Jawapan Kuiz Edisi Menjana Minda Bahagian 11
1. Namakan 4 kejohanan Tenis Grand Slam mengikut urutan
a. Australia Open b. French Open c. Wimbledon Open d. US Open
2. Beliau dilahirkan pada tahun 1734 dan merupakan pencipta berus gigi. Siapakah beliau?
William Addis
3. Lengkapkan lagu 'Secangkir Kopi Semanis Puan' tersebut
Siapakah bisa menduga aduh! sayang
Cuaca di pesta tarian gemalai
Seruling perindu
Asyik dan berbaur
Harum jagung mentega panas
Anekarona
Malam bulan dan bunga lalang senada
Menyulam kasih
Melamar Sang Pawana
Terbangkan layar
Menuju wilayah
Sentosa yang kami mimpikan
Dalam kedinginan hujan
Merentas jejak
Senandung mendonan
Yang mimpikan
Secangkir kopi panas
Dengan selimut...aduh...
Wangi suci murni
Menyegarkan
Tubuh yang letih
Membawakan nasib
Sedang tersurat
Aduh! nyawa
Kami tersiksa
Bila tersua jelita
Aduh! nyawa
Kami tersiksa
Bila tersua puan jelita
4. Penglipurlara yang bercerita dari rumah ke rumah sambil memainkan sebuat alat yang di panggil Batil
Awang Batil
5. Berikan maklumat-maklumat berikut berdasarkan bendera negara yang terpapar di bawah Sierra Leone
a. Ibu negara Freetown b. Lagu Kebangsaan High We Exaclt Thee,Realm Of The free c. Mata wang Leone d. Bahasa rasmi Inggeris e. Tarikh kemerdekaan 27 April 1961 (dari England)
6. Namakan empat Khalifah Ar-Rasyidin yang dilantik selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W mengikut urutan. 1. Abu Bakkar 2. Umar b. Khattab 3.Uthman b. Affan 4.Ali b. Abi Talib
7. Pada tahun 1902, salah seorang Presiden Amerika Syarikat telah pergi memburu dan pembantu beliau telah menangkap seekor binatang. Beliau lalu mengikat binatang tersebut di pokok dan menunggu ketibaan Presiden untuk menerima hadiah. Walaubagaimanapun, apabila Presiden tersebut melihat binatang tersebut, beliau berasa kasihan dan melepaskan binatang itu. Peristiwa ini telah mengakibatkan kepada penciptaan sejenis permainan. Apakah permainan tersebut.
Teddy Bear
8.Siapakah beliau dan kematian beliau telah mengakibatkan telah berlaku satu peristiwa. Apakah peristiwa tersebut? Franz Ferdinand, Perang Dunia I
9. Pada tahun berapakah Perang Badar berlaku dan peperangan ini berlaku antara kaum apa? 17 Ramadhan 2 Hijriah antara Kaum Muslim dan Quraisy
10. Alih perkataan bahasa jepun tersebut kepada Bahasa Melayu
a. Konnichiwa Selamat Petang
b. Hajimema#e, doumo Selamat berkenalan, terima kasih
c.Douzo, osuwari kudasai Sila duduk
|