CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anok_Tupa

KPH VILLA - 101 - Jom Undi Matahari Di Carta Hot FM & ERA FM

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2014 06:03 PM | Show all posts
Teh_90 posted on 22-10-2014 07:21 AM
Hafiz tak dpt apa2 pencalunan kat AIM kali ni?


Bukan rezeki Hafiz agak nya di AIM21 . Bukan senang nak maintain popularity...unless keluarkan Album every year mcm tok ti dulu.
But that's not the end....teruskan menyokong Hafiz.

Akim for the win...looking at the nominees lah.
Last edited by nicolebaby on 22-10-2014 06:16 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 04:23 PM | Show all posts
Teh_90 posted on 22-10-2014 07:21 AM
Hafiz tak dpt apa2 pencalunan kat AIM kali ni?

ada satu pencalonan utk kategori Artis foreign nyanyi lagu melayu (not really sure the exact category name - pelik punya kategori) utk lagu Salahkah duet dgn Rossa. AIM selalu bagi award free utk penyanyi Indonesia......tapi kali ni utk duet artis Indonesia dgn artis Malaysia nyanyi lagu Indonesia.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:44 PM | Show all posts
Along_XX posted on 23-10-2014 04:23 PM
ada satu pencalonan utk kategori Artis foreign nyanyi lagu melayu (not really sure the exact categ ...

Really Long...list dekat gossip thread tu tak lengkap lah yer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:20 PM | Show all posts
nicolebaby posted on 23-10-2014 05:44 PM
Really Long...list dekat gossip thread tu tak lengkap lah yer.

ha ah.....x lengkap.... ada lagi list rasanya utk foreign, chinese and indian categories....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 12:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2014 08:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 08:54 PM | Show all posts
Ini dia komen Dato Ramli MS kat Majalah Nona Edisi Oktober 2014....





@Teh_90 @Along_XX @nicolebaby


Semoga Hafiz tidak tersalah langkah dan terus kekal dalam industri muzik.....

btw...dah lama jgk tak nampak Hafiz muncul kat mana-mana program TV Media Prima mcm MHI...Nasi Lemak Kopi O atau jadi tetamu MM...hurmmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:25 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 24-10-2014 08:54 PM
Ini dia komen Dato Ramli MS kat Majalah Nona Edisi Oktober 2014....

Sapa la kita nak demand mcm2 utk Hafiz....kita bukannya Aaronator & CTzoner....terpulang la kpd mgmt dia & Hafiz sendiri utk caturkan kerjayanya......
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:45 PM | Show all posts
Slm....nk komen sikit.

Hafiz n management sendiri yg kena demand....aim last year menang best album, best male vocal..semua tu kategori utama, tp cuma nyanyi bbrp min dgn rossa kat tepi stage.

Apm last year menang artis serantau, duo n bbrp lg...pun nyanyi bbrp min dgn ct, pastu skjp dgn judika n awi rafael, xde solo pun

Apm this year lg hawau, Lagu dia menang tp org lain nyanyi, apa brg gitu...

Kesimpulannya kalau nk tgk hafiz nyanyi solo penuh satu lagu kena tunggu ajl

Org take for granted kalau kita sendiri tak mempertahankan hak kita...kita tu maksudnya pihak yg menguruskan hafiz n hafiz sendiri.

Or else pihak astro ada sistem giliran, tahun lps thn hafiz, so thn ni kena tone down sikit sbb ada nanti yg claim kata tak adil gitewww....anak emas sgt.

Matahari ada peluang kot masuk ajl, walaupun lagu tu simple tp vocal hafiz strong dlm lagu tu.

lepas ni hrp release 2 lagu yg komposer indonesia tu...patah hati & **lupatajuk** ....walaupun tk layak masuk ajl  coz composed by indonesian tp utk kekalkan populariti hafiz 2 lagu tu je yg sedap. Utk apm next year mungkin layak kategori lagu kolaborasi. ..the rest lagu2 dlm album mcm sendu skit. Deklamasi pun ok but mcm tk strong sgt utk ajl.

