|
Post Last Edit by syzawgurll at 17-1-2010 00:03
yei....coming soon drama tv3 lakonan marsha..Hotel Mania.. |
|
|
|
|
|
|
|
Marsha bukan artis majalah
Oleh MURSHID EUNOS
[email protected] PESONANYA tidak lekang percikan kontroversi. Karektor manja seksi serta wajah komersial, menambahkan rencah perjalanan kariernya sebagai selebriti remaja popular.
Malah ramai lebih mengenali gadis kelahiran Michigan, Amerika Syarikat ini menerusi pelbagai gosip dan kisah berbaur negatif. Itu semua tidak langsung menjadi kudis buat gadis ini, sebaliknya semua kritikan itu digumpal kemas dan dijadikan satu semangat untuknya terus maju ke depan setara membuktikan kemampuannya bukan 'artis majalah'.
Selepas bersandar pada lagu Sayang, duet bersama komposer Ajai untuk album runut bunyi filem Sayang You Can Dance dan sebuah lagu ciptaan KRU, Yang Terbaik, gadis Tamparuli, Sabah ini ini semakin yakin berdiri selaku anak seni. Namun sebaik dirinya tampil membuka bicara ketika ditemui baru-baru ini, jelas dirinya kecewa dan akur kerana begitu jarang publisiti berkisar kerjaya seni sebaliknya segala cerita lebih kepada peribadi saja. "Sebenarnya sudah banyak yang saya tampilkan sebagai anak seni. Bukan saja sebagai penyanyi namun ada saja aktiviti hiburan seperti siri persembahan yang membabitkan saya tapi gagal mendapat ruang untuk dipromosikan. "Lakonan saya menerusi drama bersiri online pertama Malaysia di Gua.com.my, Kerana Karena juga gagal menaikkan nama saya. Sebaliknya gosip liar lebih melingkari saya.
"Bukan hendak menyalahkan sesiapa sebaliknya saya hanya perlu membetulkan keadaan bahawa niat utama saya wujud dalam industri ini untuk menjadi artis serba boleh dan bukan menjaja kisah dalam kain saja.
"Mungkin penampilan dan karektor saya sering saja disalahertikan oleh sesetengah pihak. Malah saya sendiri pernah mendengar kisah-kisah negatif yang mengatakan saya seperti penggoda, artis gatal dan gedik. Namun tidak langsung saya endahkan kerana saya percaya dengan diri sendiri," katanya.
Tiada sesiapa yang mampu puaskan setiap orang atau ingin menutup mulut orang daripada terus bercakap. Tapi katanya, dia tidak akan berputus asa untuk terus memperbetulkan keadaan dan berusaha membuktikan bahawa pandangan sinis terhadapnya selama ini salah sama sekali. "Saya tahu siapa saya. Teman-teman rapat serta keluarga sendiri mengenali saya seadanya. Tidak berniat langsung untuk saya mencari kontroversi dengan bercerita mengenai lelaki atau membiarkan diri terus dijadikan bahan gosip. "Saya memang manja dan suka bergurau. Kadangkala saya tidak sedar yang sikap peramah dan mudah mesra saya mendapat penilaian yang berbeza pada mata orang. Itu silap saya dan pastinya saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya yang pernah dikaitkan dengan beberapa artis termasuk Mawi, Ramli MS, Hans Isaac sehingga yang terbaru Yusry KRU. Enggan menyalahkan sesiapa, kini Marsha yang pernah menyembunyikan hubungan cintanya dengan teman seperjuangan, Kefli sebelum ini sedia memperkenalkan bakat sebenarnya yang selama ini bagai suam-suam kuku berbanding kisah lelaki yang mendampinginya. Gadis periang ini merasa 'puas' dengan perjalanan kerjaya kini lebih-lebih lagi peluang untuk mewarnai layar lebar mula terbuka buatnya. Menurut bintang utama filem komedi, Senario Episod 2: Beach Boys ini, tidak pernah terlintas untuknya tampil sebagai pelakon namun rezeki itu bagaikan petunjuk yang ruang buatnya masih ada. Watak gadis lasak menerusi garapan Ahmad Idham itu berjaya digalasnya dengan kemas. Malah jelas wanita yang tidak lokek dengan senyuman ini berdebar untuk menunggu maklum balas daripada peminat terhadap beberapa projek lakonannya yang akan datang termasuk drama bersiri arahan Afdlin Shauki, Berita Hangit untuk tayangan TV9 dan siri rantaian komedi tayangan Astro, Di Bawah Ketiak Isteri 2.
