|
RIANZ PARADISE VOL. 63 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU RIZ & NADIA
[Copy link]
|
|
Apa ceta Riz perform kat wedding LJ tu...
Ada sesapa yg amik video ...teringin nak tgnk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sue_elle at 16-2-2009 01:02 PM
Apa ceta Riz perform kat wedding LJ tu...
Ada sesapa yg amik video ...teringin nak tgnk..
petikan dpd Mstar
Isnin Februari 16, 2009
Linda-Que idam ramai anak
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
MUNGKIN tidak ramai selebriti yang inginkan bilangan anakyang ramai apatah lagi dengan jadual karier seni yang adakalanya tidakmenentu, namun tidak bagi pasangan pelakon Que Haidar dan koreograferLinda Jasmine Hashim yang merancang untuk mempunyai ramai anak padamasa akan datang.
Selepas selamat diijabkabulkan pada Hari Kekasih iaitu 14 Februarilalu di Bora Ombak, Ampang, pasangan ini berdoa semoga rezeki untukmendapat anak disegerakan oleh Allah.
“Kalau boleh saya dan Linda inginkan anak secepat mungkin danseramai yang boleh,” kata Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan ShahTengku Haidar, 30.
Dalam pada itu, Linda, 37, juga bersetuju dengan apa yang diberitahu oleh suaminya itu.
Wajahceria Linda dan Que selepas selamat diijabkabulkan pada 14 Februarilalu di Bora Ombak, Ampang. foto mStar oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
“Saya juga sama sahaja. Saya suka sangat untuk mendapat anak lagi,Insya-Allah. Kalau boleh saya hendak ramai anak,” luah Linda sambiltersenyum.
Menurut Linda, dia memang telah lama memikirkan untuk berkahwin lagi namun, tidak menyangka yang jodohnya itu adalah Que.
“Apabila kita jatuh hati dengan seseorang dan merasai kasih sayangnya, secara semulajadi kita akan rasai semua ini.
“Apa yang istimewa tentang Que, dia sangat ‘sweet’, jujur, sertaboleh membuat saya ketawa dan senang hati,” ucap ibu kepada Qalif Khan,9, ini.
Tambah Linda, yang pasti dia menyenangi sikap Que yang tidakhipokrit dan tidak memikirkan yang Que perlu memilih dia disebabkanfaktor tertentu.
Lindadan Que bersanding di pelamin indah hiasan penyanyi Jeslina Hashim danpihak Bora Ombak dengan tema 'bali dalam taman' -foto The Star olehSHAARI CHE MAT.
Sementara Que pula berkata Linda mempunyai sedikit persamaan seperti ibunya dari segi kualiti yang ada padanya.
“Linda mempunyai kualiti yang menyamai seperti ibu saya. Misalnya,dia cerewet dengan anaknya di mana bagi saya cerewet adalah bagus untukkebaikan.
“Dari sudut yang lain, saya menyukai Linda kerana dia mempunyaiwajah ‘Pan Asian’ yang agak menarik,” tutur Que yang tujuh tahun lebihmuda daripada Linda.
Keserian Linda terserlah selepas disolek oleh Tia dan disalut oleh barang kemas daripada Habib Jewels.
Ditanya tentang bagaimana cara dia akan mengawal Linda pada masaakan datang, memandangkan isterinya itu kadangkala suka mengenakanpakaian seksi, jelas Que: “Saya tak pernah menetapkan bahawa Lindaperlu memakai pakaian yang bagaimana asalkan dia menjaga kelakuan dihadapan orang ramai.
“Sebagai manusia, apa yang saya tekankan supaya dia tidak mengambil tahu tentang keburukan orang lain.”
Ketika ditanya kepada pasangan ini tentang bahagian manakah yangmembuatkan mereka berasa tertekan dari mula mereka mengumumkan untukberkahwin sehingga ke hari tersebut, Que berkata:
“Semua bahagian membuatkan kami tertekan."
Que segak dalam sut kolar Nehru rekaan Lord's Tailor manakala Linda anggun dengan gaun petang rekaan Syaiful Bahrim.
Sementara Linda pula mencelah: “Dugaan yang berlaku sentiasa turundan naik. Setiap perkara berlaku dengan pantas sehingga ke malam ini.”
