|
aku hangin jugak...promo kat luar punyalah ghairah....tapi website pun x siap lagi....ala2 promo filem zaman 80an lah pulak....ini dah zaman dot.com....penggunaan website sangat2lah diutamakan......kenapalah susah sangat nak siapkan website tuh....... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa yg ni baru official website yg betulllll
www.filempgl.com.my
sudi2kan la menjenguk...
ada part yg tak siap lagi...tp rasa nak nagis aku tengok photo gallerynya...terharu abis....rupa2nya watak raja (sultan) ahmad pun ada gak... |
|
|
|
|
|
|
|
website ni mmg bagus...gambar lawa,tak berat...
nampak kt satu gambar tu hang tuah terlantar atas tanah...macam mati je...ish..ish...
website www.pglthemovie.com tu pun aku rasa contentnya sama
fakta skor muzik PGL:
A full orchestra, Seruling (Malay flute), Rebab (similar to a violin or cello), Serunai (like an oboe), Javanese and Malay Gamelan (similar to a western xylophone), Bugau (a unique instrument from Borneo), Pupuik (a small trumpet with a very haunting sound), Gendang (Malay percussion), Rebana (Malay percussion), and Sundanese drums |
|
|
|
|
|
|
|
aha....akhirnya diorang dengar jugak "rungutan" aku.....bagus...syabas....tahniah...and terima kasih...... |
|
|
|
|
|
|
|
lawanyer gambar2 kat website tu. apasal trailer still takde lagi. anyway, just read kat thestar pasal pgl and saniboey yg dah tgk rough cut cakap technically mmglah canggih tapi dia rasa no chemistry antara pgl & hang tuah! sedih pulak dgr sbb terlalu high expectation for this movie. |
|
|
|
|
|
|
|
aha...begitu nampaknya....mujur juga aku masih menyimpan banyak kemuskilan dalam diri........memang dari awal lagi agak sukar untuk aku menaruh harapan terlalu tinggi atas beberapa faktor.....
BTW...the star yg bila punya ? leh bagitau skit ? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baca smlm punya article on pgl ada link to other related articles- click on 'great expectations'- should be there. anyway, still mengharap the movie to be good, although expectation dah kurang sikit. at least bila tgk nanti takle kecewa sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
slen.com: 慘alaulah P Ramlee masih hidup...抂/b]
[email protected]
SEMAKIN hari semakin hampir kita dengan tayangan filem Puteri Gunung Ledang (PGL). Khabar terbaru mengatakan filem itu sudah mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) tanpa sebarang potongan dan akan menemui penonton pada 31 Ogos ini.
Ketika ini, pelakon dan produser PGL, Tiara Jacquelina serta suaminya, Datuk Effendi Norwawi, berada di Amerika Syarikat atas urusan peribadi. Mereka dijadual kembali ke Kuala Lumpur pada awal bulan depan sebagai persiapan untuk pratonton dan tayangan perdana PGL tidak lama lagi.
Sebelum berlepas ke sana Jumaat lalu, Tiara sempat menghubungi saya menerusi telefon bimbitnya.
"Alhamdulillah... PGL lulus tanpa potongan dan akan ditayangkan pada 31 Ogos ini! Saya juga gembira kerana klip video Asmaradana sudah siap. Kalau tiada halangan, ia akan disiarkan dalam Melodi (TV3) semalam," ujar Tiara.
Satu lagi berita menggembirakan adalah PGL bakal menyertai salah sebuah festival filem tertua dan berprestij di dunia, Venice Film Festival, Itali, awal September nanti.
"Usaha itu dilakukan wakil pengedar kami untuk pasaran antarabangsa, Gil Rosellini. Sebenarnya kita masih berusaha menyertai festival itu kerana sudah melepasi tarikh tutup. Pihak penganjur sedang mempertimbangkannya kerana cukup tertarik PGL.