Tidak terhenti di situ, pihak Metrowealth sekali lagi memberi peluang untuknya tampil dalam sekuel filem Senario.
Terbaru, segala usaha dan inisiatifnya selama ini untuk kekal berdiri sebagai penyanyi akhirnya tercapai apabila Alibi Music berkenan untuk menguruskan karier seninya.
Ikatan yang terjalin buatnya itu akan menjernihkan laluannya untuk bergelar seorang penyanyi. Dengan mempertaruhkan melodi ciptaan Cham VE berjudul Tak Perlu Selamanya, baik Marsha mahupun pihak Alibi, projek ini dijangka mampu menjulang bakat nyanyian gadis berketurunan Kadazan Dusun ini.
"Tawaran daripada pihak Alibi mustahil untuk saya tolak kerana peluang yang tiba ini adalah sokongan kuat untuk saya menyanyi. Di saat kerjaya nyanyian saya gagal mendapat ruang, mereka hadir memberi nafas baru. "Saya yakin dengan Alibi selepas mereka berjaya menaikkan beberapa kerjaya artis popular lain seperti Fabulous Cats, Liyana Jasmay, Nurul dan Imran Ajmain. Jadi tidak salah untuk saya mencuba nasib. "Pengurusan mereka juga tersusun dengan strategi yang jauh lebih berkesan. Selain itu, Alibi punya rangkaian syarikat di Indonesia dan England yang akan membolehkan saya melebarkan sayap ke satu lagi fasa yang jauh lebih tinggi," katanya yang turut berpeluang mencipta lagu.
Menyedari akan keadaan industri muzik masa kini yang semakin lumpuh serta keindahan sebagai selebriti tidak bersifat kekal, gadis berusia 24 tahun ini pantas berfikir ke depan. Ibarat sediakan payung sebelum hujan, dia yang turut berlakon dalam Cun arahan Osman Ali ini gigih memperkuatkan legasi perniagaannya yang dijalankan secara kecil-kecilan. Bersandar pada minat dan kesungguhan, kini Marsha bergelar usahawan muda yang berani dengan memperkenalkan produknya, Marsha Jeans. Menjual seluar jeans untuk wanita sebagai permulaan sudah cukup memberi kepuasan padanya. Rekaan serta corak yang diilhamkan sendiri ini boleh dimiliki melalui laman web peribadi, www.marshalondoh.com.
"Sebagai permulaan, saya jual secara online memandangkan ia masih di tahap perkenalan. Tapi saya akan usahakan untuk memperbesarkan perniagaan ini di masa depan," katanya. MEKAP: Adeeq (0172563958) RAMBUT: Aboi (0123936011) BUSANA: Arma Abdul Rahman (0123409685) & Nazreen Idris (0123246121)
credit to Metro Ahad. Gambo takde lah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Marshaaaaaaaaaaaaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by syzawgurll at 11-2-2010 19:56
Hotel Mania hotel hiburan
Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN
http://www.utusan.com.my/pix/2010/0211/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_03.1.jpg
SALAH satu adegan tarian di lobi hotel di dalam drama muzikal Hotel Mania yang dibintangi oleh ramai bintang realiti popular.
--------------------------------------------------------------------------------
SEBAIK menjejak kaki ke sebuah hotel di Putrajaya, pasti ada yang terkesima dengan pekerja-pekerja hotel itu yang wajah mereka persis artis tempatan.
Disambut dengan senyuman oleh seorang bell boy yang kelihatan seperti Dafi, pekerja front desk yang saling tidak tumpah wajahnya dengan Marsha Londoh dan pengurus hotel bak Sheila Mambo.
Malah kelibat Anding Indrawani, Adam, Zain Ruffedge dan lain-lain turut kelihatan di sekitar hotel tersebut.
Itulah Hotel Mania, hotel bertaraf lima bintang yang sentiasa ceria dengan pekerja-pekerjanya.
Bukanlah sebuah hotel baru, sebaliknya, Hotel Mania merupakan sebuah drama muzikal pertama terbitan KRU Studios yang bakal menggantikan drama bersiri Tari Tirana di Slot Lestary, TV3 mulai 2 Mac ini pukul 9 malam.
Drama yang berkisarkan perjalanan hidup pekerja dalam bidang perhotelan ini akan menyaksikan mereka menyanyi dan menari sambil menyelitkan elemen drama dalam muzikal ini.