Jadi harapannya tolonglh keluar single baru coz peminat2 perlu sesuatu yg fresh.....boring dh hari2 dok dgr lagu yg sama je

Sekian dari peminat tegar hafiz.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
pawerenjer posted on 24-10-2014 10:45 PM
Slm....nk komen sikit.

Hafiz n management sendiri yg kena demand....aim last year menang best alb ...

tq BB for the tepekan Ramli MS tu....Stacy setiap tahun ada lagu baru. Sapa urus karier dia eh?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 06:53 PM | Show all posts
pawerenjer posted on 24-10-2014 10:45 PM
Slm....nk komen sikit.

Hafiz n management sendiri yg kena demand....aim last year menang best alb ...

1000x like what u said......tapi mgmt Hafiz ntah baca ntah tidak apa yg kita tuleh kat sini.....nak komplen kat certain tmpt nanti ada yg makan hati.....penat nak jaga hati org nih.....huhu!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 08:21 PM | Show all posts
Senarai 30 lagu & markah yg mungkin masuk semi-final. Copy dr BOD gosip.

---------------------------------------------------

TAJUK LAGU - ARTIS (JUM.MARKAH /JUM. MINGGU BERTAHAN)

1.        Aku Juga Manusia – Amir Jahari ( 187 / 12 )
2.        Akhiri Penantianku – Alif Satar ( 176 / 11 )
3.        Cinta Makrifat – Awie dan Erra Fazira ( 172 / 14 )
4.        Hilang – Najwa Latif ( 172 / 13 )
5.        Dia Yang Kau Pilih – Shahir ( 165 / 12 )
6.        Matahari – Hafiz ( 163 / 9 )
7.        Sesal Separuh Nyawa – Alyah ( 163 / 13 )
8.        Mewangi – Akim & The Majistret ( 163 / 11 )
9.        Arjuna Beta – Fynn Jamal ( 163 / 11 )
10.        Di Pintu Syurga – Dayang Nurfaizah ( 163 / 11 )
11.        Al Haq – Mawi & Dato’ AC Mizal ( 156 / 12 )
12.        Gadis Jolobu – WARIS ft Dato’ Hattan (153 / 13 )
13.        Tak Pernah Berjumpa – Forteen ( 150 / 13 )
14.        Malaikat – Hazama ( 145 / 8 )
15.        Lelaki - Yuna ( 142 / 18 )
16.        Apa Khabar – Joe Flizzow ft Sona One ( 141 / 8 )
17.        Romancinta - Mojo ( 141 / 12 )
18.        Rentak Laguku – Bunkface ft Amy Search ( 139 /18 )
19.        Gilalah – Stacy ( 138 / 18 )
20.        Cinta Tak Pergi – Tomok dan Yana Samsudin ( 132 / 9 )
21.        Kau Pergi Jua – IAMneeta ft Najwa Latif ( 132 / 10 )
22.        Percayalah – Indah Ruhaila ( 131 / 17 )
23.        Ayuh Tinggalkan Dia – Encik Mimpi ( 129 / 11 )
24.        Alasan Untuk Bahagia – Asfan Shah ( 128 / 11 )
25.        Patah Sayap – Nadia Aqilah ( 125 / 9 )
26.        Masih Aku Cinta – Shila Amzah ( 125 / 19 )
27.        Dunia dan Syurga – Akim Ahmad ( 114 / 14 )
28.        Jodoh Berdua – Hafiz Hamidun ( 109 / 9 )
29.        Pasti Sempurna – Kristal ft Ronnie HyperAct ( 107 / 9 )
30.        Rindukanlah – Encik Mimpi ( 104 / 14 )
---------------------------------------------------------------------------------------

dan di bawah ini 10 lagu yg akan memungkinkan masuk jua ke semi muzik2 29 :