Ditanya tentang di mana mereka akan menetap selepas ini,kedua-duanya berkata mereka memilih untuk mencari rumah yang lebihbesar.
“Kemungkinan kami akan tinggal di Ampang kerana anak saya bersekolahdi Cheras,” ujar Linda yang turut menuturkan mereka belum merancanglokasi untuk berbulan madu.
Bagaimanapun, Que berkata mereka mungkin memilih lokasi bulan madu bertemakan laut.
“Saya sukakan pantai namun kami belum rancang untuk pergi ke mana.Kami akan mencari lokasi bulan madu yang sesuai nanti,” kata Que.
Ciuman tanda kasih di Hari Kekasih ketika upacara memotong kek.
Menjawab tentang persoalan rutin harian yang bakal dilakukan selepasini, Linda berkata dia akan melakukan kerjanya seperti biasa di manadia mempunyai studio tarian yang perlu diuruskan.
“Selain itu, saya juga terlibat dengan kerja amal dan aktiviti lain,” ulas Linda.
Mengenai penjagaan Qalif, Que berkata dia telah berbincang dengan Linda tentang cara untuk menjaga anak tirinya itu.
Pandangan belakang gaun petang dan layah labuh mencecah lantai rekaan Syaiful Bahrim yang digayakan oleh Linda.
“Qalif bijak, hensem, ‘perfect’ dan manja dengan saya,” kata Que sambil tersenyum.
Menyentuh tentang persiapan untuk majlis resepsi di sebelahpengantin lelaki, Que berkata keluarganya serta orang kampung telahbergotong-royong menyiapkan hampir 50 peratus persiapan di Felda TaibAndak.
“Mak saya dan kawan-kawannya yang membuat persiapan di sana. Adajuga pihak yang membantu dari segi kad jemputan,” ulas Que yang bakalbersanding di atas pelamin berkonsepkan diraja manakala baju pengantinberkonsepkan tradisional dan moden.
Que yang sedang bercuti sehingga 19 Februari ini menambah dia bakalmengambil cuti semula untuk majlis resepsinya di Johor nanti.
Upacara makan beradap.
“Pada 20 Februari ini, saya akan menjalani pengambaran drama 13episod Cinta Untuk Ain. Selepas balik bercuti dari Johor nanti, sayaakan menyambung pengambaran lagi.
“Sebab itu saya belum boleh tetapkan bila kami akan berbulan madu kerana saya mempunyai komitmen kerja.
“Bagaimanapun, saya tetap akan merancang satu tarikh untuk kami berbulan madu selepas selesai pengambaran nanti,” akhiri Que.
Dikesempatan itu, Linda dan Que sempat merakamkan terima kasih tidakterhingga kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlisperkahwinan mereka.
Kata Linda: “Terima kasih kepada The Blooming Cake yang menaja kekyang sangat cantik, Jakel yang menaja fabrik lebih daripada RM20,000,Calvin Thoo, Syaiful Bahrim, Datin Sharifah Kirana, Lord’s Tailor,Habib Jewels, Kak Ton dari Bora Ombak.
“Turut serta Shasha Bashir, Wan, Jeslina Hashim di mana dia sangatbekerja keras sehingga nak pengsan tetapi apa yang dilakukan oleh Jesseperti ‘magic’, Awal Ashaari, pengerusi majlis, kompang, Farhan, Riz,Amylea, Jebat, Zila dan Ala Dancers yang melakukan persembahan sertasesiapa sahaja yang mendoakan kebahagiaan kami.
“Tidak lupa Qalif yang sangat sabar dan tidak mendapat cukupperhatian dalam 10 hari ini. Syukur juga sebab tak hujan dan saya sukadengan majlis ini.” |
|
|
|
|
|
|
|
menonton Oprah @ Hallmarks Channel
very motivated one lor.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 16-2-2009 09:59 AM
Hes a child model tak silap; ada masuk advert gak.
IC ... patutlah pandai pose |
|
|
|
|
|
|
|
Korang cari ler; Angah tak tepek bahagian Nadia tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal ler rambut Yeop camtu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1813 sweetmm's post
Nape rambut dua2 cam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ... nape pics dah ilang
oops dah ada balik dah, tq sweet
[ Last edited by prop at 16-2-2009 02:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|