Hotel Mania membawa konsep drama muzikal yang sarat dengan nyanyian dan tarian oleh barisan pelakon muda berbakat seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Ryzal Jaafar, Adam, Zain Ruffedge dan Adeline Anthony.
Ia mengisahkan Adiwira (Anding Indrawani) yang menetap di Sarawak dan datang ke Semenanjung Malaysia untuk mencari ayahnya yang terpisah sejak dia kecil lagi.
Pencariannya membawa Adiwira ke Hotel Mania, sebuah hotel yang sering dikunjungi oleh ayahnya dan dia bekerja di situ untuk mendapatkan maklumat tentang ayahnya.
Di Hotel Mania, dia bertemu ramai rakan baru seperti Girang (Dafi) seorang pelajar bidang perhotelan yang sedang menjalani praktikal dan mereka menjadi rapat.
Adiwira turut berkenalan dengan Emilia (Adeline Anthony), gadis kacukan Bandung yang bekerja di bahagian spa yang pemalu dan selalu dibuli oleh Mar (Marsha) iaitu pekerja front desk yang sentiasa berhasad dengki dan menaruh hati kepada Adiwira.
Drama sebanyak 26 episod ini diarahkan oleh Nizam Zakaria yang juga penulis skrip.
Menariknya lagi, drama muzikal bersiri ini menggunakan hampir 200 buah lagu terbitan KRU yang disesuaikan dengan jalan cerita tersebut dan dinyanyikan semula oleh pelakon-pelakon Hotel Mania.
"Semua lagu yang dinyanyikan dalam muzikal ini adalah koleksi lagu terbitan KRU yang dinyanyikan oleh pelbagai artis, dari lagu lama mereka seperti Awas hinggalah lagu-lagu sekarang.
"Dari segi teknikal, ia agak mencabar kerana setiap lagu perlu dirakamkan terlebih dahulu dengan emosi yang sesuai untuk babak tersebut dan kemudian para pelakon perlu berlakon mengikut nyanyian mereka.
"Saya agak terkejut dan berpuas hati kerana ada lagu yang dinyanyikan kembali oleh pelakon Hotel Mania ini agak menarik apabila ia diberikan nafas baru.
"Dari segi tarian pula, para pelakon bekerjasama mereka tarian sendiri kerana tidak mempunyai koreografer dan saya bernasib baik kebanyakan pelakon Hotel Mania lahir dari rancangan realiti dan mereka telah dilatih dalam bidang tarian," ujar Nizam ketika di temui di lokasi penggambaran drama muzikal Hotel Mania di Hotel Marriott Putrajaya baru-baru ini.
Menurutnya, pihak KRU ada merancang untuk memilih beberapa buah lagu yang dinyanyikan kembali untuk dibuat album kompilasi dan jika drama muzikal ini mendapat sambutan, mereka akan menimbangkan untuk menerbitkan filem pula. |
|
|
|
|
|
|
|
syabas marsha..truskan perjuangan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penangan Mastura
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
Enggan terperangkap dalam kontroversi bekas madunya, Noraniza Idris isi masanya dengan projek seni lagu duet bersama Marsha dan beberapa artis lain
KALAU ikutkan hatinya yang marah membara, mahu saja dia mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas madunya, Mastura Bakar kerana mengungkit kisah lama yang pernah berlaku di antara mereka dan bekas suami, Datuk Muhd Mustaffa Idrus.
Tetapi pertemuan dengan Noraniza Idris baru-baru ini ketika sesi rakaman lagu duet Menarik Hati bersama Marsha di studio Ada Exists Sdn Bhd, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara merungkai getar hatinya yang kembali tenang.
Dalam usianya yang meniti 42 tahun diiringi pengalamannya selama ini, mahu atau tidak, semua yang berlaku harus dilalui dengan tenang. Dia yang mesra membahasakan diri sebagai Kak Ani mendakwa, sebenarnya sudah lama Mastura mengugut mahu memalukannya dan bekas suami.
Tetapi bagi penyanyi yang diberi gelaran Ratu Etnik Kreatif dan Irama Tradisional itu, Mastura bersikap kebudak-budakan sehingga cuba membuka pekung dirinya sendiri.
“Dalam peringkat usia sekarang ini, lebih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat untuk Kak Ani fikirkan berbanding kisah remeh temeh ini. Ikutkan memang Kak Ani nak menyaman dia (Mastura) tapi dia pun bukannya ada duit. Sebagai manusia Kak Ani maafkan dia.
