjataan bagi mengelak daripada berlaku sebarang musibah yang tidak diingini.
Panglima Rejimen Artileri Pertahanan Udara, Mejar Jeneral Datuk Husin Md. Tahak berkata, eksesais berkenaan bertujuan melihat serta menilai keberkesanan sistem persenjataan yang dimiliki negara pada waktu ini selain melihat sejauh mana kesempurnaan fungsinya.
Jelasnya, setiap senjata dan peluru memiliki tarikh luputnya dan ia perlu sentiasa diuji bagi memastikan ia boleh digunakan secara optimum.
"Kebiasaannya setiap senjata memiliki jangka hayat maksimum 10 tahun dan selepas tempoh berkenaan tiada sebarang jaminan ia akan berfungsi dengan baik dan melalui eksesais ini kita dapat melihat sama ada ia berfungsi dengan baik atau tidak.
"Sebagai contoh, ujian tembakan complete round proof (CRP) misil Starburst berjaya dilaksanakan dengan sempurna meskipun usianya sudah melebihi 15 tahun," jelasnya.
Beliau berkata, pada sesi latihan kali ini mereka berhadapan dengan masalah ketepatan kerana sesetengah senjata yang digunakan bergantung sepenuhnya pada haba yang dibekalkan dan sekiranya haba dibekalkan tidak mencukupi tembakan yang dilepaskan akan tersasar.
Selain itu, para anggota dan pegawai yang terlibat juga berhadapan masalah untuk mengendalikan senjata kerana cuaca terlalu panas selain masalah pada sistem persenjataan itu sendiri.
"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa sasaran dalam latihan dan dunia sebenar adalah berbeza dan ia merupakan faktor utama tembakan yang dilepaskan tidak mengenai sasaran. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan eksesais kali ini," katanya.
Beliau juga menegaskan, sistem pertahanan udara tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah sesuatu yang sangat penting dalam usaha untuk mempertahankan negara daripada dicerobohi.
Jelasnya, pada fasa pertama sesebuah peperangan, pihak musuh akan melakukan serangan awal melalui udara bagi memusnahkan segala radar dan sistem komunikasi yang terdapat di kawasan berkenaan sebelum diteruskan ke fasa berikutnya.
"Oleh itu sistem pertahanan udara adalah sangat mustahak untuk mempertahankan sesebuah negara dan ia perlu sentiasa diberikan perhatian," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by windof at 2-6-2010 17:01
dan lagi:
TUDM lancar visi strategik
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
[email protected]
SULTAN Ahmad Shah dan Rodzali Daud selepas melancarkan logo Air Force Next Generation sempena Ulang Tahun TUDM Ke-52, di Pangkalan TUDM Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 1 Jun - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melancarkan visi strategik barunya yang bertemakan TUDM-Generasi Masa Depan untuk muncul sebagai sebuah pasukan udara dominan setanding dengan negara- negara maju.
Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata, visi strategik yang bersifat jangka panjang itu menekankan empat perkara utama iaitu kekuatan, organisasi, doktrin dan modal insan.
"Empat perkara ini akan menjadi teras utama dalam proses transformasi untuk memastikan TUDM bertaraf dunia dan pada masa yang sama turut mengekalkan status quo sebagai kuasa dominan di rantau ini.
"Visi strategik ini akan menjadikan TUDM sebagai sebuah pasukan udara yang mempunyai spektrum menyeluruh dan berupaya melaksanakan semua misi secara berkesan,'' katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Ulang Tahun TUDM Ke-52, di Pangkalan Udara Sungai Besi, di sini hari ini.
Sambutan ulang tahun itu dirasmikan oleh Kolonel Yang Dipertua TUDM, Sultan Ahmad Shah dan turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta Rodzali sendiri.
Menurut Rodzali, selaras dengan visi tersebut, bidang teknologi maklumat akan diberi tumpuan khusus terutamanya membabitkan teknologi siber dan angkasa lepas menjelang tahun 2020.
"Generasi baru TUDM akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan dan setiap anggota perlu melengkapi diri dengan pengetahuan serta kecekapan agar sejajar dengan perkembangan teknologi semasa,'' katanya.
Dalam pada itu Rodzali menambah, bagi menjayakan visi tersebut, TUDM akan terus mendapat dan memanfaatkan sistem pertahanan berteknologi tinggi serta mencari pendekatan terbaik untuk mengintegrasikan sumber manusia bersama aset yang akan dan telah dimiliki.
Tegasnya lagi, TUDM-Generasi Masa Depan juga perlu lebih dinamik dan fleksibel agar dapat menyesuaikan diri serta mampu menghadapi perubahan persekitaran ketenteraan yang berlaku dengan pantas.
Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun kali ini, beberapa buah pesawat tempur TUDM iaitu antaranya pesawat Hawk, Mig-29N, F-18D Hornet dan Sukhoi 30-MKM membuat lintas langsung di sepanjang sambutan berlangsung.
Turut mengambil bahagian membuat lintas langsung ialah tiga helikopter Nuri dan sebuah pesawat pengangkut taktikal CN-235. |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah kiranya menjelang 2020 (10 tahun lagi...yahooo) mesia akan memiliki angkatan udara setaraf negara maju, navy yg memiliki kapal2 perang yg canggih-manggih dan army yg sofistikated..... nescaya jehuds akan terlebih kecut teluq depa dan membina tembok yg lebih tinggi utk bertempur dari belakang tembok... |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia in war exercise with Thailand/US
KUALA LUMPUR: Malaysia is to take part in joint military exercises with Thailand and the United States next year.
Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said the matter was agreed upon following his meeting with US Defence Secretary Robert Gates last week.
Malaysia had been an observer in the previous exercises.
Ahmad Zahid also said defence industry players would invest some RM2.5bil in the Sungkai Defence Park next year. |
|
|
|
|
|
|
|
pssst.... orang ni lom kuar mana2 paper lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
terdabal le pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
Su-30MKM ejection seat accidentally ejected caused no lost
Kuala Lumpur, KLS: Malaysian Defence Minister Dr. Ahmad Zahid Hamidi said the problem of a Su-30MKM’s ejection seat accidentally ejected has been solved as the Su-30MKM is still under warranty period.
Recently, Chief of Malaysian Air Force General Rodzali bin Daud confirmed a report that a Su-30MKM’s K-36 series ejection seat was accidentally ejected on the ground two years ago.
“Yes, the incident happened on 8 September 2008,”Chief of Malaysian Air Force General Rodzali bin Daud told KLS. It is understood that the incident has caused damages to the aircraft’s cockpit and certain amount of financial lost.
Rodzali said the RMAF had carried out the Board of Inquiry (BOI) and several steps had been taken to get Rosoboronexport to compensate for damages incurred by the RMAF.
Asked whether anyone get hurt or caused lost, Ahmad Zahid Hamidi said no body get hurt in this incident, and caused no lost as the aircraft is still under warranty period.
Meanwhile, Ahmad Zahid Hamidi said the RMAF hasn’t received all 18 Su-30MKMs as three of them are still in Russia though the production work was already completed.
He said due to this reason the warranty for the Su-30MKMs have been extended as the purchaser can apply to extend the warranty period in the event of the complete 18 aircrafts are not being delivered.
source from: http://www.klsreview.com/HTML/2010Jan_Jun/20100607_01.html |
|
|
|
|
|
|
|
With Agent 220 Million, No Agent 110 Million
Kuala Lumpur, KLS: Malaysian Defence Minister Dr. Ahmad Zahid Hamidi announced that an order was issued in this March to procure Russian combat aircrafts’ spares and parts directly from Russian without going through any local or Russian agents.
Russian Deputy Prime Minister Sergei Ivanov making a courtesy call to Malaysian Defence Minsiter today at KL. Sergei Ivanov is overseeing defence industry, aerospace industry, nanotechnology and transport.
Ahmad Zahid Hamidi told a press conference today that he had a discussion with Sergei Ivanov on various defence issues, among others, expressing satisfaction of the Royal Malaysian Air Force on the performance of Su-30MKM and finding a way to reduce Mig-29N’s maintenance cost.
He said Ivanov agreed that the future procurement of spares and parts shall not go through Malaysian or Russian agents, but acquire directly from OEM by ATSC.
“Therefore, maintenance cost can be reduced through this way.”
He said he mentioned before the annual maintenance cost of Mig-29Ns is RM 220 million during a parliamentary proceeding, but with the new step in place the maintenance cost can be reduced to 50%.
“It means that the ceiling maintenance budget RM 110 million will be allocated for Migs. The same measurement will be done on Su-30MKM, i.e buy spares and parts directly from OEM.”
He revealed that the order was issued by him in this March, and today discussion with Ivanov is a follow through of the order.
On the other hand, Defence Minister said Russia has also agreed to authorize ATSC as a main technical service provider of Maintenance, Repairing and Overhaul (MRO) for the Migs and Sukhois.
He added ATSC is also given the authority to service other Russian made combat aircrafts in this region.
source from: http://www.klsreview.com/HTML/2010Jan_Jun/20100607_02.html |
|
|
|
|
|
|
| |
|