CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KAULAT

Tetamu tak diundang

   Close [Copy link]
Post time 19-12-2011 07:34 PM | Show all posts
best la cter2 7teen.... banyak nyer pengalaman adik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 08:55 PM | Show all posts
Reply 1639# prairehell

Tak pasti lah pulak..Tapi ada sorang forummers nasihatkan saya bawak sekali ahli keluarga yang lain sama-sama berubat..Dia kata kalau saya dah okeyh pown,yang dok menumpang kat badan ahli keluarga saya akan menempel sama di badan saya..WALAHUALAM,HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI~


P/S : Tak pasti lah pulak..Sapa-sapa yang arif..Boleyh beri lebih banyak pencerahan?
   
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 08:58 PM | Show all posts
Reply 1641# lilinputih

Terima kasih atas sokongannya..Insya-ALLAH,yang baik ambik jadikan pengajaran yerk?Yang buruk dan silap dari saya neyh harap jadikanlah panduan dan tauladan..Jangan sampai memakan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:40 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua...
Apa khabar?
Semoga semuanya dalam lingkungan rahmat ALLAH hendaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:49 PM | Show all posts
Reply 1644# chefmizan

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratu waridhwannu...Harap-harap abang chef pun dalam perlindungan ALLAH S.W.T..Aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 10:50 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua...
Apa khabar?
Semoga semuanya dalam lingkungan rahmat ALLAH hendaknya...
chefmizan Post at 19-12-2011 22:40



    As salam,

Sihat ker....ada balik kampung ker???banjir ker??risau tue air sungai kat triang naik....glup glup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2011 11:24 PM | Show all posts
Reply 1645# 7teen


    InsyaALLAH,semoga adik 7teen pun begitu jua...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2011 11:26 PM | Show all posts
Reply 1646# sofiera


    Alhamdulillah kak.. Belum lagi berkesempatan nak balik kampung.. Jadual masih pax sehingga hujung bulan 3.. InsyaALLAH parents yang akan datang ke KL hujung bulan ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2011 11:37 PM | Show all posts
Reply 1628# feyo


    Berkenaan dengan tidur ni memang biasa sebenarnya. Saya sendiri dulu pun mengalami masalah yang sama. Satu petua yang saya amalkan kalau selalu terjaga dimana dipanggil sepertiga malam selepas terjaga sebelum bangun meninggalkan katil,saya akan berselawat,membaca doa nabi Yusuf a.s dan berzikir. Kemudian saya bangun ambil wuduk dan buat solat tahajjud. Dan kebiasaannya selepas solat saya boleh tidur dengan nyenyak.

    Apa yang boleh saya katakan disini,sebenarnya masalah tidur bukanlah semestinya mempunyai gangguan makhluk halus semata2. Lihat sahaja apa yang telah adik 7teen utarakan bagi masalah berlaku penindihan semasa tidur. Kita sebagai khalifah ALLAH tidak sepatutnya hanya percaya kepada mistik semata2..

Wallahualam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 12:27 PM | Show all posts
dah 2 bulan jadi SR kat sini..thread ni mmg terbaik....tahniah TT, Chef, Bunga n lain2..
ad ...
PICes_Boy Post at 19-12-2011 19:32



Assalammualaikum,
Baru berkesempatan untuk menerrjaah masuk...

Apa2 pun Selamat melayari PICes_Boy   "Tetamu Tak Diundang",
tiada masalah Pices boleh taip dulu di word dan paste masuk disini...kaedah penceritaan biar simple dan mudah difahami,
pengalaman dan pendapat anda ditagih serta dihargai disini..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 12:43 PM | Show all posts
Ok..thanks TT,saya cuba
Bismillahirahmanirahim…

Saya ada nak cerita pengalaman saya di sekolah menengah..dalam tahun 2005, kiranya saya duk di sekolah berasrama penuh di pantai timur.. Errr asrama sekolah saya ni bersebelahan bukit & hutan simpan.. sekolah ni baru 2 tahun dibuka & tapak sekolah ini agak keras sikit mengikut cerita penduduk di situ.

Saya ada seorang kwn karib, biar saya panggil nama dia N je.. kebetulan sebelum berlaku kes histeria yang besar dlm sejarah sekolah kami, saya ada selisih faham sikit dengan dia..besala budak2..

Satu mlm tu terjadi la kes histeria,untuk pengetahuan...asrama saya terbahagi kepada 3 blok iaitu E,F,G..semua blok dlm kedudukan selari & blok G mengadap bukit & hutan simpan..Kawan saya, N duk di dorm block G tu..

Histeria bermula di blok dorm saya,E.. Pelajar perempuan tu badan agak besar & tinggi..dia mula meracau2 bila keluar dari toilet level kami.. saya antara yang menenangkan dia bersama2 dengan pengawas yang lain..kami pegang dia seramai 7org tapi tak berdaya,dia tendang pintu dorm sampai tercabut..malah mentertawakan kami ketika membaca yasin & kursi..

