CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak Negeri Sembilan #61

 Close [Copy link]
Post time 22-2-2022 01:49 PM | Show all posts
page baharu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2022 02:01 PM | Show all posts

yaay page baru lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:03 PM | Show all posts
acikbrown replied at 22-2-2022 01:10 PM
Memang tak tahan pedas. Kena pedas pedas manja gitu....

so yg selama ni perut meragam tu mungkin disbbkan pedas la jugak yea?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:03 PM | Show all posts

Matt ok jerr...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:05 PM | Show all posts

ok matt jom tolak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:18 PM | Show all posts
Komen satu ayat anda melihat gambar ini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2022 02:20 PM | Show all posts
Paprik Ayam

Bahan2nye..
Ayam ptg kecik2
Kobis bunga lobak merah kcg pjg ptg ikut suke
Sebiji bwg putih bwg merah n 3@4 biji cili api hiris
Sebiji bwg Holland ptg 8
Sesudu cili kering
Garam sos tiram 1/2 sudu t.jagung n perasa ikut suke
Daun limau purut ye pastikan ade baru dpt rasa paprik tum.

Tumis ayam tadi letak air skit agak2 kecut angkat dgn air rebusannye
Tumis cili kering sehingga naik bau
Mskkan bwg merah bwg putih cili api kacau rata.. koyak2 daun limau purut tu skali
Mskkan ayam dgn air rebusan.. sy wat berkua ye sebab anak2 suke.. letak kicap skit sos tiram garam n perasa ikut suke.. t.jagung tadi bancuh dgn air skit utk pekatkan kuahnye
Pastu mskkan sayur tadi dgn bwg Holland tutup sekejap..
Siapppp

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:21 PM | Show all posts

Hari ini 30 tahun yang lalu, penghibur legenda, Datuk Sudirman Haji Arshad meninggal dunia.

Lahir pada 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang, Sudirman merupakan yang bongsu daripada 7 beradik. Namanya diberikan oleh bapanya sempena tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia, Jeneral Soedirman.

Karier seninya bermula apabila menjuarai Bintang RTM 1976 ketika beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya. Album pertamanya, “Aku Penghiburmu” terbit pada 1978 & beliau tamat pengajian 2 tahun kemudian.

Sudirman menjadi peguam untuk beberapa tahun, namun meninggalkan profesion itu untuk fokus kepada kerja seninya. Namanya meledak sebagai bintang utama era 80-an dengan deretan lagu hits bersama gaya persembahannya yang kreatif.

Beliau melakar sejarah pada malam 15 April 1986 apabila mengadakan konsert terbuka & percuma di Jalan Chow Kit yang disaksikan oleh lebih 100,000 penonton dari segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya di sekitar KL.

Beliau dinobatkan sebagai ‘Penghibur Nombor 1 Asia’ pada Salem Asian Music Awards di Royal Albert Hall, London pada 19 Mac 1989, mengatasi peserta lain antaranya legenda pop Hong Kong, Leslie Cheung & Anita Sarawak dari Singapura.

Di samping menyanyi, Sudirman juga seniman serba boleh apabila membintangi filem ‘Kami’ (1982) sebagai teraju utama. Beliau juga menerbitkan buku kanak-kanak & autobiografinya sendiri serta menjadi kolumnis & wartawan sambilan.
Sudirman turut menghasilkan komik lukisannya sendiri yang diterbitkan dalam majalah & akhbar tempatan. Beliau juga seorang usahawan, menghasilkan minuman ringan 'SUDI' serta membuka kedai menjual rangkaian cenderamata jenamanya sendiri.

Pada 17 Julai 1991, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Tawakkal, KL selepas rebah ketika membuat persembahan di Butterworth, P. Pinang. Selepas 7 bulan menderita pneumonia, Sudirman menghembuskan nafas terakhir pada 4 pagi 22 Februari 1992 di usia 37 tahun.
Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Temerloh. Walaupun hanya 16 tahun menyinari dunia seni tanah air, kehadirannya tiada galang ganti sehingga hari ini.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, NST, Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2022 02:22 PM | Show all posts
Sup Daging Siam

BAHAN-BAHAN:
1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

BAHAN-BAHAN TUMIS :
3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah

CARA MEMASAK :
- Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .
-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih .
-Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah la lagi jus limau nipis.
-Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali sehingga daging masak serta menjadi empuk , kemudian boleh la dimasukkan semua ubi kentang . Biarkan ubi kentang empuk dan baru la dimasukkan buah tomato , bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur la daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:24 PM | Show all posts
Hati Ayam Goreng Manis

500gm hati
Serai titik 2 batang
Bawang Merah sebiji, hiris.
**Bawang merah 3 biji
**Bawang putih 5 ulas
Cili kisar 3 sudu
**Halia 1 inci
Rempah kari daging 1 sudu besar
**ketumbar 1 sudu besar
**jintan manis stengah sudu kecil
**jintan kasar stengah sudu kecil
Lada hitam sikit
**Kunyit sikit
** blend bahan betanda **

Tumis serai & bawang hiris smpi layu, tumis bahan blend smpi masak and naik minyak, tambah garam gula then masuk kan hati.
Hati di bersihkan dan rebus sekejap dengan halia sehiris 2, toskan..
Katanya, boleh aja kalau nak try ayam, daging udang...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:25 PM | Show all posts
ACAR RAMPAI