31.        Singkapkan Doa Kami – Riz Zaizizi ( 101 / 9 )
32.        Hu Hu Satu – Le Rumba Band ( 100 / 9 )
33.   Hujung Dunia – Hanie Soraya ( 89 / 9 )
34.        Jatuh Cinta – Iamneeta ( 80 / 9 )
35.        Ruang Hati – Persis ( 75 / 7 )
36.        Perempuan – Faizul Sany ( 65 / 4 )
37.        Hujung Waktu – Azhael ( 63 / 5 )
38.        Selamat Ulang Tahun Cinta – Tasha Manshahar dan Syed Shamim ( 63 / 8 )
39.        Pengakuan – Tiga ( 62 / 6 )
40.        Infiniti Cinta – Zizan Razak ft Kaka Azraf ( 61 / 7 )  * =110 (kalau campur markah MM28)
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 08:31 AM | Show all posts
Morning kph, lama x masuk sini, sejak tragedi mh370 jadi hilang minat nak masuk forum
Apapun i still sokong hafiz, cuma perjalanan seni hafiz nampak macam sikit Slow, harap akan ada single baru
Harap hafiz lepas semi final ajl dan Semuga terus ke final serta dpt top 3

Walau x post ape2 tp still follow pasal hafiz, gud luck hafiz dan kena kerja keras untuk survive kat bidang ni
Teruskan menyokong hafiz...


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 04:49 PM | Show all posts
Hafiz meriahkan konsert KD

Ditulis oleh Rosli Manah pada October 30, 2014. Posted in Berita Selebriti




Penyanyi Hafiz akan memeriahkan Konsert Krisdayanti Live In KL 2014 pada 22 November ini.

Dalam konsert yang dibawa oleh One Drop Perfumes di Dewan Planery, KLCC itu, anaknya Aurel juga akan bersama-sama.

” Saya tak pernah jumpa dia tapi saya tahu dia seorang yang sangat bagus. Saya ada tontonnya di youtube.

“Saya tinggal menghitung hari untuk menjayakan konsert nanti. Saya mahu memberikan yang terbaik untuk tontonan nanti,” kata Krisdayanti.

Hafiz teruja dapat mengadakan persembahan bersama Krisdayanti dan menganggapnya impian menjadi nyata.

“KD satu nama besar dan bila dapat tawaran ini saya teruja untuk bersamanya,” kata Hafiz.

Mereka akan menyanyikan lagu lagu duet termasuk Cinta. Hafiz dipilih daripada undian peminat di facebook One Drop.




~~~ manggaonline.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 05:17 PM | Show all posts
Hafiz tunang tahun depan

GARET DAWUM  |  30 Oktober 2014 4:41 PM


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Penyanyi Hafiz Suip, 24, merancang untuk bertunang pada tahun depan bersama buah hatinya yang dikenali sebagai ‘Fy’ yang merupakan seorang pelajar bidang akauntan.

Bagaimanapun Hafiz masih tidak berani memaklumkan mengenai tarikh hari pertunangan dengan dengan kekasihnya yang berusia 22 tahun itu.

“Dia (kekasih) masih lagi belajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Jadi, saya perlu menghormati hak privasinya.

“Buat masa ini kalau ada jodoh, saya sudah bersedia berkahwin pada usia muda,” katanya pada sidang akhbar konsert Kris Dayanti Live In KL 2014.

Hafiz telah dipilih menjadi artis jemputan untuk konsert tersebut yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam, 22 November ini di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Pemilihan Hafiz dibuat berdasarkan undian yang dijalankan menerusi laman Facebook pihak penganjur iaitu One Drop Perfumes dan lebih 22,000 peminat memilih Hafiz untuk digandingkan bersama Kris Dayanti.


~~~ utusan.com.my ~~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 05:49 PM | Show all posts
Walaupun gambar tak clear tapi nampak mekap KD tebal gile!  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2014 06:33 PM | Show all posts
KD mcm burung pungguk.....hahaha.....mata dikelilingi warna hitam.....

