|
Senandung yang didendang ombak laut
membadai menghempas pantai hati
dipersenda deruan bayu kepedihan
menyemarak api kemarahan
meruap asap kebencian
menyelubungi jerebu ke kamar jiwa
menyesak nafas mencekik sukma
lemas tak bermaya dalam rumah kaca sengsara
tipisnya ozon kesabaran
membuka ruang bahang keraguan menerjah ke kotak minda
meniup bara dendam di atmosfera sanubari
terluluhawa keperibadian murni
hilang kemakmuran diri.
~Goldkey, 14/5/11, 21.58 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat,
sangat,
berbakat,
berpendapat,
koprat,
berdarjat,
berpangkat,
dihormat,
masyarakat,
setempat.
Jahat,
dilaknat,
sahabat,
penat,
menyiasat,
kelibat,
pengkhianat,
merembat,
alat,
pejabat.
Ingat,
terlibat,
dilihat,
berniat,
bersubahat,
mengelat,
diikat,
disekat,
disiasat,
penyiasat.
~Goldkey, 15/6/11, 21.50 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin sampai
namun rasa tak upaya
mungkinkah saya terlajak?
mungkinkah saya terbabas?
terkeluar dari landasan
gagal mencecah garisan penamat
rentangan tali penyudah
jelas kelihatan
namun banyak halangan
terpaksa ditelan
harapnya tiada duri selumbar yang menyeka
satu-satunya lorong yang membawa.
~Goldkey, 15/6/11 23.23 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu Goldkey,
kalau buat thread versi kedua untuk rumah ni bolehkan?
Dah panjang sangat.
Tak larat nak nilai.
![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1864# attokz
terpulang pada admin..selalu saya tengok 100 page..baru buka baru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1865# Goldkey
Dah 125 page dah pun.
![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1866# attokz
ehh naper saya lihat baru 75 page.. |
|
|
|
|
|
|
|
Andai rindu mampu merayu
tak ingin katanya bertamu
aku jadi lelah melihat air mata pilu
aku jadi sebak melihat wajah sendu
aku jadi gelisah melihat senyum tak bermadu.
Andai rindu mampu berlagu
akan didendang lagu kenangan masa lalu
agar terbuai emosi yang membelenggu
lupa sejenak rindu menyesak kalbu
membuai rasa waktu ke waktu.
~Goldkey, 16/6/11, 21.15 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jika mendung yang tiba
disusuli ribut yang menggila
bertabah dan terus berdoa
yakini pelangi akan menyeri
langit akan membiru
kehidupan ini hitam putih warnanya
ada ketika kegelapan menyelimuti
ada ketika terang menyelubungi
warna-warna ini
bak siang dan malam silih berganti
fahami
mengerti
ketentuan jadi saksi
hidup perlu ditempuhi.
~Goldkey, 17/6/11, 14.14 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Pasti
Duhai sukma !
biarkan
biarkan kata menjarum kejam.
Duhai jiwa !
abaikan
abaikan tomahan meracun nista.
Yang dikejami
yang disakiti
pasti dilindungi Ilahi.
~Goldkey, 17/6/11, 17.52 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cintaku
Kerana cintaku kepada-Mu Ya Rabbi
kupanjatkan doa
mohon hatiku tidak terpaling dari beriktikad;
Kaulah tuhan yang satu
Rasulullah itu persuruh-Mu
jalan lurus perlu kulalui berpandu syariat-Mu.
Kerana cintaku kepadamu ayahbonda
kukirimkan doa
moga kamu dirahmati Ilahi
hadir nanti dengan hati bersih suci
tergolong dalam golongan diredai
ditakdirkan ke Firdausi.
Kerana cintaku kepadamu sayang
kuserahkan jiwa tanpa walang
moga kasihku takkan hilang
kekal bersemi sepanjang zaman
mendamaikan hatimu jadi tenang
mengusir duka lara yang bertandang.
Kerana cintaku kepadamu aimran:azahara
kukorbankan masa
melayan apa jua
moga kasih abah membahagia
kamu berdua
meniti ke alam dewasa.
Kerana cintaku pada diri
kumengabdi kepada Ilahi
menumpang kasih kepada isteri
mencurah bakti kepada zuriat sendiri
moga nanti tiada sesalan menghantui
sepanjang usia berbaki.
Kerana cintaku kepada bangsa
kupilih jadi warga bina jiwa
mendidik anak bangsa
jadi warga berguna
berpegang pada agama
untuk negara dan bangsa.
~Goldkey, 17/6/11, 18.45 pm~*** |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingin saya berdiri dalam kabus dingin
dengan detak jantung yang deras berlari
membiarkan dingin meresap ke seluruh nadi jiwa
dan membeku duka jadi parut hiasan mengubat luka
titis kabus yang menyelinap sedalam dalam bertaut mencantumi
cebisan cebisan pilu jadi hamparan peraduan menunggu berlalu gerhana
akan hadirkan detik itu?
