|
ntah2 dia tidor kat rumah makayah dia....tak pon dia tidor kat kedai salun dia tuh |
|
|
|
|
|
|
|
khas utk cray demi perchentaan wiwi & kikin
(from manggaonline)
Mawi Ikin nikah 20 Dis 2008 2008-10-21 17:15:14
Oleh ROSLI MANAH
Penyanyi Mawi mengumumkan akan bernikah dengan Ikin di sebuah masjiddi Johor Bahru, Johor pada pagi 20 Disember 2008. Pengumuman yangdibuat oleh Mawi dan Ikin dalam satu sidang akhbar khas di Hotel Palaceof The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor pada21 Oktober 2008 menamatkan spekulasi bilakah tarikh merekaakan bernikah.
Mawi atau Asmawi Ani dan Ikin tidak akan bertunang.Keluarga Mawi telah merisik Ikin di rumah keluarga Ikin pada bulan Junlalu. Mawi mula melamar Ikin atau Norashikin Rahmat secara serius pada30 April 2008 lalu melalui panggilan telefon semasa dia berada di Syria.
Mawi dan Ikin yang belum menghadiri kursus pernikahan akan menjalanikursus khas di Masjid Putrajaya pada 4November 2008 ini. PIhak Astro Oasis akan membuat rakamankursus itu dan akan menayangkannya pada 17 dan 18 Disember 2008 nanti.
Selepas akad nikah, majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akandiadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru pada sebelah malamnya.Seminggu kemudian iaitu pada 28 Disember 2008, majlisresepsi sebelah pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak.
Dewan Felda Taib Andak.
Mawi memilih tema pakaian Jawa untuk majlis tersebut. Majlis sebelah pengantin perempuan mengenakan tema moden kontemporari.
Mereka akan mengadakan majlis resepsi khas pada 11 Januari 2009 diHotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor. Kali initemanya Arab.
Mawi juga akan mengadakan konsert khas di Padang Felda Taib Andakpada 27 Disember 2008 iaitu sehari sebelum majlis bersanding sebelahpengantin lelaki.
Di mana bulan madu?
Mawi belum lagi memikirkan destinasi bulan madu. Antara tempat yang ada dalam fikirannya ialah Syria dan Korea.
"Menarik juga kalau ke Syria sebab saya melamar Ikin semasa diSyria... lagipun pada masa itu cuaca sejuk, kena benarlah," kataMawi berseloroh.
Pihak Astro bukan sahaja menjadi penyiar rasmi untuk majlisberkaitan pernikahannya, tetapi bertindak selaku pengurus acara-acaratersebut.
"Inilah masa saya membalas balik jasa mereka selama ini. Sayajuga anggap penyiaran majlis saya secara langsung sebagai membalas jasapeminat yang menyokong saya selama ini," jelas Mawi. Dia tak anggapsebagai dipergunakan oleh Astro untuk mengaut untung di atas hakmenyiarkan majlis perkahwinannya itu.
Padang Felda Taib Andak sekali lagi akan dibanjiri peminat.
Berapakah hantaran?
Apabila artis popular kahwin, hantaran juga akan menjadi perkara yang ingin diketahui. mawi belum sedia mengumumkannya.
"Semasa merisik tidak ditetapkan berapakah hantaran,malah keluargaIkin menyerahkan kepada saya untuk membawa berapakah wanghantarannya.
"Saya akan bawa (sejumlah wang), tapi biarlah dulu, bukan nakberahsia, tapi belum lagi bersedia memberitahu," tutur Mawi.Semasa bernikah nanti, Mawi akan membawa sembilan dulang hantaran danpihak Ikin akan membalas sebelas hantaran.
Hotel Palace of The Golden Horses diserikan dengan warna-warni majlis ala-ala perkahwinan orang Arab.
Banyak sponsor?
Mawi akui banyak pihak yang ingin menaja hal-hal berkaitan majlis perkahwinannya. Namun ia bukanlah penajaan sepenuhnya.
"Ada perkara-perkara yang kami keluarkan wang kami sendiri untuk majlis pernikahan kami," kata Mawi.
Mawi juga menafikan mendapat RM5 juta daripada Astro apabilamemberikan hak kepada stesen TV satelit itu untuk menjadi penyiar rasmi.
((((ensem kapel nih cray....lawo pulok dua2nya))) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1717 rubi_perez's post
|
|
|
|
|
|
| |
|