CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: leotazz818

KELAB BORAK MUMMY2 & DADDY2 KUCING... MEEEOOWWW!!

   Close [Copy link]
Post time 26-3-2012 10:46 AM | Show all posts
wahhh meeke sgt hensem la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2012 01:56 PM | Show all posts
mizz...kat ofis kat hate ramai budak srawak...infact my direct boss pun orang sana..but he is fr ...
hatemetoday Post at 25-3-2012 13:33


akak penah makan udang salai tu.. sedap... ratah mcm jajan jek...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 04:05 PM | Show all posts
gmbr akan dihaplod kemudian......
elnor_81 Post at 26/3/2012 08:56


haplod cepattttt....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:23 AM | Show all posts
uols... tumpang tanya:

tak dak ke thread psl akta haiwan denda rm 50, 00 pd sapa2 yg dera haiwan kat sini? cari kat CI pun tak dak... tp dlm buletin utama mlm td ade..

deorg siap tepek gamba mangsa2 kat pignose ari tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 01:10 PM | Show all posts
uols... tumpang tanya:

tak dak ke thread psl akta haiwan denda rm 50, 00 pd sapa2 yg dera haiwan ...
alfrina Post at 29-3-2012 10:23



    ye ke? akak tak tgk berita semlm dik... RM50,000 byk tuu.. lepas ni tak de la mangkuk2 hayun suka suki nak dera haiwan kan...
abis, budak2 peknode tu ape kisah?? diorg kena denda tak RM50,000??
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 01:59 PM | Show all posts
Reply 1905# leotazz818


    ha ah kan...skang senyap jah..tak de berita pun pasal petknode...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 02:32 PM | Show all posts
ye ke? akak tak tgk berita semlm dik... RM50,000 byk tuu.. lepas ni tak de la mangkuk2 hay ...
leotazz818 Post at 30-3-2012 13:10


A'aa.. dah kuatkuasa denda RM50, 000
Tak tau la akak psl budak2 pignose tuh.. tp harap2 lps ni takde dah kes dera binatang... kesian!! deorg pun ada  hati dan perasaan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2012 02:15 PM | Show all posts
salaam..heloo pencinta kucing sekalian..
nak minta tolong bagi tips..
saya baru adopt sekor kitty ni.umur baru sebulan.
mulut dia bising laa.. menjerit mcm terkepit ekor je.
Semalaman saya takble tido sbb dgr dia menangis.
nak kena buat apa ek?
dia makan ok je.ke dia rindu?
sampai bila dia nak menjerit2 camtu ek?
puurrr-lease help...
tima kaseh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2012 09:39 AM | Show all posts
salaam..heloo pencinta kucing sekalian..
nak minta tolong bagi tips..
saya baru adopt sekor kitty  ...
butterkim Post at 1-4-2012 14:16



i used to face this kind of situation..kt shiro (masa kecik)..melalak je keje dia KALAU tak nampak bubuye...... klo dia nmpak bubuye, dia senyap lah...miow2 sepanjang masa..masa tuh proses nk toilet trained dia...so rina asingkan bubuye n shiro utk 1 week...masa tuh dia dh berkenal2an dgn bubuye dh...mmg tensi sgt2....

sbb xblh nk direct kenalkan macam tuh...so memeula bg bau2 etc..so lama 2baru nk sekalikan..last2...tak tahan mulut bising..rina lepaskan bubuye(bubuye rina kurang dlm bilik master...shiro dlm toilet hari ke 2 tuh bg dia kenal2 umah(tp asik melalak je..geram tau)..last2...tak tahan...lepaskan bubuye hari ke 2 tuh....baru aman dunia ku
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2012 02:29 PM | Show all posts
A'aa.. dah kuatkuasa denda RM50, 000
Tak tau la akak psl budak2 pignose tuh.. tp harap2 lps ni  ...
alfrina Post at 30/3/2012 14:32


alaa.... cakap jer kena denda RM50, 000 tu tapi nanti kata tak cukup bukti la, takde itu la, takde ini la.
last2 kes tu terbengkalai jer camtu takde sesapa nak ambil tindakan.
macam kes petknode tu pun, saya bawak surat dari vet tentang kesihatan kucing2 saya tu pun tak terima.
dorang cuma terima kalau kucing2 tu dah mati baru dorang kata boleh ambil tindakan.
waddehelllll????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2012 06:25 PM | Show all posts
alaa.... cakap jer kena denda RM50, 000 tu tapi nanti kata tak cukup bukti la, takde itu la, tak ...
boocik04 Post at 2-4-2012 14:29