~Goldkey, 17/6/11, 19.19 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sebentuk cincin permata hijau
berbingkai suasa
aku gilap rapi
berseri
jadi kenangan abadi.
Aku masih ingat
tersarung anggun dijarimu
manis sekali
kauwarisi demi kasih suci
tanda ingatan seikhlas hati.
~Goldkey, 17/6/11, 21.45 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm...dah page 125, posting 1873.
Cikgu, boleh bagi saranan tak?
Kalau sudi, banyakan membaca puisi-puisi dari penyair mapan sbg cth yang bernada romantis seperti Shamsuddin Othman dan Lim Swee Tin. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1874# attokz
Saya tidak mengetahui sudut admin..berapa page..saya hanya melihat di bahagian atas itu..dan di thread isu semasa rasanya 100 page yang di atas itu baru dibuka thread baru. Jika menyusahkan admin saya serahkan kepada kebijaksanaan admin untuk menguruskannya.
Terima kasih atas cadangan attokz. Saya ada membaca karya sasterawan negara..namun saya tidak mempunyai ilmu setinggi mereka...kosa kata saya terhad. saya juga ada menulis yang bernada romantik (pada perkiraan saya). Jika nukilan saya tidak menepati cita rasa/taraf penulis mapan saya mengaku itu kelemahan saya yang memang cetek ilmu penulisan ini.
Terima kasih. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-6-2011 16:58
Datangnya dengan nada 'hard rock'
didendangnya lagu penuh persoalan
apa cikgu buat?
kenapa cikgu tak bagi latihan?
macam-macam
sepatutnya didendang lagu sentimental
ala-ala lagu slam
mendayu
lihatlah pada kemahuan anak itu
ada buat tugasan?
ada siapkan latihan?
jangan hanya melihat salah orang
sendiri apa sumbangan?
kalau dah sistem sekolah dah tak menepati
ajar sendiri baru puas hati
cikgu nak ajar berpuluh murid
ibubapa takan tak boleh ajar anak seorang
datang sepuluh guru pun
kalau murid tiada kemahuan tak ke mana !
~Goldkey, 18/6/11,14.14pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apa salahnya hitam, apa lebihnya putih?
Aku tidak faham
apa salahnya hitam?
apa lebihnya putih?
bukankah dua-dua itu warna
yang punya kelebihan tersendiri.
Tidak terasa memperkecilkan ciptaan Tuhan
sampai menyebut hitam jadi masalah
macam mana mahu maju
soal remeh temeh
diperbesarkan.
Kalau bangsa kulit hitam
rasanya kulit hitam lebih baik dari kulit putih
ketahanan, kekuatan, daya juang
pendek kata yang kulit hitam akan menang
jadi apa masalah dengan kulit hitam?
Kalau kereta
kuasa kuda sama
warna hitam lebih mahal dari warna putih
jadi apa tak kenanya dengan hitam?
aku pun suka warna hitam.
Putih tak semestinya baik
kulit putih bangsa yang menjajah
kulit putih bangsa yang menindas
bangsa yang tak boleh tengok bangsa lain senang
aku tak bangga dengan bangsa kulit putih!
~Goldkey, 18/6/11, 16.10 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Guru saban hari
menanti untuk memberi
seikhlas hati dari gedung sanubari
demi membangun modal insan pewaris generasi
namun
apa yang dikesali
ramai yang tak hadirkan diri
lesap setelah dihantar ibubapa sendiri
konon sekolah tak ada aktiviti.
Wahai anak didik yang disayangi
sedarlah untuk masa depan kamu nanti
jangan sesekali menipu ibubapa sendiri
solat lima waktu wajib dilengkapi
memilih kawan ke arah kejayaan itu mesti
bukan
leka dan alpa melarikan diri
seronok dengan budaya kuning luar negeri
menjauhkan diri dari ilmu yang sepatutnya diperolehi.
~Goldkey, 18/6/11, 16.25 pm~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Duduk tepi tepi
diam diam
jangan berkokok.
Tengok perhati
ambil iktibar
jadikan pagar.
Kekuatan diri
cari
gali.
reti !
~Goldkey, 18/6/11, 16.46 pm~ |
|
|
|
|
|
|
|
Walau kamu telah tiada
tak pernah kulupa akan jasa
memberikan daku ilmu dalam dada
menempuh hidup penuh pancaroba
kata-kata amanatmu kegenggam membara
tak pernah akak daku melupa
ketabahanmu jadi mercu tanda
buat daku mendaki anak-anak tangga ke puncak jaya
al-fatihah buat bapa
moga ketemu kita di syurga.
~Goldkey, 18/6/11, 17.17 pm~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|