Sekadar mengimbau kenangan lama waktu dulu,sewaktu masa sekitar tahun 2003 ke 2004,aku memang suka masuk hutan dulu,dan suka join xtvt camping dan trekking... Ok aku join satu motivation program yang memang antara paling mencabar dan paling susah aku nak lupa...program tu nama dia “kursus kemantapan saksiah diri anjuran salah satu NGO dengan sokongan Kementerian belia dan sukan... Xtvt dia cam biasa,jungle trekking,flying fox,dan macam2 lagi xtvt yang best..namun apa yang tak boleh lupa ada satu xtvt nama dia “BARZAH”... Kursus 4hari 3 malam,malam ke2 dah kena sesi burung hantu,memaang mencabar namun malam ke3 tiada siapa menjangka aka ada lagi xtvt yang sapa pun tak tau xtvt tu lagi menakutkan.... Peserta dikejutkan sekitar jam 11.00,tanpa taklimat,tanpa banyak bicara,tanpa suara, Cuma mengikut sahaja kami mula dikumpulkan di satu dewan,Pemilihan dilakukan setiap pasukan hantar 2 orang wakil jadi ada 10 orang sebab ada 5 kumpulan satu kumpulan 5 orang.kami dibawa keluar dan hanya diminta ,yang lain boleh tidor dulu dalam dewan tu sementara menunggu giliran. Sampai disatu kawasan yang luas..kami tengok tanah lapang, Cuma ada zink je banyak...rupanya zink tu digunakan menutup lubang,lubang apa? Lubang kubur.... Semua cuak,dalam kepala “Program apa ni”?semua tak pernah join sebelum niii...terus faci tu cakap ni program rahsia,setiap peserta akan di masukkan ke dalam liang lahad ni,ukuran,kelebaran,design semua sama macam kubur betul....patut laa namanya pun barzah,tiada siapa akan terkecuali... Apa lagi budak2 perempuan ada yang dah mula menangis.. aku pun cuak...mau taknya masuk kubur beb...bukan sekejap 2 jam...nak taknak kena masuk...dah masuk, papan lahad di letak...lepas tu...faci tuang air mawar,tabor kapur barus,kedudukan dalam tu je boleh pilih nak baring biasa atau nak senget...tapi ada ruang jugak laaa untuk bergerak sikit2. Siap ada bacaan talikn ringkas,korang bayangkan dalam keadaan sedar tapi korang di dalam kubur,terus terang aku cakap...semua kesilapan yang pernah korang buat secara otomatik akan korang terfikir...macam mana rasanya...tak tahan beb,menangis oooo... Budak perempuan takyah cakap laaa...faci cite lepas habis program tu....macam2 ada..dalam kubur diorang menangis,menjerit,...macam kelakar pun ada... Tapi kesan dia besar pada peserta...itu baru program...kalau betul2 tah macam mana nak mengadap malaikat mungkar nangkir... esoknya semua bercerita pengalaman ,apa yang aku tau ada jugak laaa yang berubah..dan ada jugak yang berubah sekadar mencukupkan syarat..dengan kata lain insaf sekejap Program tu memang jarang dibuat laaa...sebab kebanyakkan traning kem xde faciliti atau ruang yang cukup untuk buat liang lahad... apa yang pasti itu memang program terbaik pernah aku pegi...sampai sekarang aku bole bercerita lagiii..tentang powernya xtvt tu.. |