NORANIZA dan Marsha tidak mengambil masa lama untuk mengambil 'mood' menyanyikan lagu Menarik Hati.
“Cuma Kak Ani nak ingatkan dia, soal maruah jangan dibuat main kerana ia bukan mainan. Tak semestinya dia boleh memperkotak-katikkan hidup. Siapapun yang berada di tempat Kak Ani akan marah jika aib orang lain dibuka sewenang-wenangnya.
“Prinsip Kak Ani sendiri tidak suka melakukan perkara sedemikian. Dalam kita bergerak memandang ke hadapan, ada kalanya kita berhenti seketika dan membuang masa untuk memikirkan hal sebegini. Hati keluarga Kak Ani pun tersentuh. Ia seperti menjentik telinga sendiri apabila keluarga mula bimbang,” ungkapnya pada malam itu.
Belum reda kisah itu, penyanyi Awalah Dondang ini diuji lagi apabila didakwa kononnya bernikah secara diam-diam di Sungai Golok, Selatan Thailand baru-baru ini. Menariknya ‘bukti’ berupa gambar Kak Ani bersama seorang kanak-kanak dan lelaki yang sedang menarik beg juga sudah tersebar luas di laman maya.
Bagaimanapun, Kak Ani menafikan sekeras-kerasnya gosip itu. Hakikatnya, Kak Ani bersama kawan-kawannya pergi ke Golok kerana mahu menjamu selera terlanjur sudah berada di Kelantan. Ketika di Kelantan, Kak Ani terbabit dengan perbincangan mengenai bengkel kesenian dan motivasi yang dirancang diadakan di seluruh Pantai Timur.
“Alang-alang sudah ada di Kelantan yang berdekatan dengan seberang Thailand, tak salah kalau Kak Ani mahu menikmati tomyam poktek dan som tam yang cukup sedap di situ. Lelaki yang dimaksudkan itu adalah kenalan Kak Ani dan budak kecil itu anak angkatnya.
“Bagi Kak Ani inilah situasi di mana begitu susahnya bergelar janda. Banyak risiko kerana andaian orang luar. Bayangkan klien syarikat Kak Ani pun kebanyakannya lelaki. Malah ada isteri mereka yang menghubungi Kak Ani kerana cemburu sedangkan Kak Ani hanya melakukan kerja,” kata ibu kepada Mohd Alif Haikal, 21, dan Mohd Alfeq Haikal, 17 ini.
'Sumpah belum berpunya'
MALAH selepas apa yang terjadi Kak Ani mengakui agak fobia dengan lelaki. Kak Ani lebih cenderung untuk menjauhkan diri daripada lelaki. Pada saat dan ketika ini, berkahwin lagi bukan satu kemestian dalam dirinya. Bukan mahu terus menjanda, sebaliknya Kak Ani mahu memberi tumpuan kepada kerjaya seni dan perniagaannya yang semakin berkembang pesat.
Kak Ani turut memberitahu soal jodoh mahupun perkahwinan, dia lebih suka menyerahkan semua urusan itu kepada keluarga terutama abangnya, Mohd Arshad Idris. Kak Ani juga tak kisah dilabel kolot kerana membiarkan urusan itu kepada keluarga.
“Kak Ani percaya bahawa istilah perkahwinan atau jodoh pertemuan itu akan ada bagi mereka yang masih ‘solo’. Cuma apa boleh Kak Ani katakan memang diri ini masih belum berpunya. Sumpah! Demi Tuhan. Dalam situasi sekarang, Kak Ani sendiri takut dengan kewujudan lelaki di dalam hidup ini.
“Pada akhirnya, ia membuatkan Kak Ani takut untuk rapat dengan mana-mana lelaki. Kak Ani sendiri tak pasti sejauh mana ketelusan dan kejujuran mereka mendekati Kak Ani. Adakah kerana status Kak Ani atau sebaliknya? Ada lelaki yang melihat Kak Ani pada satu tahap yang terlalu tinggi pada hal Kak Ani hanya manusia biasa,” katanya yang masih berkawan baik dengan bekas suaminya Mustaffa.
Album duet di pasaran Mac
DALAM perkembangan lain, Kak Ani rancak berbicara lanjut mengenai pembikinan album mini terbarunya yang diterbitkan adik kandungnya sendiri, Mohd Zahid Idris. Album yang dijangka memuatkan lapan buah lagu itu dijangka berada di pasaran pada Mac depan.