"Kalau nasib baik, dapatlah PGL bertanding dan keputusan permohonan itu dapat diketahui beberapa hari lagi," katanya yang bercakap dalam keadaan tergesa-gesa kerana panggilan terakhir untuk penerbangan pada petang itu sudah ke udara di Balai Berlepas KLIA.
Daripada nada suara Tiara pada hari itu, dapat dirasakan bahawa dia amat gembira dan teruja. Yalah, siapa yang tidak seronok kalau hasil kerja keras selama dua tahun untuk membikin filem itu semakin hampir menjadi kenyataan.
Bukan itu saja, lagu Asmaradana nyanyian Tiara semakin membuka mata dan begitu kerap berkumandang di radio tempatan terutama Era.
Lebih mengharukan Tiara, beliau menerima satu komen yang begitu menyentuh perasaannya iaitu daripada Aimi Jarr - penulis hiburan veteran dan teman rapat Allahyarham Tan Sri Ramlee. Pujian itu dilemparkan Aimi selepas beliau melihat tayangan tertutup PGL di Finas bersama beberapa VIP lain, minggu lalu.
Walaupun tayangan itu dibuat hanya dalam format video saja dan bukannya produk terakhir untuk pawagam, Aimi tetap meluru kepada Tiara dan berkata, "Kalau P Ramlee masih hidup, dialah orang pertama yang akan datang kepada awak mengucapkan tahniah!"
Remang juga bulu roma Tiara dan suaminya, Datuk Effendi dengan kata-kata itu apatah lagi tayangan itu sendiri dibuat di Pawagam Mini P Ramlee!
Cerita Tiara, Aimi berkata demikian kerana Seniman Agung itu pernah menyatakan hasrat
untuk menghasilkan sebuah art movie seperti mana PGL tetapi tidak berkesempatan. Pandangan mengenai hebatnya PGL turut diluahkan penulis sari kata bahasa Inggerisnya, siapa lagi kalau bukan tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF), Fatimah Abu Bakar yang dibantu penulis handalan New Straits Times (NST), Saleha Ali.
Mereka yang berulang kali melihat filem itu untuk memberikan terjemahan terbaik mengikut keindahan budaya nusantara, nyata terpegun dengan mutu lakonan semua pelakon utama yang memberikan persembahan memukau.
"Tengoklah sendiri. Ia bakal menaikkan martabat filem Malaysia," kata Fatimah ringkas.
Kini hanya tinggal kita saja untuk memberikan penilaian terhadap filem arahan Saw Teong
Hin itu. Kita tidak mahu mamai dengan pujian tetapi biarlah masing-masing melihat sendiri
apa yang sudah diperkatakan orang mengenai filem termahal dalam sejarah negara itu
--------
Sumber : http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 40726094157/Article
---
Notes : Tiga Festival Filem Antarabangsa yang terulung dan dianggap berprestij di dunia adalah Cannes Film Festival di Perancis(berlangsung setiap mei pada setiap tahun), Berlin International Film Festival di Jerman(berlangsung setiap Febuari pada setiap tahun) dan Venice Film Festival di kota terusan Venice, Italy(berlangsung setiap Ogos hingga September pada setiap tahun)....Ketiganya dianggap antara yang tertua di dunia.....Festival Filem Cannes bermula tahun 1946, Festival Filem ANtarabangsa Berlin bermula pada tahun 1951, manakala yang tertua, Venice Film Festival bermula sejak tahun 1932 lagi......Sekiranya PGL berjaya menyertai Venice Film Festival samada kategori In atau Out Competition, bermakna ia adalah filem pertama dari negara ini yang berjaya menerobos kesana....sebelum ini, hanya filem Kaki Bakar arahan U-Wei merupakan satu-satunya filem Malaysia yang pernah menyertai kategori Out of Competition di Cannes Film Festival 1995....
