TAHUN Baru Cina yang menjelang setiap tahun tidak hanya disambutoleh masyarakat Cina semata-mata, sebaliknya turut diraikan selebrititerkenal tempatan yang menjalin persahabatan dengan rakan-rakan kaumCina.
Berkongsi pengalaman dan nostalgia ialah tiga artis Melayu yangpernah menyambut Tahun Baru Cina bersama kenalan mereka daripada kaumCina.
Nubhan dan Lay Hock
Artis yang bakatnya dicungkil melalui Akademi Fantasia 6 (AF6), Ahmad Nubhan Ahamad, 23, sebelum ini pernah menyambut kehadiran Tahun Baru Cina dengan rakan Cina lain.
Kalau sudah bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina)Chung Hua, Juasseh, Negeri Sembilan, pastilah Nubhan mempunyai ramaikawan Cina.
"Semasa di sekolah, saya cukup rapat dengan seorang kawan yangbernama Tan Lay Hock. Ada juga rakan lain, namun saya tidak dapatmengingati nama yang lain.
"Saya masih ingat kenangan ketika Tahun Baru Cina semakin menjelang.Saya dan pelajar lain buat dekorasi sempena perayaan itu di sekolah.
"Memang meriah kerana kami bergotong-royong buat bermacam-macam perkara walaupun berlainan kaum dan agama.
"Diibaratkan macam lahir satu semangat lain yang seakan-akan hampirsama dengan perasaan ketika menyambut Aidilfitri," tutur Nubhanmengimbas semula momen menyambut Tahun Baru Cina.
Selain itu, Nubhan pernah beraya di rumah Tan Lay Hock dan mendapat duit raya yang dikenali oleh kaum Cina sebagai ang pau.
"Famili Tan Lay Hock mengusahakan sebuah kedai runcit di Juasseh,malah saya juga sering ke kedainya bagi membeli barangan keperluanharian.
"Lantaran itu, seluruh keluarga Tan Lay Hock mengenali saya.Pengalaman beraya di kediaman mereka memang tidak dapat dilupakandaripada ingatan.
"Saya amat teruja menerima ang pau daripada mereka. Kalau sudahnamanya budak-budak, sudah tentu saya dan rakan lain mengunjungi saturumah ke rumah yang lain untuk meraih ang pau," ulas penyanyi lagu Ada Untukmu itu.
Masa pantas berlalu, kini masing-masing membawa haluan sendiri mengikut arus yang dimahukan.
Namun sungguh mengharukan apabila Lay Hock tetap mengingati Nubhanapabila dia pulang ke kampung, malah keluarga Lay Hock turut gembiradengan pencapaian Nubhan dalam karier seninya.
"Lay Hock dan keluaganya mengambil tahu perkembangan terbaru sayadan sentiasa memberi sokongan untuk saya mencapai kejayaan yang lebihmembanggakan dalam bidang seni.
"Saya cukup berterima kasih dengan kata-kata perangsang yang diberikan Lay Hock dan familinya.
"Sekiranya ada masa lapang dan bercuti daripada sebarang komitmen seni, saya akan melawat keluarga Lay Hock di kampung nanti.
"Tidak sabar rasa di hati untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama mereka kelak," jelas Nubhan.
Originally posted by twinkystar at 25-1-2009 11:26 PM
hali kata mmg betul sabun akan ada kat ac disini..siap nyanyi lagu indera lagik..
so raizal tu x tipu la
lagipun, td twinky godek2 aku stacy last episod..ac ada mention nama raizal time rehea ...
wah best2...huhuhu
raizal dtg2 la lagi melawat blog sabun...