Selain Marsha, Kak Ani turut berduet dengan Bob AF2, Black Mentor, kumpulan Enava, Cat Farish, Datuk David Arumugam. Selain lagu duet, Kak Ani berkemungkinan besar akan memuatkan lagu secara solo. Apa yang dilakukan Kak Ani ini ialah dalam misi menjayakan usaha syarikatnya, Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPV).
“Projek album ini bermula ketika syarikat Kak Ani terbabit menyediakan produk pembelajaran dipanggil Masyhur Satu Malaysia di seluruh negara. Pakej itu lebih kepada penghasilan cakera padat, buku, klip video dan dokumentari mengimarahkan bengkel kesenian dan kebudayaan yang diadakan.
“Ia atas titik tolak mahu menerapkan kempen kasih sayang dan jati diri atas paksi sebuah kesenian di negara kita. Lalu, kombinasi dengan penyanyi yang Kak Ani lakukan ini untuk memancing peminat masing-masing. Kak Ani tak nafikan masing-masing perlu mengambil kesempatan untuk kebaikan bersama.
“Insya-Allah juga Kak Ani merancang mahu menjadikan lagu dalam album ini sebagai modul dan rujukan untuk bengkel kesenian yang diadakan. Dalam album ini ada lagu dari negeri Sarawak, Sabah, randai Negeri Sembilan, zapin Johor dan banyak lagi. Konsepnya macam 1Malaysia,” kata Kak Ani yang berduet dengan David Arumugam menerusi sebuah lagu bhangra dengan elemen keMalaysiaan.
Pada masa yang sama, Kak Ani juga boleh berbangga kerana hajatnya untuk membuka akademi seni sejak empat tahun lalu juga berhasil. Akademi Tatih Seni@3C yang diasaskan NPIV kini beroperasi di Taman Bandar Sunway, Selangor.
“Terkabul juga hasrat Kak Ani untuk merealisasikan sebuah akademi seni. Akademi ini diuruskan secara berbayar untuk menerapkan budaya, seni dan sejarah kita untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun hingga ke atas. Kak Ani nak buktikan yang seni ini bukan sekadar hobi sebaliknya ia boleh menjadi kerjaya yang serius.
“Kak Ani juga tengah merangka kertas kerja dengan beberapa agensi kerajaan seperti Giat Mara dalam usaha memastikan sijil yang diperoleh di akademi ini diiktiraf dan boleh diguna pakai untuk tujuan kelayakan akademik. Insya-Allah, Kak Ani mahu membuktikan semua ini bukan hanya sekadar angan kosong,” katanya.
Marsha bangga dalam gementar
SEMENTARA itu, Marsha yang ditemui turut melahirkan rasa keterujaan untuk terbabit sama berkolaborasi bersama Kak Ani melunaskan pembikinan album ini. Marsha memberitahu tawaran ini diterima dari pihak Kak Ani sejak minggu lalu. Paling menyeronokkan lagu Menarik Hati mewakili negeri kelahirannya Sabah dengan sedikit elemen pop.
“Dalam bangga menerima penghormatan ini, saya tak dapat nafikan begitu gementar untuk berduet dengannya. Lagu irama tradisional acap kali juga dibawakan saya dalam persembahan tapi kalau mahu dikira secara rakaman, ia adalah julung kali buat saya.
“Sehari selepas menerima lamaran itu, saya mengesahkan untuk terbabit dalam projek ini. Tapi dalam masa yang sama, saya tak boleh tipu kerana terbit juga rasa kurang keyakinan. Macam mimpi pun ada apabila lagenda dunia irama tradisional ajak berduet.
“Saya sahut cabaran ini. Belum cuba belum tahu. Saya sendiri mengikuti perkembangan Kak Ani dalam dunia seni. Tapi saya bukan seperti Bob AF2 yang mengumpul koleksi albumnya dari mula. Saya ada juga menonton filem lakonannya Untukmu Ibu bersama Rubiah Suparman,” kata Marsha yang masih sibuk menjalani penggambaran drama Hotel Mania yang bakal mengisi slot Lestary tak lama lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
morning |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknya masha kat hotel mania |
|
|
|
|
|
|
|
terigt masa af3 dulu,masha nyanyi lagu destiny sodap giler |
|
|
|
|
|
|
|
Nice Shot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|