[ Last edited by GAIA on 26-7-2004 at 01:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dipost oleh agogo
katanya:-
kalau di baca sejarah melayu citer ni dah buat silap besar. Laksamana Hang Tuah mmg ikut ke GL tapi dia tak pi sampai atas. Yang pi sampai atas Hang Nadim la. Jadi Hang Nadim la yang patut jadi hero citer ni. Dia org ni buat filem ikut interpertasi sendiri je...cubala baca sejarah betul-betul!!!! Merosakkan sejarah melayu je.....tau tau baca punya org. Tiara jadi PGL tak sesuai la...dia dah tua!!!! lepas tu tak la cantik sgt....ambil la pelakon yg betul-betul ada kaliber jadi puteri...dia ni nak represent Malaysia kat peringkat antarabangsa, jadi puteri dari Malaysia, tapi dah gayut, jadi bonda puteri boleh lah....M. NAsir pun dah tua la.....nanti org cakap puteri dari Malaysia ni macam dah separuh umur je....laki dia di invest kasi la can org lain lak berlakon, ni bolot semua, jadik puteri pun dia, nyanyi lagu tema pun dia....alahai...... |
|
|
|
|
|
|
|
hakikatnya...org ramai suka mempertikai satu filem itu menepati fakta sejarah atau tidak.....seharusnya sesebuah filem adalah mengikut daya kreativiti penulis lakonlayarnya....apa yg nak dibuat adalah bergantung pada kehendaknya tersendiri....mereka boleh berigimnasi dengan kreatif.....dan melahirkan cerita mengikut kesesuaian....
Siapa Puteri Gunung Ledang itu sendiri kalo nak ikut fakta tepat sejarah ? siapa tahu ? adakah dia org asli yang mendiami gunung ? atau dia seorang bunian ? namun kat filem ini mereka memilih versi yg lain....mereka memilih cerita yg mengatakan PGL adalah puteri jawa yg berasal dari majapahit datang ke Melaka untuk mencari buah hatinya Laksamana Hang Tuah.....maka ia menjadi kisah cinta antara PGL dan Hang Tuah...oleh itu mereka memilih untuk tidak mengambil versi yg ada watak Hang Nadim......apakah ia salah ? tidak sama sekali....adakah ia merosakkan sejarah ? sila kenali apa itu filem....
Biasalah kalau para penonton suka mempertikai sehingga akar umbi....apabila cerita Black Hawk Down menidakkan sumbangan pasukan tentera Malaysia pun boleh jadi isu.....bukan Malaysia saja....apabila Ron Howard mengubah kisah hidup genius Matematik, Dr John Nash dalam filem A Beautiful Mind pun masih menggundang banyak suara2 tak berpuas hati....walaupun filem itu memenagi Oscar Best Picture pun ia masih dikutuk sebagai tak lanyak bagi sesetengah pihak...... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak saper nie ? dia berlakon sebagai Raja Ahmad dalam filem PGL nanti....anakanda kepada Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka.......
[ Last edited by GAIA on 28-7-2004 at 06:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aYuGiLeR at 2004-7-28 11:06 AM:
dipost oleh agogo
katanya:-
kalau di baca sejarah melayu citer ni dah buat silap besar. Laksamana Hang Tuah mmg ikut ke GL tapi dia tak pi sampai atas. Yang pi sampai atas Hang Nadim la. ...
aku tak paham posting dia ni...
on one side dia kata hang tuah tak naik sampai atas (mmg la,dia sangkut kt kaki gunung),tp on the other hand dia kata m.nasir dah tua utk bawak watak hang tuah.kalo btol2 nak ikut sejarah,hang tuah dah tua masa pinang PGL tu...sepatutnya m.nasir muda sangat utk bawak watak hang tuah
apa pun bagi aku,PGL it's just a fairy tale...ko nak konar citer ni ikut mana pun lantak ko la... |
|
|
|
|
|
|
|
nih BohjanGombak dptkan lirik...cilok dr post dier...
