|
aku rase kalau kita tak amik tu...dia tak buang dlm tong sampah....
tp mungkin buang dlm tong kuning tu...sbb organ dalaman mana leh buang sesuka kat tong sampah ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
tak pun mungkin derang jual kat tpt buat kosmetik ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 158# peachRose
masa anak first dia org bagi...anak kedua x plak...sbb teruja giller dpt anak pompuan kot....(yg sulung lelaki). Dok belek baby..sampai uri pun lupa. agaknya doctor tu amik jual buat kosmetic kot. kih kih kih...2,2 bersalin kat tawakal sepital. Doc melayu..nurse2 pun melayu..heran2 |
|
|
|
|
|
|
|
so moral of the story, sesape yg lupa ambik uri, besar kemungkinan dah selamat jd kosmetik reger ribu riban..mcm brand apa tu sheep placenta ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
yang nih dapat dari emel.....
Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam.
Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.
Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara.
Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak.
Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran. Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu.
Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk. Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi.
Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya.
Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun |
|
|
|
|
|
|
|
seramnya.. masa baby lahir aritu, rumah xde tanah. kampung plak jauh 5jam naik kete. jadinya upah bidan urut bersalin yang uruskan. dia dtg hospital, amek bersihkan n tanam. bayar ikot ikhlas hati je. yang saya perasan my baby sgt serasi dengan bidan tu. masa umur dia 2 hari, bidan tu dtg nak mengrut, baby dengar je suara bidan tu bg salam, dia terus bunyi mcm menegur bidan tu. jawab salam kot. kalau dengan bidan tu my baby mcm senyum je. mcm ada chemistry dengan org yang uruskan uri dia.
pastu pasal biji2 yang ada kat tali pusat tu, bidan tu pun cakap anak saya x ramai. biji2 ada 4 bijik je. jadi anak insyaallah 4 org. pastu tali pusat halus je. katanya anak next mabe perempuan. wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa anak saya lahir dulu, mak tiri yg uruskan... lebih kurang sama la caranya... cuma masa cuci tu, emak tak guna air asam ke apa, dia guna shower gel... supaya wangi katanya. Uri tu lak balut ngan kain, masuk dlm tin yg telah ditebuk lubang di bawahnya... & tanam.
Kami percaya, if uri tak dibasuh dgn bersih, nnt anak tu badannya berbau. Emak kata tak kisah nak cuci ngan apa, asal bau darah tu hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa anak saya lahir dulu, mak tiri yg uruskan... lebih kurang sama la caranya... cuma masa cuci tu, ...
happydot Post at 10-9-2011 20:55 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Fuuhh..shower gel, kelassss kauuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 167# zara_y
Tau tak pe ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sorry if i bump old thread..
aku minat nak search pasal uri ni lps tlg tanam uri anak buah, tanam kt rumah family kt kampung. 1st time tgk uri mmg mcm paru. hehe..
then mlm tu aku mimpi pasal tempat aku tanam uri tu. mcm ada org marah, nak uri tu, tp dia x boleh ambil. aku terjaga, then tido balik pon still dpt mimpi sama. berdebar jgak hati aku..
tapi nasib satu mlm je jd, skrg dah xde apa da. alhamdulillah.
tu je cerita aku.. xde apa pon.. baby pon ok.syukur. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tumpang tanya... memandangkan susah dah nak carik kawasan bertanah skang, boleh tak tanam uri kat kawasan perkuburan? |
|
|
|
|
|
|
|
uri kena tanam kat bawah rumah supaya
sejuk. boleh juga tanam kat tapak projek
bAngunan yang dalam pembinaan. kat kubur tak
sesuai sebab tu tempat orang mati.
nanti baby selalu kena sampok hantu kubur |
|
|
|
|
|
|
|
bbalik posted on 8-9-2011 12:20 PM ![](static/image/common/back.gif)
yang nih dapat dari emel.....
Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku ...
saya percaya cerita ni... dulu arwah nenek selalu pesan dengan mak uri baby harus ditanam cepat jangan ditangguh
kerana syaitan sangat suka... pernah dengar cerita orang suami bawa balik uri baby dalam perjalanan potianak ikut..
kepada umat islam ingat uri harus dibawa balik cuci sebersihnya dan tanam.. jangan tinggalkan kat hospital masuk tong sampah
manatau jadi makanan anjing...
|
|
|
|
|
|
|
|
eyansss posted on 25-8-2012 11:35 PM ![](static/image/common/back.gif)
nak tumpang tanya... memandangkan susah dah nak carik kawasan bertanah skang, boleh tak tanam uri k ...
eyanss..
kalo tak silap, pernah ada org bgtau dulu, kalo betul betul takde tanah nak tanam uri (maklumlah kat bandar skrg ramai je duduk flat/apt/condo), bole mintak izin org surau/masjid kalo bole tanam kat dalam area tu...rasa bole je ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
zara_y posted on 27-8-2012 04:40 PM ![](static/image/common/back.gif)
eyanss..
kalo tak silap, pernah ada org bgtau dulu, kalo betul betul takde tanah nak tanam uri ...
thanx... sebab tertanya2 gak memandangkan masjid skang ni pun sume jenis bertar... susah nak tengok ada tanah... melainkan masjid kat kampung ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanam dalam pasu besar...ehh...boleh ker ...? |
|
|
|
|
|
|
|
shanshero posted on 26-8-2012 02:11 AM ![](static/image/common/back.gif)
uri kena tanam kat bawah rumah supaya
sejuk. boleh juga tanam kat tapak projek
bAngunan yang dalam ...
Tanam uri di bawah rumah...nanti ada pulak anak anak kecil bermain di situ ...wah...susah ni nanti...
Kalau di kawasan pembinaan , nanti diorang korek buat longkang ker atau apa apa ker...macam mana pulak nanti...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kedewasaan perangai seseorang kanak kanak berhubung kait dengan tembuninya...
Jika di tanam :
di tempat yang ramai orang lalu lalang ~ busy body dan akan muram jika tiada teman
di tempat yang basah atau lembap ( cuaca ) ~ sangat mudah bermuram dan menangis, mudah terasa
di tempat lapang dan kosong ~ tidak mudah menurut atau menerima pendapat orang
di tempat cetek ~ nakal ya amat.
di tempat terlalu dalam ~ susah nak faham , lambat pick up.
Walaupun begitu , semua ini boleh di neutralkan dengan doa doa ...
Wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
kat mana yang elok nak tanam uri? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah terdengar banyak kali jugak tentang gangguan-gangguan dari 'makhluk lain' apabila berkaitan dengan uri ni. benda ni terjadi pada kakak aku sendiri.
Kakak aku bersalin di Hospital Seberang Jaya. Sebab bersalin normal jadi esok petangnya dah boleh balik rumah. Sampai rumah hari tu dah petang sangat jadi lepas cuci uri tu elok-elok simpan kat dalam peti ais untuk tanam esoknya. Malam-malam susah sikit nak korek lubang segala. Jadi malam tu semua tido agak lewat. Maklumla sebok tengok orang baru.
Rumah mertua kakak aku jenis rumah kampung 2 tingkat. Sebab baru lepas bersalin kakak aku tido di bawah dengan abang ipar aku dan baby. Mertua dia tido atas. Malam tu bila semua orang tido dengar bunyi tingkap diketuk. Mula-mula ingatkan angin tapi lama-lama semua tingkap 'benda' tu ketuk. Siap pusing keliling rumah dan ketuk semua tingkap.
Abang ipar aku yang badan besar tapi hati kecik tu terus lari naik atas kejut mak dia teman kakak aku. Nasib baik benda tu tak dapat masuk rumah. Cuma ketuk-ketuk tingkap sampai ke Subuh. Kata orang dia nakkan uri yang tersimpan dalam peti ais tu. Bapak mertua kakak aku ni style orang-orang lama sikit. Jadi awal-awal setiap pintu dia gantung ikan puyu yang kering tapi tak buang sirip tajam-tajam tu di pintu rumah. Mungkin sebab tu la benda tu tak dapat masuk.
Sampai sekarang tak tau apa benda. Tapi memang seram bila dia ketuk keliling rumah nak masuk. ![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Lai kali jangan simpan uri lelama... dalam peti ais pulak tu ... kalau termasak kari cam ner ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|