    biasa la boocik.. buat akta nak sedapkan hati org jek... mmg mcm tu dr dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2012 09:48 AM | Show all posts
Post Last Edit by boocik04 at 4-4-2012 09:49
biasa la boocik.. buat akta nak sedapkan hati org jek... mmg mcm tu dr dulu..
leotazz818 Post at 2/4/2012 18:25


sebab tu la, kak leo... saya cuma berpuas hati kalau ada enforcement yang ketat.
buat la akta yang denda RM1 juta pun tapi kalau takde enforcement tak yah nak harap la orang yang dera haiwan ni akan diambil tindakan.
last2 orang2 ni lepas camtu jer. paling banyak pun kena denda RM50. setimpal ke dengan tersiksanya haiwan tu?
selama yang saya terlibat dengan kebajikan haiwan ni belum pernah dengar pun orang2 yang mendera haiwan ni kena denda maximum RM200 tu (ni akta yang ada sekarang ni la, bukan yang baru nak gubal tu).
kena penjara pun belum pernah dengar. patutnya penjarakan orang2 ni sebulan paling minimum biar dia rasa macam mana tersiksa haiwan yang dia dera tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 08:06 AM | Show all posts
Reply 1912# boocik04


    hurm..betul jugak kan..apa citer yg kes petknode tuh? yg kes budak yg bunuh anak kucing dpn ibunya tuh etc...senyap je kan..abes2 mintak maaf dpn tv...yg petknode tuh mana tah perginya..awal2 je dulu kecoh2..pastuh senyap..

masalahnya kt mesia ni xmacam kt luar...rina tgk channel 556 siap ada animal cop lagi..klo owner tak bg mkn pun dh kene saman etc....klo kt mesia, derang akan ckp apa tau

"ala, byk lg kes2 besar lain yg kene amik kira, kes samun laa, kes dadah etc..." bg derang hal ni kecik je

mentality manusia kan??? klo kita feed kucing stray, blh pulak dia kata dr bg kucing makan, baik  bg kt org2 susah/ pengemis tepi jln 2tc..haish...benci betul bila jpe org macam nie..rina xlah sempurna sgt, tp xdelah samapi sanggup nk ckp macam tuh..macam tak de akal pula bila ckp mcm tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 09:07 AM | Show all posts
Reply  boocik04
mentality manusia kan??? klo kita feed kucing stray, blh pulak dia kata dr bg kucing makan, baik  bg kt org2 susah/ pengemis tepi jln 2tc..haish...benci betul bila jpe org macam nie..rina xlah sempurna sgt, tp xdelah samapi sanggup nk ckp macam tuh..macam tak de akal pula bila ckp mcm tuh......
anizarina Post at 5/4/2012 08:06


lenkali rina cakap kat dorang, manusia ada akal nak cari makan dan jaga kebajikan diri sendiri.
lagi pun ramai orang yang dah tolong manusia tapi berapa kerat manusia tolong haiwan?
kalau haiwan, dorang mengharapkan kita manusia yang berakal ni nak jaga kebajikan dorang.
pastu cakap kat orang tu, orang yang berakal jer sanggup nak jaga kebajikan haiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2012 11:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2012 02:18 PM | Show all posts
Reply  boocik04


    hurm..betul jugak kan..apa citer yg kes petknode tuh? yg kes budak yg bunu ...
anizarina Post at 5-4-2012 08:06



    rina... kalau diorg dah senang hati sbb dah lepas dr hukuman kat dunia ni.. jgn ingat hukuman akhirat terlepas... ingatt.. disana lebih azab menanti hukuman dr Tuhan. tak apalah... kita serahkan kpd kuasa Allah utk membalasnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2012 08:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 08:19 PM | Show all posts
Reply 1915# haniz98


terharunya baca
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 02:08 PM | Show all posts
lagi terharu..sebak saya membacanya... Syabas pada wanita yang memberi makanan kucing kucing terbiar ini.. Moga Allah mencurahkan rezeki dan pahala di atas amalannya..

