|
bg aku pn.... tol yg dibayar amat berbaloi kalu kite pikir2kn balik
sbbnye kemudahan yang kite dapat lbh baik drp yg ad sebelum ni....
yang penting masa dapat dijimatkan dan keselamatan lebih terjamin. |
|
|
|
|
|
|
|
konfom bakal ada tol...................jgn risau...................hehe....
tuan_wu Post at 24-4-2010 20:17
bukang ke kata hari tuhh lebuhraya tuhh hadioh kat rakyat ganu...... tak payah tol:re: |
|
|
|
|
|
|
|
sampai jabor dah 21 hinggit............ kalau sapa Ajil dang sapa 40 hinggit kott |
|
|
|
|
|
|
|
oke la tu..ambe dok kesaoh tol...asal jalan molek..masa pong jimat |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah bertol asal jalan molek, jimat masa, jimat minyak. kalau aku gi bukit payong, benti aje kat trafik light exit bukit payong tu, mesti ckp sorang..lambatnya siap lpt ni, kalau siap cepat sikit aku sampai kampung... dah brtahun aku ckp sorang rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah bertol asal jalan molek, jimat masa, jimat minyak. kalau aku gi bukit payong, benti aje kat ...
wawin Post at 25-4-2010 23:50
ris pun macam ko jugak........... ternanti2 bila nak siap fasa 2 nihh............ memang tak kisah sangat hal tol tuhh... bukan tiap2 bulan balik kg, kurang2 pung 2 3 kali setahun jee...... kalau dah siap ingat dalam 4 jam sapa kot Ajil dari KL |
|
|
|
|
|
|
|
dok silap dalam 8 - 10 plaza tol bakal dibina utk LPT fasa 2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
dok silap dalam 8 - 10 plaza tol bakal dibina utk LPT fasa 2 ni
tuan_wu Post at 30-4-2010 22:40
masakkkkk........... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1848# Risma
sapa hangit dan rentung |
|
|
|
|
|
|
|
status siap LPT fasa 2 ni skang adalah dikatakan sekitar 75% keseluruhan............
sumber : sinar harian edisi Trg 30 April 2010 |
|
|
|
|
|
|
|
status siap LPT fasa 2 ni skang adalah dikatakan sekitar 75% keseluruhan............
sumber : ...
tuan_wu Post at 30-4-2010 23:13
dang siap dok tahun depang |
|
|
|
|
|
|
|
dang siap dok tahun depang
Risma Post at 30-4-2010 23:49
bajet leh siap akhir 2011.......................awal 2012 leh buka la gamoknya
vroooooooooooooooooooooom2........................ |
|
|
|
|
|
|
|
siap cepat skek....senang skek nk g KL.... |
|
|
|
|
|
|
|
siap cepat skek....senang skek nk g KL.... |
|
|
|
|
|
|
|
Fasa Pertama Bandar Baru Kijal Dalam Proses Pelaksanaan - MB
KEMAMAN, 3 Mei (Bernama) -- Fasa pertama pembangunan Bandar Baru Kijal (BBK) yang akan menempatkan pusat tekstil terbesar di Pantai Timur akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Tender untuk projek berkenaan sudah dibuka, katanya.
"embangunan bandar baru ini dijangka siap kira-kira lima tahun lagi dengan fasa pertamanya mungkin mengambil masa dua tiga tahun," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Bandar Baru Kijal di sini, Isnin.
Katanya pembangunan infrastrukturnya akan dibuat secara bersepadu oleh semua agensi terlibat bagi mengelak kelewatan dan pertindihan kerja di antara agensi terlibat. Kita tidak mahu jalan dah siap buat, ada pulak yang tebuk untuk buat kerja mereka," katanya.
Pembangunan BBK meliputi kawasan seluas 160 hektar yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Chukai di sini, bakal dilengkapi dengan 44 unit rumah kedai tiga tingkat, sebuah pasar raya hiper dan 120 unit kedai.
Ahmad berkata, beliau menjangka pusat tekstil itu akan menarik pelancong dari selatan Thailand seperti Yala dan Narathiwat kerana kedudukannya yang lebih dekat berbanding ke Bangkok.
"Apabila siap kelak, ia mampu menjadi penjana ekonomi di Kijal dengan lebih 200 peluang pekerjaan. Turut dirancang ialah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Hospital Daerah Kemaman," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad berkata kerja menaik taraf Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar, di sini, kepada zoo penuh akan dimulakan dalam masa terdekat.