BAHAN-BAHAN :
2 biji timun
2 batang carrot
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
10 biji cili padi hijau
4 inci halia
1 peket kecil udang kering
15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
Garam halus
Ajinomoto
Kapur makan
Minyak masak
Biji sawi (disangai)

CARA-CARA :
1. Timun dan carrot (dibuang hempulur ) dan halia di hiris memanjang spt batang mancis. Rendam dalam air kapur selama 15 minit (supaya rangup). Kemudian di basuh dan dituskan hingga kering airnya.
2. Bawang merah dan bawang putih jika besar ukurannya hendaklah di belah dua. Cili Padi dibuang tangkai.
3. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering hingga halus.
4. Panaskan minyak hingga pijar dan tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi hingga naik minyak. Kemudian masukkan cuka, air, gula, garam halus dan ajinomoto. Masak bahan selama 1/2 jam hingga kuahnya pekat.
5. Bila kuah telah pekat baru masukkan halia, carrot, bawang merah, bawang putih, cili padi Dan timun. Gaulkan hingga rata baru masukkan biji sawi yang telah disangai dan gaul lagi hingga rata dan tutup api.
6. Biarkan acar di dalam kuali selama 1/2 jam barulah dihidangkan.

Nota : Acar rampai sedap di makan bersama nasi panas atau nasi minyak atau nasi beriani.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:27 PM | Show all posts
KERUTUK DAGING

Pes bahan kisar
Anggaran bahan untuk 500-700gm daging.
-2biji bawang BESAR
-4 ulas bawang putih
- 4 brg serai
- 1inci halia
- 1 inci lengkuas
-1/2 sudu kecil jintan putih+ 1/2 sudu kecil rempah ketumbar
Kisar semua bahan di atas hingga lumat.
Bahan lain
Kayu manis,bunga lawang, buah pelaga,
Rempah kerutuk 3sudu (kelantan punya)
Nisan kerek 1/2
Gula putih 2 sudu kecik
Asam jawa sesudu kecil
Garam
Minyak
1sudu kerisik
100ml santan
Air secukupnya (500-800ml)
Cili kisar 2-3sudu

Cara-cara:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis 3 sekawan. Seterusnya masukkan bahan kisar tadi.
Masukkan pula 3 sudu cili kisar.
2. Masukkan 3 sudu besar rempah kerutuk timbang Kelantan. Kacau menggunakan api perlahan sehingga terbit minyak. Barulah ditambahkan dengan 500ml air + asam jawa secubit.
3.Masukkan garam, nise Kelantan dan gula secukup rasa.
4. Daging 1/2 kilo yang dipotong nipis dan sedikit lebar pula dimasukkan. Kacau rata sebelum periuk ditutup. Biarkan selama 40 minit menggunakan api yang perlahan.
5. Selepas itu, tambahkan pula 1 sudu besar kerisik. Kemudian masukkan santan 100ml dan Tambahkan sedikit air 200ml mcm tu .
6. Renehkan lagi dengan api perlahan lebih kurang 30 minit untuk rasa yang lebih sedap sebelum tutup api pastikan daging empuk. Bila pecah minyak cantik blh ttp api kuah dia pekat2 gituuu…

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:31 PM | Show all posts

jom shaaaa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:37 PM | Show all posts

jom matt..awat selo nie?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:40 PM | Show all posts
Sotong cili padi petai

Resepi..
Bawang merah
Bawang putih
Cili api cmpur skit yg merah
Serai
Petai
Sotong

Blend semua kecuali serai..petai dan sotong..serai titikkn je..tumis semua yg di blend td..masukkn la serai..petai..sotong dan perasa2 sewaktu dgnnye.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2022 02:43 PM | Show all posts
KASWI PANDAN LEMAK MANIS

BAHAN²
2 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi
1 1/2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan dr 6 helai pandan
4 cwn air
1 1/4 cwn gula
1 sdt air kapur
1/2 sdt pewarna hijau star brand

CARANYA
~sediakan loyang 10x10 sapu sedikit minyak
~panaskan kukus
~satukan kesemua bahan
~tapis jika perlu (opah blend je)
~tuang ke dalam loyang dan kukus selama 40min
~buka penutup kukus dan biar kan 10 min lagi
**tujuan nak bg air pada permukaan kaswi kering/boleh tap² tisu dapur jika permukaan masih berair
~tutup api /keluarkan kuih
~biar betul² sejuk kemudian potong
~hidang bersama kelapa parut putih + garam
~siap

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:46 PM | Show all posts

19 post lagi
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2022 02:47 PM | Show all posts
Tashu replied at 22-2-2022 01:18 PM
Komen satu ayat anda melihat gambar ini?

Rumah tok nyang @tari nak tachang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2022 02:47 PM | Show all posts
Laksam

Bahan kuah:
1/2 kg ikan
4 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
1 sudu lada hitam
1 batang serai
2 keping asam keping
1 kotak santan

Bahan lsi:
3 cawan tepong beras
1/2 cawan tepong gandum
4 1/2 cawan air suam
1/2 sudu garam

Bahan sambal:
5 biji cili merah
5 biji cili padi
Garam dan gula secukupnya
2 biji jus perahan limau nipis

Bahan ulaman:
Taugeh
Kobis
Salad
Bawang
Timun
Bunga kantan
Kacang panjang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.270729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list