Menjaga kebajikan kucing terbiar artikel Harian Metro 9 April 2012.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... ma&pg=ru_01.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2012 02:14 PM | Show all posts
Menjaga kebajikan kucing terbiar


BUNYI goncangan bekas yang berisi biskut itu cukup membuatkan beberapa ekor kucing jalanan berlari-lari lalu menghampiri wanita yang memegang bekas makanan tersebut.

Seolah-olah telah lama mengenalinya, kucing-kucing tersebut menggesel-geselkan bandan mereka dengan manja pada kaki wanita tersebut.

Sambil mengusap-usap tubuh haiwan-haiwan comel itu dengan penuh kasih sayang, wanita itu menaburkan biskut tersebut dengan cermat di atas lantai. Taburan biskut itu sekali gus menghentikan ngiauan kucing-kucing yang sememangnya kelaparan.

Rutin itu diulangi di setiap lorong di sebuah kawasan awam di Hulu Klang, Selangor yang menjadi 'kediaman tetap' puluhan ekor kucing jalanan.

Sejak setahun yang lalu, Shahriza Idrus, 32, sudah terbiasa dengan rutin itu. Dalam tempoh itu juga, sebanyak 14 ekor kucing jalanan telah dibawa pulang ke rumahnya.

Menurut Shahriza, penglibatannya dalam memberi makan kepada kucing-kucing jalanan itu bermula secara tidak sengaja.

Cerita Shahriza, segala-galanya bermula kerana fikirannya terganggu lantas dia memandu seorang diri di kawasan tersebut.

Ketika itu dia terlihat beberapa ekor kucing terbiar dalam keadaan sangat menyedihkan. Hasil pemerhatian Shahriza, kucing-kucing itu kelihatan kurus, tidak bermaya dan kelaparan.

Tanpa berlengah, dia terus membeli makanan kucing dan memberi mereka makan. "Apa yang saya lakukan ini sedikit sebanyak memberi ketenangan kepada saya, sekali gus dapat membantu kucing-kucing yang kebuluran ini," jelas Shahriza yang bekerja sebagai pengurus acara di sebuah syarikat tempatan.


SHAHRIZA tidak pernah gagal memberi makan kepada kucing-kucing jalanan ini setiap malam.

Lebih menyentuh hati apabila Shahriza memanggil kucing-kucing itu dengan nama-nama tertentu, sekali gus menunjukkan betapa beliau begitu mengenali setiap kucing di kawasan tersebut.

"Setiap malam saya tidak pernah gagal memberi mereka makan dan kebiasaannya saya akan berada di kawasan ini sekitar pukul 12 malam ke atas.

"Kalau saya tidak memberi mereka makan walaupun sehari, saya rasa tidak tenang," katanya.

Menjelang hari raya, Shahriza akan pulang ke kampung sehari sahaja dan pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya. Semua itu dilakukan bagi memastikan kesemua kucing jalanan itu tidak kebuluran kerana sebahagian besar kedai ditutup ketika itu.



Buang kucing

Berbekalkan pengalamannya dalam beberapa misi menyelamatkan kucing bersama Stray Cats Rescue And Treatment Community Help (SCRATCH) ataupun Kucing Terbiar Dan Anjing Jalanan (KTAJ), Shahriza merupakan antara ribuan masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap haiwan.

Setiap bulan, dia memperuntukkan antara RM150 sehingga RM200 bagi menyediakan makanan untuk kucing-kucing jalanan. Jumlah itu itu tidak termasuk kos perubatan kucing yang tercedera, sakit dan sebagainya.

"Saya tidak melihat hal ini sebagai beban kerana saya seronok menjalankan kerja-kerja sebegini. Namun, segelintir individu cuba mengambil kesempatan di atas keikhlasan kami.

"Pernah beberapa kali saya melihat orang awam membuang kucing di kawasan ini kerana mereka tahu ada orang yang menjaga kebajikan kucing-kucing ini.

"Saya terkilan dengan sikap manusia sebegini kerana melepaskan tanggungjawab selaku tuan kepada haiwan itu kepada masyarakat. Kucing bukan haiwan untuk disayangi kemudiannya dibuang, jika tidak mahu bela lagi, sila cari alternatif lain yang lebih menjamin keselamatan kucing tersebut," luah Shahriza dengan nada kesal.