Memang mengigil kami pegang dia sehinggalah warden datang bersama ustaz...saya beredar ke dorm saya & mendapat tahu ramai jugak yang diserang histeria.. Malah ada yang di blok F cuba terjun bangunan dari tingkat 4 tapi sempat diselamatkan oleh warden lelaki.

Baru je saya masuk ke dlm dorm,tiba2 kawan saya datang & memanggil saya ke blok G. Menurutnya warden memanggil saya untuk menenangkan kawan saya,N.Mengikut cerita, N turut terkena histeria tapi dia ni pelik sikit. Dia tak meracau sprt org lain..Cuma diam je di atas katil, menangis2 memanggil nama saya,berbau hamis & menariknya dia solat hajat & mengaji tak berhenti..Cuma bacaannya je tak jelas..

Saya agak cuak tapi menurut je sebab teringatkan sahabat saya ni.Sampai di sana, dia menghalau semua org di dlm bilik tu & memimpin saya ke katilnya..saya tak berhenti membaca  ayat apa yang terlintas..dia senyum..jln terbongkok2 mcm orang tua..berbau sgt hamis & suara sprt lelaki..

Dia duk atas katil sambil bersimpuh & mengoyang2kan kepala seperti berzikir..aduh Allah saya jela tau perasaan saya waktu tu bila dia berhenti & menjeling saya ngn senyuman sinis..sekali sekala terdengar dia gelak2 perlahan & gemersik....saya diarahkan menjaga kwn saya ini hingga ke subuh...warden memberi kebenaran saya tidur di sebelah katil dia,tapi sampai ke pagi mata saya membuntang...tak lalu nak tidur...seriau gila..



Besoknya,nampak ok sikit.Dia ajak saya temankan dia mandi...Alhamdunilah tak der apa..Cuma bila mkn pagi tu..dia nak saya suapkan  dia sambil marah2kan pelajar lain yang tengok kami hihihi..

Famili dia ada datang tapi dia tak nk balik sebab dia tak nak tinggalkan kekawan dia yang ramai sampai tangan dia menunding ke arah Hutan Simpan. Saya cuba pujuk dia mintak dia balik ke rumah & berjanji akan datang melawat dia...tapi sy tak buat pun huhuhu..takut...

Ustaz yang dtg berubatkan histeria kat asrama kami tu ckp..1 famili dari bukit hutan simpan tu datang nak beramah mesra ngn kami..besa la duk dengar budak2 pompuan gelak mengilai mcm dorang ...so diorang pilih mana yg lemah..buat kacau...kwn saya tu dapat atuk dlm famili tu..sebenarnya saya pun tak fhm sgt pun..huhu.. Ada lagi sambungannya tapi rasanya mcm dah terlampau panjang...sorry TT..hihi..

saya nak dptkan pandangan TT,Chef & sesiapa yang arif psl kwn saya tu....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 01:08 PM | Show all posts
Reply 1651# PICes_Boy

Histeria bermula di blok dorm saya,E.. Pelajar perempuan tu badan agak besar & tinggi..dia mula meracau2 bila keluar dari toilet level kami.. saya antara yang menenangkan dia bersama2 dengan pengawas yang lain..kami pegang dia seramai 7org tapi tak berdaya,dia tendang pintu dorm sampai tercabut..malah mentertawakan kami ketika membaca yasin & kursi..


Assalamualaikum,kak PICes_Boy..Saya rasa pelajar perempuan itu mentertawakan akak dan kawan-kawan seasrama yang sedang baca yassin dan ayat kursi sebab dia nak menduga..Lagi pun sesuatu tue takkan menjadi dengan cepat kalau ayat-ayat itu hanya meniti di bibir sedangkan akal dan fikiran serta hati tidak memasakkannya kepada Allah Azza Wajalla..

Sekiranya menjadi kelaziman pembacaan surah Yassin dan ayatul Kursi di asrama dan sekolah..serta para pelajar asrama pada masa tue ada keyakinan yang tetap dan utuh bahawa Tiada Tuhan Melainkan ALLAH..Insya-ALLAH,makhluk tue akan mengalah..Tapi kene diingat mereka pandai berpura-pura..Malah lebih hebat kepura-puraannya jika nak dibandingkan dengan drama kehidupan seorang manusia..

WALLAHUALAM~HANYA TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 01:11 PM | Show all posts
Ok..thanks TT,saya cuba
Bismillahirahmanirahim…

Saya ada nak cerita pengalaman saya di sekolah  ...
PICes_Boy Post at 20-12-2011 12:43



Kes2 begini biasa terjadi di sekolah berasrama,terutama yang berhampiran dengan hutan ataupun berjauhan dengan bandar,dan kebiasaannya bila duduk diasrama,berkawan dan bergurau senda itu perkara biasa,namun disebalik sedar atau tidak,kita mungkin menggangu atau menarik perhatian makhluk2 ini....
Seperti yang PICes cerita,ini adalah histeria biasa dimana makhluk2 ini akan masuk dan menguasai mereka2 yang lemah semangat hasil daripada perangai atau tingkah laku pelajar2 itu,seperti bergurau tengah2 malam,buat bising,ketawa kuat2,ataupun dalam keadaan tidak bersih bagi perempuan,

Pernah terjadi dahulu disebuah kem orientasi yang saya kendalikan dimana pelajar bergurau ditengah malam selepas xtvt,pelajar2 ni bermain perang bantal didalam dorm,tiba2 seorang student tiba2 meracau-racau tak tentu hala,setelah diubati rupanya dia telah terbaling makhluk halus yang melalui jalan merentas dalam dorm,sebab kita tak tau laluan mereka.