TQ BB for the tempekan.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:33 AM | Show all posts
Hafiz Suip artis jemputan Krisdayanti

Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Kuala Lumpur: Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu sebanyak tiga kali, Hafiz Suip, 24, diumumkan sebagai artis jemputan Konsert Krisdayanti Live in KL 2014, pada sidang media kedua konsert itu di sini, petang tadi.Â

Hafiz menjadi pilihan pelayar dan pelanggan setia wangian tanpa alkohol itu menerusi laman rasmi One Drop Perfumes yang tampil dengan kelainan yakni memberi peluang kepada umum memilih penghibur tempatan yang ingin disaksikan mereka menerusi konsert berkenaan.

Dibawakan oleh syarikat bumiputera, One Drop Perfumes Sdn Bhd, konsert yang berlangsung Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 November ini, Hafiz akan menyampaikan dua lagu secara duet bersama Krisdayanti, salah satunya berjudul Cinta yang pernah dinyanyikan Krisdayanti bersama Melly Goeslaw, termasuk satu single popular dari Hafiz sendiri.

Hadir sama pada sidang media itu, Krisdayanti, Pengarah Urusan Kumpulan One Drop Perfumes , Josafri Johari; Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil dan Pengurus Perhubungan Awam Royale Chulan, Farah Halim.

Hafiz dan Krisdayanti juga sempat mendendangkan lagu Cahaya secara duet di sidang media berkenaan.

Harian Metro dipilih sebagai akhbar rasmi konsert ini manakala stesen radio Hot FM sebagai radio rasmi.








~~~ hmetro.com.my ~~~
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:36 AM | Show all posts
Hafiz dipilih berduet dengan Kris Dayanti

30 Oct 2014 07:42pm


Krisdayanti dan Hafiz bergambar bersama selepas sidang media Krisdayanti Live in KL 2014.

Oleh Izzatie Rizan ([email protected])

KUALA LUMPUR – Penyanyi Hafiz Suip terpilih untuk berduet dengan penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti pada konsert artis Indonesia itu yang bakal diadakan pada 22 Disember ini.

Mendapat undian sebanyak 20,000 dari peminat yang mengundi  di laman sosial ‘Facebook’  Krisdayanti Live in KL 2014, dan menerusi radio Hot FM, Hafiz mengalahkan beberapa nama artis tersohor lain yang turut diundi peminat.

Hafiz yang popular dengan lagu ‘Awan Nano’ mengakui dirinya teruja dan berdebar-debar untuk berkongsi pentas bersama diva berkenaan

“Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang untuk saya berduet dan berkongsi pentas dengannya.

“Selama ini saya sangat meminatinya, dan peluang untuk berkongsi pentas ini akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya.

“Namun saya juga mengakui sebenarnya saya agak berdebar-debar untuk berkolaberasi bersamanya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media kedua, konsert ‘Kris Dayanti Live in KL 2014′  yang diadakan di ibu negara hari ini.

Mengulas mengenai lagu-lagu yang akan dipersembahkan dalam konsert itu nanti, Hafiz berkata perbincangan mengenainya akan diadakan dalam beberapa hari lagi.


“Buat masa ini, saya dan Krisdayanti akan berduet lagu Melly Goeslow bertajuk  Cinta, di mana susunan muziknya akan diolah baru,” ujarnya.

Kris Dayanti Live in KL 2014 merupakan konsert tajaan sepenuh One Drop Perfumes.

Konsert ini juga akan menampilkan beberapa kejutan istimewa di mana Kris Dayanti bakal memperagakan lebih 10 persalinan untuk konsert ini.

Tiket untuk menyaksikan persembahan ini dijual pada harga RM98 hingga RM1, 088.Untuk tempahan tiket boleh melayari www.ticketcharge.com atau bolehlah menghubungi talian 03- 9222 8111.



~~~ news.abnxcess.com ~~~


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058275 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list