"Tender akan dibuka bulan depan dan kerja-kerja menaik taraf dijangka dapat dimulakan selewat-lewatnya Ogos ini," katanya.
Menurut beliau, zoo itu nanti akan dilengkapi tarikan seperti Safari Africa dan Taman Savana dengan kawasan lebih luas iaitu 120 hektar berbanding keluasan 15 hektar pada masa ini.
Sejak dibuka pada 11 April tahun lepas, mini zoo terbabit menerima seramai 114,000 pengunjung dengan kutipan jualan tiket mencecah lebih RM550,000.
Pada masa ini terdapat 74 spesies haiwan dan burung dengan hampir 200 ekor haiwan terdapat di mini zoo itu.
***maju la kijal pasnehh
|
|
|
|
|
|
|
|
Fasa pertama majukan kijal pusat tekstil terbesar
KEMAMAN 3 Mei - Fasa pertama pembangunan Bandar Baru Kijal yang akan menempatkan pusat tekstil terbesar di Pantai Timur dijangka mula dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, ketika ini proses pengeluaran tender sedang berjalan dan ia dijangka selesai tidak lama lagi.
Beliau berkata, fasa pertama pembangunan bandar baru itu seperti jalan raya dan infrastruktur lain akan disiapkan dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi.
''Kita akan selaraskan usaha pembangunan ini dengan semua agensi terlibat bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pelaksanaan.
''Penyelarasan ini perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya pertindihan kerja antara agensi-agensi berkenaan. Kita tidak mahu jalan yang sudah siap dibina dikorek semula untuk membuat perkara lain," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Bandar Baru Kijal di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di Bandar Chukai di sini hari ini.
Beliau memberitahu, pembangunan Bandar Baru Kijal akan dilaksanakan dalam beberapa fasa dan ia dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun akan datang.
''Kita sudah membuat perancangan yang terperinci dan kini sedang menunggu pelaksanaannya," jelasnya.
Beliau berkata, pembinaan sebanyak 120 unit kedai telah disiapkan dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.
''Sebanyak 44 buah rumah kedai tiga tingkat yang akan menjual tekstil juga telah disiapkan.
''Kita hendak menjadikan pusat tekstil di Kijal ini seperti pusat tekstil di Nilai Tiga, Negeri Sembilan," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal.
Beliau memberitahu, pasar raya besar Giant pula dijangka dibuka dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
***patut ler Giant dok jadi buka kat mesra mall...............rupa rupanya nak buka di Kijal
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerja awal empangan hidroelektrik kedua bermula
KUALA TERENGGANU 6 Mei - Kerja-kerja awal pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir bertempat di Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu sudah dimulakan.
Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu Md. Yuslan Md Yusof berkata, kerja-kerja pembersihan tapak seperti penebangan hutan dengan kerjasama Jabatan Hutan sudah bermula sejak awal tahun ini.
"Pembinaan empangan hidroelektrik yang ketiga di Terengganu dengan kapasiti 250 megawatt itu dijangka siap pada 2014," katanya tanpa mendedahkan kos dan keluasan keseluruhan projek berkenaan.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) TNB peringkat negeri Terengganu di rumah Zainol Salleh, 56, di sini hari ini.
Terengganu ketika ini mempunyai dua buah stesen janakuasa hidroelektrik Sultan Ismail di Paka yang mampu mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt dan Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud Tasik Kenyir dengan kemampuan 400 megawatt.
Mengenai projek Baiti Jannati, Md. Yuslan berkata, aktiviti tanggungjawab sosial korporat TNB yang dimulakan sejak 2007, sehingga kini berjaya membaiki 65 buah rumah orang miskin di seluruh negara, dengan 11 daripadanyadi Terengganu. |
|
|
|
|
|
|
|
erm..Wu, kes Giant tu kang lama doh org tahu Mat Said nok Giant di Kijal gane2 pong..bukang masaloh bomba ke nape pong di Mesra Mall tu...mebi manefesto dia mas akempen pilihanraya ye janji gitu
best arr..mok su ambe duk Kijal,kat umah MB tu |
|
|
|
|
|
|
|
bandar baru kijal ni kira strategik gop kawsan dia...................tepi jln beso otw ke chukai.....tp area situ mmg luas.................kwsn paya bakau gitu..............tanah kosong byk lg.......baru la naik skit area tu............dok la napo kapung sgt.................. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|