Originally posted by masarju at 15-1-2008 09:52 AM
http://www.aayisrecipes.com/wp-content/photos/aayi%27s%20sandwich.jpg.
rumah kecil dari papan
rumah milik Cik Nona
masuk sini hantar sarapan
sandwic cili dengan tuna
:victory:
Rumah Cik nona cantik sekali
dihiasi dengan rapi
Sandwich cili tuna lazat sekali
kalau ada lebih hantar la ke sini
Originally posted by Hane at 16-1-2008 07:09 PM
makan menjamu selera Ratu
suke masakan ayam golek Ratu
mmg dari dulu tabiat Ratu
siapa tak kenal perangai Ratu
Cik hane datang ke sini Untuk berjumpa si Ratu lepas shopping minum kopi hane sajela yang tahu tabiat ratu
Originally posted by Ratu_Lybeau at 16-1-2008 01:16 PM
naik bas ke kota taiping
singgah sebentar di batu pahat
takde mananya ratu ramping
Nick sempena lagu lelaki buaya darat
Sudah lama dinda menunggu
Sampai kapan kitakan bersua
Kalau nick tu asalnya lagu
Nyanyilah Ratu sebaris dua
Originally posted by Hane at 16-1-2008 07:09 PM
makan menjamu selera Ratu
suke masakan ayam golek Ratu
mmg dari dulu tabiat Ratu
siapa tak kenal perangai Ratu
Bila bertemu sipanas baran
Tak kenal musuh maupon rakan
Hane dan ratu tak kan jiran
Siap hantar kasut berpos sakan
Originally posted by aincoolz at 16-1-2008 11:42 AM
dari Tangkak naik keTaiping
singgah KL beli sepatu
badan kakak mestilah ramping
masakan kakak dipanggil Ratu
Kalau dapat kakak yang pekak
Lambai jer tangan toksah disapa
Kalau dah Ratu dipanggil kakak
Aincoolz ni umurnya berapa?
Originally posted by Ratu_Lybeau at 16-1-2008 01:16 PM
naik bas ke kota taiping
singgah sebentar di batu pahat
takde mananya ratu ramping
Nick sempena lagu lelaki buaya darat
telinga juga dipanggil cuping
letaknya juga dekat dipipi
kalau kak Ratu tidaklah ramping
pastilah pula lebar ketepi.