Cinta adalah suci
lahir dari jiwa
Menikam sanubari
hati dalam lara
Cinta mistik
abadi kekal selamanya
Musim berganti tapi
Wajah tak kan lupa
Mimpi berlari kemuncak
desitinasi murni
Asmaradana
Asmaradana
Kemuncak cinta
Asmaradana
Asmaradana
Cinta suci tak kenal
harta atau rupa
Mereka jatuh dari
Raja hingga hamba
Biar api membara
jadi penghalangnya
Ia tetap kagumi
keagungan cinta
Bersama berdua
kemuncak syurga di dunia
Asmaradana - Tiara Jacquelina ( Dari filem Puteri Gunung Ledang) |
|
|
|
|
|
|
|
bilalh cerita nie nak kuar |
|
|
|
|
|
|
|
harian metro semalam tulis PGL akan ditayangkan pada 31 Ogos nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aYuGiLeR at 28-7-2004 11:06 AM:
dipost oleh agogo
katanya:-
kalau di baca sejarah melayu citer ni dah buat silap besar. Laksamana Hang Tuah mmg ikut ke GL tapi dia tak pi sampai atas. Yang pi sampai atas Hang Nadim la. ...
takde definite sejarah pasal putri gunug ledang..that's why dia buat interpretation sendiri...even kewujudan puteri gunung ledang pun tak boleh nak buktikan...she might be a myth after all... |
|
|
|
|
|
|
concepcion This user has been deleted
|
Originally posted by GAIA at 28-7-2004 18:11:
hakikatnya...org ramai suka mempertikai satu filem itu menepati fakta sejarah atau tidak.....seharusnya sesebuah filem adalah mengikut daya kreativiti penulis lakonlayarnya....apa yg nak dibuat ada ...
..betul cakap ko tu gaia.. tapi betul gak cakap si agogo tu.. aku ingat kena lah balance.. aku rasa orang filem boleh fictionalize sebanyak yang diaorang nak tapi mungkin beberapa jalan citer penting kena maintain..
aku sebenornya memang peminat sejarah dan Sejarah Melayu tu aku baca macam kitab... Jadi aku boleh faham lah cakap si agogo tu..
.. memang lah fiksyen tapi risau gak orang konpius..
...aku tak setuju satu mende aje, aku tak setuju sultan mansur syah ni di portray kan sebagai lelaki yang nfasu kuat.. nak pompuan cantik.. malah dalam cerita Hang tuah ( yang pramlee blakon ) pun buat gitu.. sebenarnya masa zaman dulu.. perkahwinan ni satu cara perluasan kuasa.. Bukan jadi kat sini aje tapi kat Rome dan seluruh dunia.. Dulu, anak-anak paderi Rome ( luar nikah tapi) pun di kahwin kan dengan putra-putra raja untuk perluasan kuasa..
Aku rasa Sultan Mansur Syah ni antara sultan yang paling dinamis tapi banyak orang portray sultan mansur ni macam sleazy jek..
.. in the end, semua filem jadi khazanah negara... so.. tu aje lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ckp pasal hang tuah, ada 2 versi : satu versi sejarah melayu dan satu lagi hikayat hang tuah...dah lama aku tak baca dua2 ni sejak stpm |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke filem PGL ni akan ke Venice Film Festival? Sumber mana korang dapat ni?;) |
|
|
|
|
|
|
|
sudah pun official!
61st Venice International Film Festival
Sept. 1-11, 2004
world premiere (tayangan pertama di luar negara pembikin) akan berlangsung di festival tersebut, sehari selepas tayangan di Malaysia! power gak pengedar filem itali tu - Rosellini. PGL tak bertanding, tapi tayangan saja pun dah cukup hebat. satu dunia akan sedar kewujudan PGL. Spielberg pun akan tayang The Terminal kat festival tu.
lihat senarai filem (bertanding + tak bertanding):
http://www.labiennale.org/en/cinema/61miac/countries.html
judul itali : La principessa del monte Ledang |
|
|
|
|
|
|
| |
|