1. Anda dikehendaki memberikan 3 tajuk lagu berbahasa melayu yang anda minati dan mempunyai kaitan dengan kisah hidup anda.
lagu Allahyarham P. Ramlee tahun diterbitkan sekitar 1955
lagu Iklim ~ Hakikat Sebuah Cinta, diterbitkan pada 1988
Lagu Ribaibaru oleh Mayumi Itsuwa
2.Sila sertakan nama penyanyi dan tahun ia diterbitkan.
3. Terangkan kenapa anda meminati/memilih lagu-lagu tersebut serta kaitannya dengan kisah hidup anda.
Lagu pertama merupakan lagu Raya yang paling ana suka sekali, tidak pernah rasa jemu dan semasa ana menyambut Hari Raya pertama kali berjauhan dari keluarga, lagu ini adalah peneman ana sambil menangis, maklumlah orang lain berkumpul dengan keluarga tapi ana pulak pakai baju raya berkumpul di Malaysian Hall, walau ada kawan dan konsulat Malaysia tapi tetap tak sama pabila kita berhariraya dengan keluarga
Lagu kedua adalah lagu yang suami ana suka sangat menyanyi pabila ana merajuk dengan dia, sungguh romantik dan ana jadikan lagu itu sebagai lagu kami berdua
Lagu ketiga pula adalah kenangan bersama arwah ibu, dia minat sangat dengan lagu-lagu mayumi dan ada ketika dia akan menyanyikan untuk kami anak-anaknya jadi pabila ana mendengarkan lagu tersebut pasti ana akan teringat aksi arwah ibu semasa mendendangkannya
4. Jawapan mestilah dihantar sebelum hari Isnin 9hb April 2012, Jam 12.30 tengahari.
** Markah bergantung kepada mana-mana sifu yang bertugas