Apa yang PICes cerita tu menggambarkan yang rakan PICes berkelakuan seperti dikuasai oleh makhluk halus,apa yang saya boleh jelaskan kemugkinan ada makhluk yang menumpang dalam badan kawan PICes itu adalah nenek tua dan ia menumpang disebabkan lemah semangat dan ada ruang2 yang dia boleh masuk sekaligus dikawal oleh makhluk ini,

Selain itu juga PICes juga merupakan rakan terdekat dengan mangsa,dan disini apa yang boleh dijelaskan mungkin ada sesuatu yang menarik makhluk  ini untuk lebih mendekati PICes,hanya dengan cara ia masuk kedalam rakan PICes sahaja ia mampu untuk mendekati PICes...

Ini adalah pendapat dan penjelasan saya berdasarkan pengalaman dan Pengetahuan,mungkin ada penjelasan lain dan pendapat lain dari rakan2 forumer kita nanti...

wallahuallam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply  PICes_Boy



Assalamualaikum,kak PICes_Boy..Saya rasa pelajar perempuan itu mentertawaka ...
7teen Post at 20-12-2011 13:08



Saya juga bersetuju dengan 7teen,sebab makhluk2 ni sebenarnya lagi hebat dan lebih memahami apa yang kita baca,pernah terjadi makhluk2 ni siap boleh perbetulkan bacaan,dengan sindiran lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 01:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by 7teen at 20-12-2011 13:19

Reply 1654# KAULAT

"Hehehe..Kau bacalah berapa kali pun aku tak gentar..Sebab yang kau baca tue bukannya yang betul pun..Tue nama aku..Heheheh.."


Neyh antara sindiran yang saya takkan lupa sampai bila-bila..Seriau bila ingat balik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 01:45 PM | Show all posts
Reply 1431# masariesya


    masariesya keja jab perhutanan ke? sy pn dok area situ gak tp kt LEP 6.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2011 01:53 PM | Show all posts
Reply 1649# chefmizan


   salam chefmizan,
terima kasih atas penjelasan dan saranan berilmu daripada chef..Mungkin juga, Allah bangunkan saya untuk saya tambah amalan2 padaNYA kan..saya fikir2 balik, terbangun pukul 3am tu mungkin suruh buat tahajud..terbangun pukul 5.30am tu mungkin suruh bangun subuh awal kan...hidayah2..

totally agree xboleh nak berpikran kemistikan sangat dalam semua benda, but, benda2 mistik ni yg kadang masuk2 dalam mimpi...tu yg curious and minta pandangan bijak pandai kat sini.sesungguhnya..., amatlah takut untuk bukak mata kalau terjaga pukul 3am tu...fobia dengan pengalaman sendiri and cerita2 org berdekatan..lagi2lah dekat area rumah saya yg tengah berleluasa penampakan makhluk ghaib ni..

finally, setelah most of my family tak percaya dengan apa2 yg saya nampak, at last, mereka pon nampak jugak gangguan2 tu..barulah mereka2 nak percaya dengan cerita saya. barulah bagitau saya,masing2 kena kacau.. and, for that reason jugalah, saya jadi sangat takut..xpatut kan...takut pada Allah je patutnya..payahnya bila ketakutan menguasai..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 02:01 PM | Show all posts
Reply 1451# masariesya

baru2 ni ada gak terbau wangi sgt kt umah, pastu ada la a few things yg jd. sbb kita ni tgl kt area yg sama kn, so citer kt jiran yg lama kt situ, dia ckp kt LEP 5 x silap, ada perkampungan bunian. baru la tau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply 1652# 7teen

Ermm..memang dia nak menduga sb mungkin bacaan akk & kwn2 ada yg salah @ tersasul..time takut memangla..iman pulak tak kuat...Insyaallah lps ni diperbanyakkan amalan...thanks dik 7teen..ulasan yg tepat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2011 02:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by prettyuglybabe at 20-12-2011 14:34
tp beb..kalo flush kt toilet x tersumbat ke toilet tu eventually? nmpknyer TT n the geng bz bebenor..xpe, iols sbr menanti apdet..
cmf_jy77 Post at 23-11-2011 18:44




babe pun buat cam ni.. bukan flush terus pad tu. koyakkan, buang isi dalam pad tu (siram dengan air). toilet takkan tersumbat coz isi pad tu kapas je. bila isi dalam tu semua dah kuar, cuci plastik luar tu bersih-bersih, bungkus dan buang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.113194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list