CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Bayi maut tertinggal dalam kereta di parkir kereta di Port Dickson

 Close [Copy link]
Post time 15-3-2018 08:25 AM | Show all posts
lemah lutut baca berita camni..smlm tengok kt tv becerita ngan anak2..mak dulu pun rajin tinggal kitorg dlm keta..tapi mak mesti bukak sikit tingkap ..tu aku pikir just incase aku terpengsan ke apa..tapi tk pernah lagi lupa anak mcm ni.

baby tu kt seat belakang ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 08:30 AM | Show all posts
pendapat meols:

1) walaupun dikatakan penyebab jer ni, meols masih rasa patut dikuatkuasakan undang2 sedia ada utk lindungi kanak2. Dah selalu sgt baca kes mcm ni sejak beberapa tahun lepas. Tp masih berlaku.

2) for the mother, i am so sorry for your lost but as a lesson to be learned, patut juga dihukum utk jadi pengajaran pada org lain.

3) meols tak boleh imagine seksanya arwah masa struggle sbb kepanasan. Kulit tgn tu melepuh mcm kena bakar dah. 4 jammmmm..ya Allah!

4) ibunya juga hrp diberikan kaunseling & bukan hukuman semata2. Berat mata kita memandang, berat lg bahu mak nya memikul. 9 bulan dlm kandungan, the struggle is real.

semoga yg baik2 jer utk family ni & kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:35 AM | Show all posts
“MAAFKAN ibu... maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” jerit Hasmah Masroh, 32, selepas anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai tertinggal di dalam kereta selama empat jam di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Batu 3 Port Dickson.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga dan kenalan.

Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang hadir untuk memberikan sokongan dan dorongan semangat turut sama mengalirkan air mata.

“Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa... ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi (semalam) Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu,” kata wanita itu.

Hasmah memberitahu rakannya sebelum kejadian, dia mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkan di tempat duduk belakang kereta Proton Saga miliknya.

Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anaknya ada bersama.

Sementara itu, bapa mangsa, Muhammad Ali Riduan, 30-an, berkata dia mengetahui mengenai kejadian pada 1.30 tengah hari selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.

“Saya reda dengan ketentuan ini, dan sesungguhnya Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya sebak dan enggan mengulas panjang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas empat jam lalu bergegas lari ke kenderaan untuk mendapatkan anaknya.

“Malangnya mangsa sudah tidak sedarkan diri lalu dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson sebelum disahkan sudah meninggal dunia dan dirujuk ke HPD,” katanya.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau.

Katanya, siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jenazah akan dikebumikan di Telok Kemang selepas solat Maghrib, malam ini.



Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:39 AM | Show all posts
Manjahati replied at 14-3-2018 06:50 PM
Tapiiii kucing x blh memandu keta

jawapn sbiji mcm najib la ko ni...itu perumpamaan la dik, maksudnya perangai lagi teruk dari binatang ko paham ke tak..
jgn nak loya burok sgt la
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 15-3-2018 07:38 AM
sbbkan banyak kes pelik2 berlaku di kalangan cekgu cekgi
akak sarankan gomen buat la kursus "stress ...

Yup i sgt setuju dgn u sis..
Ada sesetengah tu depa sendiri pun tak sedar yg depa sebenarnya tgh stress..dah nak capai depress dah..tu yg tak cepat2 cari bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:51 AM | Show all posts
cocokerunch replied at 14-3-2018 06:00 PM
Setuju.. husband i anta anak, biasa send pic anak dlm kete otw pegi taska. Klu dia x send pic, i b ...

exactly, me tahu ada orang harapkan pengasuh tanya kenapa anak tak sampai,
tapi paling utama ialah husband dan wife,
my husband memang tepon hari anak pergi playschool,
bukan lama pun dia tepon, sekadar tanya
camana anak, apa mood anak pagi ini.. itu aje ..
mungkin seminit perbualan boleh selamatkan satu nyawa...

semoga kita semua ambil pengajaran dari peristiwa ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2018 08:51 AM | Show all posts
noor2 replied at 14-3-2018 06:24 PM
Cepatnya masa berlalu. ...tahniah. ..dah besar anak fara. ..

thanks , 4 april ni genap 2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 15-3-2018 08:30 AM
pendapat meols:

1) walaupun dikatakan penyebab jer ni, meols masih rasa patut dikuatkuasakan unda ...

Mmg patut ada akta utk kes2 sebegini.
Byk sgt kes melibatkan kecuaian ibu bapa dan penderaan kanak2. Syukur la ummah breeder sekali dpt berkahwin dan dikurniakan anak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:01 AM | Show all posts
kesiannyaa. jgn la slh kan mak nye. doa yg baik-baik je
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:01 AM | Show all posts
BoongaKertas replied at 15-3-2018 08:35 AM
“MAAFKAN ibu... maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja,” jerit Hasmah Masroh, 32, selepas anak peremp ...

i think si ibu nie perlu buat rawatan psikiatrik... stress sampai blh lupa anak ber jam2...
lagi satu... ngapa nak dibawak nya anak ke tempat keja by knowing kat tempat keja bukannya ada nursery pun...

kalau rutin bawak anak nie out of norm, mcm mana kalau majikan si ibu tiba2 suruh si ibu berkursus? adakah si ibu pegi keja mcm biasa sbb pegi kursus tu bukan rutin hari?

i think somehow negligence nie terlampau parah


la ni lupa anak sampai mati... nanti2 lupa pulak nak matikan api memasak...terbakar kang satu rumah...

nanti blh salah kan takdir, benda nak terjadi..tak sengaja....

