CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: surfinv

★~The Others Clan~Kembara Alam Sakti~★ Legendry

  [Copy link]
Post time 10-1-2012 06:30 PM | Show all posts
tapi per?
join grup ni

http://www.facebook.com/pages/The-Others-Clan/354094601272632
surfinv Post at 10-1-2012 14:59



   nanty malam ler.. skrunk on pc opis.. wakwak dia block fb.. :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2012 06:31 PM | Show all posts
minat giler2 kat cite HT tatau nape.. perasaan yg sgt3 mendalam nak tau pasal HT ni.. ntah le.. sampai termimpi2.. Grrr..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2012 06:37 PM | Show all posts
kitorg maybe akan arrange utk naik HT skelai algi but tower yg tak slalu org discover.. tower blakang yg mengadap tapak tower yg runtuh...  bermnat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2012 03:56 AM | Show all posts
fnas sila tgk blog kami sudah berwajah baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 08:19 PM | Show all posts
blog berwajah baru. harap lawat untuk kisah penuh dan gambar http://theothersclan.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2012 09:45 PM | Show all posts
debau2 bace citer TT ni....
baru bace smpai page 11....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2012 03:38 AM | Show all posts
Reply 1644# RaRa87


    hahaha yelah.. klo nk lari laju masuk olimpik.. takde paper lah insyaAllah
kami semua ada standard keselamatan sendiri dan kami juga mempunyai SOP sendiri utk
mengendalikan setiap aktiviti kami...

jadi keselamatan anda dijamin klo tak sure leh amik insuran dgn kami haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 03:39 AM | Show all posts
Reply 1650# adifrs


    takper2 teruskan membaca n tq atas sokongan anda... do likes our fanpage
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 12:13 PM | Show all posts
Reply 1652# surfinv


    not yet...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 01:06 AM | Show all posts
Reply  surfinv


    not yet...
adifrs Post at 16-1-2012 12:13



    ok.. thanks again
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 05:44 PM | Show all posts
harini pageview di blog kami mencapai hamir 2 ribu org...
dan story HIGHLANB TOWER mencapai 1k view sepanjang masa...
kami berterima kasih kepada semua peminat... di masa hadapan akan ada lagi cerita baru tunggu ok!

ukt ke fan page kami klik
http://www.facebook.com/pages/Th ... if_t=page_new_likes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 04:19 PM | Show all posts
saja2 review balik dari post pertama rupenya dah jauh kami berjalan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2012 06:53 AM | Show all posts
The Others akan mula bergerak semula. Ekspedisi kembara bermula awal Februari ini. Nantikan.......zassssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 10:56 AM | Show all posts
FAKTA BUNIAN
- Bunian tidak ditakrif dalam al-Quran tetapi keajaiban Allah sama seperti kejadian manusia kembar.
- Manusia yang bersahabat atau berkawan dengan bunian, menjatuhkan martabat mereka sebagai khalifah Allah.
- Tidak seperti jin yang boleh terbang dan memiliki kemampuan lain, Bunian hidup seperti manusia dengan berjalan kaki, bercucuk tanam cuma bezanya mereka tidak dilihat manusia walaupun hidup di alam yang sama.
- Bunian boleh menyakiti manusia secara ghaib tetapi bagi bunian yang mempelajari ilmu tertentu, mereka boleh menyakiti manusia secara fizikal.
- Manusia tidak digalakkan berkawan dengan bunian kerana sukar diketahui sama ada bunian itu benar-benar beriman atau kafir.
- kaedah menjauhkan gangguan bunian atau jin adalah dengan menjaga ibadat wajib dengan sempurna selain memperbanyakkan ibadat sunat serta solat hajat, solat taubat dan berdoa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2012 10:59 AM | Show all posts
Pengalaman Pengembara Menemui Puteri Gunung Ledang
seperti yg diceritakan:

Sejak zaman Nabi Allah Sulaiman alaihissalam lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis. Ratu Balkis adalah merupakan kacukan antara bapanya seorang Manusia dan ibunya adalah golongan Jin. Banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah saya di kampung dahulu pun ada perkampungan Bunian.
Saya semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang saya masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan saya itu. Malah saya juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja saya pergi dulu. Mereka nak kawin dengan saya tapi atok saya larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia sahaja. Atok saya cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan saya.
Saya tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah saya tak tahu apa itu kawin, jadi saya buat tak tahu saja lah. Tapi bila saya merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang.
Sebenarnya orang kampung selalu minta saya tolong dapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Tapi saya buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Saya pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang di alam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perempuan. Anak-anak dialah yang suka ikut saya. Ratu ini juga baik dengan ibu saya. Mereka selalu berbual-bual, tak tahu pula saya apa yang dibualkan mereka. Mereka ini pun selalu juga bertandang ke rumah saya. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah di dalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Qur’an dengan saya nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajuk saya, mereka kena ketuk dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan saya.
Menurut Abang Hassan yang tinggal di Hulu Langat Selangor, mereka ni pun berpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu saya mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila saya kata saya nampak rumah tu dia terus menganjak saya memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau fasih berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Di dalam rumah itu terdapat sebuah Singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kainnya dari kain cindai buatan tangan. Bau di dalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga.
Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian Kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan saya dengan istiadat istemewa mereka? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam saya semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian saya dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia seperti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu saya tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah saya dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam.
Oleh itu kemana pun saya pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka beri pada saya, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya saya juga dapat menerima adik iparnya sebagai isteri saya, tetapi saya tolak kerana masih ingat pesan Atok saya supaya tidak berkahwin dengan mereka kerana ia akan menyusahkan saya. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan saya sendiri. Begitulah cerita mengenai Abang Hassan.
Dilain ketika, saya telah membuat ekspedisi sendiri ke Gunung Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita Lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunung Ledang disitu. Sayang sekali National Geography tidak dapat mengikuti serta, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV (gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk ke Alam Bunian itu, saya pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat di lihat bak kata melayu lama, “sayup, saujana mata memandang” akan luasnya kerajaan Bunian tersebut. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda (beranda-beranda) diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi.
Ia langsung jauh berbeza dari mitos cerita Melayu Lama di dalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bengkang-bengkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang.
Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya! Jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya? Ya! Sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan tersebut? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak, katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah? Tanya hamba. Dia hanya tersenyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk, kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba, katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima Kasih tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini? Hamba memohon. Dia hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan berlalu pergi.
Saya pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu di Maya Pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, saya pun melangkah ke pintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, (seperti di dalam cerita orang Rom) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya saya bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang ke udara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Verinda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Saya diterbangkan ke Johor Baharu tepat ke halaman rumah saya. Macam mana burung ni tahu rumah saya? Bisik hati saya. Saya turun dan menarik tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula ke udara dan hilang dari pandangan.
Saya bawa tempayan itu masuk ke dalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat saya pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas di dalam satu tempayan dan batu-batu permata di dalam tempayan yang satu lagi. Kemudian saya tutup semula dan pergi membuat kerja saya. Selang seminggu saya buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas saya katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya.” Telah saya jangka pekara ini akan berlaku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2012 12:42 AM | Show all posts
KEMBARA KE AMBER COURT, GENTING HIGHLAND

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang.

Terletak di kawasan emas Taman Tema Genting, dengan ketinggian lebih dari 100 kaki dan suhu sejuk di bawah 32 darjah celcius, kawasan ini menjadi satu tarikan buat kami untuk meneraju lensa ke destinasi seterusnya.



Buat teman sekongkol kami - WUJUD - pelawaan menyertai mereka tidak kami sia-siakan. Di samping kami membuka buku penjelajahan kami untuk 2012. Kami mengorak langkah ke tahap seterusnya untuk menggali dan mencari kisah-kisah mistik tanah air. Dengan kerjasama yang julung-julung kalinya bersama WUJUD, The Others  bakal membawakan sesuatu yg berlainan dalam jelajah kali ini.

Keunikan

Destinasi kali setelah diamati dan dinilai, ianya memberi keunikan tersendiri, dimana pertama kali akan membuat liputan di kawasan yg masih didiami org dan ianyanya terletak jauh dari kawasan sibuk. Dengan tempatnya yg tinggi, sejuk dan malap sememangnya latar seram itu telah wujud dengan sendirinya.

Pada edisi kali ini, Kami membuka ruang untuk peserta (guest) yang ingin menyertai kami bersama menjalankan aktiviti penjelajahan. (sebelum ini kami hanya membawa seorang hingga dua org sahaja). Kami juga kan membuat 'Live Update di Fan Page, Twitter dan juga Live Video Streaming (di Blog Channel WUJUD) yang akan bersiaran secara langsung dari sana (Real Time). Di mana para pembaca berpeluang berinteraksi secara terus di kesemua laman sosial ini dan kami akan menjawab dari semasa ke semasa.

Aktiviti

* Live Update via Facebook & Twitter
* Live Video Streaming via WUJUD Blog
* Live Chatting

* Penjelajahan tempat (ke Hot Spot di seluruh bangunan ini)
* Voluntary Isolation (Oleh Wujud)
* Footage on-the-scene

dan mana tahu jika kami berpeluang membuat satu sesi belakang tabir? huhu

Kepada Sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, anda boleh menghubungi kami di:
http://www.facebook.com/pages/The-Others-Clan-Mystic-Adventurer/354094601272632
atau hubungi kami di: 017-4327890 / 019-2924847

Kami mengenakan bayaran RM10 untuk tujuan penginapan dan RM10 untuk pengangkutan sekiranya anda tiada kenderaan. Tarikh tutup adalah Jumaat 3hb Feb 2012.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2012 11:20 PM | Show all posts
Saksikan kembara The Others LIVE melalui video streaming di blog kami di link di bawah. Kembara kali ini adalah ke Apartment Amber Court Genting Highland http://theothersclan.blogspot.co ... eo-live-update.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2012 06:23 PM | Show all posts
Pengumuman Rasmi The Others Clan : Kami meminta maaf di atas kegagalan kami menyiarkan Siaran Langsung dari Amber Court, Genting Highland, Kami mengalami masalah teknikal yang berpunca daripada kegagalan 'Talian Komunikasi' oleh sykt telco. Ini berikutan kabus tebal dan hujan menyebabkan talian gagal berfungsi. Kabus di sana sgt tebal sehingga jarak penglihatan terhad (hanya 1 meter). Walaupun begitu, kami telah merakam segala aktiviti di sana dan akan menyiarkan kepada anda tidak lama lagi. Harap Maaf
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 12:42 PM | Show all posts
salute ar..kalo den mmg xberani
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2012 01:28 PM | Show all posts
aduhai...siang2 hari pun boleh meremang tgk pic nie...seram..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.240114 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list