Seorang lagi penyelamat kucing jalanan, Bazilah Bahrin, 25, atau mesra disapa Bella pula menceritakan, beliau sudah beberapa kali membawa pulang kucing jalanan yang berada dalam keadaan menyedihkan ke rumahnya dan dipelihara sehingga kini.


ANAK-ANAK kucing jalanan berdepan dengan risiko kematian kerana persekitaran yang tidak selamat.

Kawal populasi
[img]
[/img]
"Di sini (Kuala Lumpur), saya mempunyai tiga ekor kucing dan kesemuanya merupakan kucing jalanan. Di kampung pula, saya memiliki hampir 30 ekor kucing. Saya memang sudah bergelumang dengan kucing sejak kecil.

"Saya tidak memberi makan kepada kucing jalanan dengan kerap, tetapi saya sentiasa membawa biskut kucing di dalam beg. Jika terjumpa kucing jalanan, saya akan beri mereka makan," ujarnya yang amat sensitif apabila berbicara soal kekejaman manusia terhadap haiwan.

Meskipun tidak pernah lelah melunaskan tanggungjawab mereka terhadap haiwan malang itu, kedua-dua wanita muda itu menyuarakan sokongan mereka terhadap alternatif mengembiri kucing-kucing jalanan bagi mengawal populasi haiwan tersebut.

Ujar Shahriza, kucing-kucing yang sudah cukup usianya wajar dikembiri. Ia dapat membantu meringankan beban masyarakat merawat kucing-kucing jalanan yang berdepan risiko pelbagai penyakit berbahaya termasuklah kezaliman manusia.

"SCRATCH adakalanya menjalankan program Catch Neuter Release Manage (CNRM) iaitu mengembiri sekumpulan kucing jalanan menggunakan dana kami dan kemudiannya dilepaskan semula ke tempat asal mereka.

"Kucing-kucing jalanan yang telah dikembiri dapat dikesan menerusi telinganya yang telah ditanda dengan lubang kecil bagi memudahkan persatuan kami mengenal pasti kucing yang belum dikasi," jelas Shahriza yang turut mengeluarkan belanja sendiri bagi mengembiri kucing-kucing jalanan yang berada dalam jagaannya.

Bella pula yang pada awalnya tidak menyokong tindakan itu bagaimanapun kini sependapat dengan kebanyakan penyelamat kucing jalanan. Beliau mendapati alternatif itu mendatangkan banyak kesan positif kepada pelbagai pihak.

"Daripada mereka hidup melarat, lebih baik kita kembirikan dengan harapan pembiakan mereka dapat dikurangkan.

"Kurangnya populasi kucing jalanan ini dapat membantu mengatasi masalah pembuangan kucing, kekotoran di kedai-kedai makan akibat sisa-sisa makanan yang dibuang dan penyakit berjangkit dalam kalangan mereka," ujar Bella yang tidak menyokong penghapusan kucing menerusi kaedah put to sleep (PTS) atau mereka dimatikan dengan sejenis ubat yang disuntik pada badan.

Kos kembiri\


PENYELAMAT kucing jalanan juga mengeluarkan belanja mereka sendiri bagi merawat kucing yang mengalami kecederaan.

Bella juga berpendapat, adalah tidak adil kepada kucing-kucing jalanan perlu mematikan dengan kaedah tersebut. Bahkan, beliau berpandangan adalah lebih baik jika pihak-pihak tertentu mengeluarkan sedikit kos bagi mengembiri kucing-kucing tersebut dan melepaskan mereka di tempat asal.

"Saya sentiasa menggambarkan PTS umpama satu hukuman mati atas kesalahan yang mereka tidak lakukan," cerita Bella penuh emosi.

Sebagai pencinta haiwan dan masyarakat prihatin, kedua-dua wanita itu melihat Malaysia sebagai negara yang masih lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang berkaitan kucing dan anjing jalanan.

Secara kasar, usaha majlis-majlis perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam menangani masalah ini masih belum utuh. Beban menyelamatkan kucing dan anjing jalanan ibarat diserahkan bulat-bulat kepada masyarakat dan badan-badan sukarelawan.

Sudah tiba masanya kerajaan memandang serius permasalahan ini yang dilihat remeh, namun hakikatnya ia dapat membantu menyelesaikan banyak masalah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.101818 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list