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:02 AM | Show all posts
finesse replied at 15-3-2018 08:53 AM
Mmg patut ada akta utk kes2 sebegini.
Byk sgt kes melibatkan kecuaian ibu bapa dan penderaan kana ...

betul... sebab tu lah kalau tak mampu jgn beranak byk2...

stress tau nak juggling between career and family...


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tetap x leh imagine word lupa anak dlm keta sebb stress kj
Mungkin Allah nk uji dia..
Aku ni lupa hp pun mngelabah.. Ni kan pulak anak sebesar alam yg aku kelek2 dr pagi..
Semoga Allah tetapk ingatan aku pada anak. Dijauhkn sifat pelupa ni.. Aminnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
prizadane replied at 14-3-2018 04:58 PM
kereta saga je kot..bukan besar mana kereta tu. takkan kau tak perasan langsung kau tinggalkan anak  ...

Sad but what you said is so so true.

Takkanlah keluar kereta tak jenguk jenguk ker apa..macam saya memang kebiasaan keluar keta check handbrake segala.  Bukan main jalan aje terus.

Adakah anaknya tido dan dia ingat nanti-nanti nak jenguk ..last-last terlupa bila dah sibuk.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 15-3-2018 09:01 AM
i think si ibu nie perlu buat rawatan psikiatrik... stress sampai blh lupa anak ber jam2...
lagi  ...

Ada banyak kebetulan(betul) dari kata2 leyla. ...kaka rasa lupa terjadi bila kita anggap benda tu tak penting sangat dari benda yang kita lebih pentingkan. ...

Contoh...sambil masak kita main fb....kita lupa lupa sampai hangit masakan sebab kita lebih fokus ke fb....maknanya fb bersembang dengan kawan lebih penting dari masakan kita. ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:09 AM | Show all posts
kesian budak tu..mcam mana derita nya di saat akhir
mcm mana boleh lupa smpai tahap ni yerrr...
Nauzubillahiminazalik..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:16 AM | Show all posts
noor2 replied at 15-3-2018 09:08 AM
Ada banyak kebetulan(betul) dari kata2 leyla. ...kaka rasa lupa terjadi bila kita anggap benda tu  ...

exactly my point noor....

kalau kita anggap benda tu tak penting pada kita...kita tends to forget..

sy tgk ramai lagi org yg prone to have excessive stress at workplace tp alhamdulillah diorang masih normal...lupa benda sikit2 cth (lupa bwk duit, lupa letak kunci keta, rumah) tu mmg dah biasa....

but!!!lupa anak atau kucing dalam kereta tu adalah sesuatu yg agak mustahil, kecuali org tersebut dah di dalam dunia nya sendiri (tak peka dgn sekeliling)

sebab tu i sarankan si ibu perlu jumpa pakar psikiatri...kita tak tau apa benda lagi yg bakal berlaku sekiranya roots of problems tak dikenal pasti..

jgn lah kita nak salahkan takdir semata2...kata dah nama ajal...orang lain pun beranak jugak...tapi sangat2 jarang org tinggalkan anak dan biarkan berjam2 sampai mati...

kalau mcm tu..bila kita langgar orang sampai mati, blh la guna alasan  terlampau stress sampai tak fokus dgn apa yg berlaku di sekitar kita sampai langgar org lain...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2018 09:21 AM | Show all posts
leylapple replied at 15-3-2018 09:01 AM
i think si ibu nie perlu buat rawatan psikiatrik... stress sampai blh lupa anak ber jam2...
lagi  ...

kan? iols stress memikir kenapa nak kena heret anak dia sekali g keje. tp meols husnuzon maybe maid dia takde time tu or nursery tutup. so kena angkut arwah ke tmpt keje. but still...iols rasa mak nya mmg tgh serabut memikir psl kerja kot. oh God, the struggle being a career mom is real!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:21 AM | Show all posts
meya replied at 15-3-2018 09:08 AM
Sad but what you said is so so true.

Takkanlah keluar kereta tak jenguk jenguk ker apa..macam s ...

yes, i pun rasa mak dia memang purposely bawa anak ke tempat kerja. but then, mak mak kan, tengok anak sedap tido dalam car seat, tak sampai hati nak kejut or angkat. so dia biarkan anak dia kat dalam kereta n punch in dulu. perhaps dia plan nak tinggalkan sementara je, maybe dia masuk office nak cari tempat yang sesuai untuk letak anak dia etc.. tup tup, colleague datang sembang or boss panggil ke, hape ke, terlupa terus. i pun pernah je tinggalkan anak i dalam kereta sekejap..like not even 5mins, tapi kereta dalam porch la, i keluarkan barang-barang dulu, sebab anak tengah lena tido.

entah la, i nak hencap lebih-lebih mak budak ni, i pun mak juga. takut berbalik dekat i pulak. tapi so far, i tak pernah lupa anak i. even toys diorang semua i ingat mana i letak walaupun bersepah sana sini. but goverment has to take action on this matter..sebab tak mustahil kejadian camni akan berulang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 15-3-2018 09:01 AM
kesiannyaa. jgn la slh kan mak nye. doa yg baik-baik je

jangan salahkan mak bapak dera anak sampai mati jua.
sama jah konsep nya.
sebab masyarakat sundal dok konsep kesian sebegini lah makin galak mak bapak bunuh anak sebab dapat simpati lagi ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2018 09:23 AM | Show all posts
finesse replied at 15-3-2018 08:53 AM
Mmg patut ada akta utk kes2 sebegini.
Byk sgt kes melibatkan kecuaian ibu bapa dan penderaan kana ...

tak silap meols mmg ada akta kanak2 cuma penguatkuasaan msia ni lemah sikit part ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.090521 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list