|
Azraai Khor sanjung anak buah
Oleh Bashah Zainol Abidin
[email protected]
KESABARAN dan kesungguhan dipamerkan barisan muda Kedah ketika mengatasi Kuala Muda Naza 2-1, kelmarin mendapat pujian daripada ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah.
Pengendali itu berkata dia sudah menjangkakan taktik kasar dan corak fizikal pihak lawan kelmarin dan sudah memberi amaran awal mengenai kemungkinan itu kepada setiap anak didiknya.
“Alhamdulillah ketika memastikan tiga mata penuh dengan mengatasi KM Naza barisan pemain juga memperlihatkan kematangan dan kesungguhan ketika berdepan lawan dibarisi ramai pemain berpengalaman.
“Matlamat kami untuk mencuri tiga mata menjadi kenyataan tetapi beberapa pemain utama seperti Shahrulnizam Mustapa, Khyril Muhymeen Zambri dan Mohd Farizal Rozali mengalami kecederaan.
“Saya yakin Shahrulnizam dan Khyril mampu mengatasi kecederaan mereka sebelum bertemu UPB My Team di Stadium Darulaman pada perlawanan pertama, pusingan kedua Piala FA sementara Farizal mungkin terpaksa direhatkan pada perlawanan tersebut,” kata Azraai.
Katanya, barisan pemain muda yang beraksi dengan permainan pantas tidak mampu ditangani pemain lawan dan ini yang menyebabkan mereka mengamalkan permainan bercorak fizikal.
Katanya, ketiadaan Fazliata Taib menjadikan bahagian pertahanan sedikit goyah tetapi pemain pertahanan muda yang mampu beraksi kembali ketika bertemu MyTeam, Sabtu ini akan memantapkan bahagian ini untuk mereka mencari kemenangan selesa sebelum bertandang ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBBJ) Selasa depan.
selasa depan mai MBPJ lagi..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lepaih nih jumpa lagi tim KJ......... mesti depa lagi bersemangat sebab dpt tumpaskan giant kat tempat lawan.........![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Seri jek?
Malang tak sudah buat Kedah
KEDAH semakin dihimpit malang.
Ketika masalah penyudah belum selesai, skuad bimbingan Mohd. Azraai Khor Abdullah itu dilanda pula dengan masalah kecederaan, lapor ZAINAL AZHAR MOHAMED.
Beberapa pemain utamanya berada dalam senarai pemain cedera dan ia terus menyukarkan misi mereka untuk kembali menampilkan rentak sebenar.
Untuk memburukkan lagi keadaan, mereka diikat seri 1-1 oleh UPB-MyTeam pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA di Stadium Darulaman, Alor Setar malam kelmarin.
Menurut Azraai, walaupun dihimpit dengan masalah kecederaan pada saat-saat akhir sebelum perlawanan bermula, namun beliau tetap menerima cabaran itu.
Katanya, masalah kecederaan menimpa empat pemain utama iaitu Mohd. Fadly Baharum (kejang otot), Farizal Rozali, Mohamad Hisyam Mohd. Shofi dan Mohd. Faizal Abu Bakar.
"Dalam keadaan terdesak sebelum perlawanan saya terpaksa memberi peluang kepada dua pemain bawah 20 tahun yang tidak pernah diturunkan untuk menggantikan Hisham dan Faizal.
"Dengan keadaan yang sukar, Kedah dihukum oleh kelekaan sendiri apabila pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan," katanya.
Begitupun Azraai berkata, beliau yakin pasukannya mempunyai peluang untuk melangkah ke pusingan kedua kerana masih ada 90 minit lagi untuk menebus kekecewaan itu.
Jelasnya, pemain masih mempunyai kemampuan dan mereka akan diberitahu mengenai kesilapan dan kelemahan yang perlu diatasi.
Tambahnya, beliau akan melakukan rombakan pada kesebelasan pasukan Hijau Kuning untuk mencari keserasian pada setiap posisi.
Dalam pada itu menurut Azraai, beliau juga akan menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung mutu pengadilan yang dilihat semakin teruk seperti berlaku pada perlawanan antara Kedah dengan UPB-MyTeam kelmarin.
Perlawanan kelmarin bukan saja mendapat cemuhan daripada penyokong dan barisan jurulatih Kedah, malah turut menimbulkan rasa tidak puas hati pengendali UPB-MyTeam, Bojan Hodak.
source: kosmo online
**kebelakangan ni asyik dengar org komplen pasal mutu pengadilan jek.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ekekeke............. striker kedah memang hampeh......
la nih yg banyak skor banyak pemain mid........
pasnih boleh la try main 6 mid plak........... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1946 tulip.purple\ catat
streka import lagi la hampeh......... dah baper banyak dah skor sampai tak terkira....... ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nak out ja kedah tahun nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah terpaksa ketepi Fadly, Hisham, Faizal
Oleh Bashah Zainol Abidin
[email protected]
![](http://www.bharian.com.my/Tuesday/Sukan/20090224052921/mainpix1.jpg)
FADLY (kanan) tidak dapat diturunkan menentang UPB-MyTeam dalam perlawanan kedua pusingan kedua Piala FA, di Stadium MBPJ, malam ini kerana masih dibayangi kecederaan.
JUARA bertahan Piala FA, Kedah terpaksa mengetepikan Fadly Baharom, Hisham Sofi dan Faizal Abu Bakar bagi perlawanan kedua pusingan kedua menentang UPB-MyTeam di Stadium MBPJ, malam ini.
Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, khidmat ketiga-tiga pemain itu terpaksa diketepikan kerana masih dibayangi kecederaan.
“Kecederaan mereka agak serius dan memerlukan waktu rehat lebih panjang daripada saya jangkakan," kata Azraai.
Namun, tanpa mereka, Azraai tetap mengharapkan pasukannya untuk bangkit selepas sekadar seri 1-1 dalam pertemuan pertama di Stadium Darulaman, Sabtu lalu.
“Pemain saya sedar cabaran yang bakal dihadapi mereka pada perlawanan esok (malam ini) dan mereka sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk berdepan cabaran MyTeam.
"Bagi saya peluang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya adalah sama banyak dan hanya kesungguhan dan kemampuan pemain saya akan memastikan kami berjaya esok (malam ini),” katanya.
Menurut Azraai, anak buahnya berjaya menguasai perlawanan pertama Sabtu lalu tetapi hanya kegagalan barisan penyerangnya mengecewakan mereka dan yakin penggempurnya sudah mengatasi kelemahan itu.
“Saya yakin dengan kemampuan pemain saya dan mereka juga mengetahui apa yang perlu dilakukan kerana sebelum ini kami sudah melalui keadaan begini berpuluh kali dan mereka sudah membuktikan kesungguhan mereka itu.
“Kalau MyTeam mampu menjaringkan gol di Stadium Darulaman, kami juga boleh melakukan yang sama di Stadium MBPJ esok (malam ini),” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1948 jofizo's post
hehe..
seperti yg kukata pd laki aku..
1st round dpt Bye
2nd round mgkn dpt Bye Bye Bye kah?
opsss terlebih suda ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bye bye FA CUP... aku sngat sedih... mcm nak tereyak woooooooooooo........... |
|
|
|
|
|
|
|
out ke bang..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mcm nih nak main AFC Cup........? selain diayam2kan, dpt teloq ayam ja nanti......... |
|
|
|
|
|
|
|
FA cup? Ahaha bye bye bye (sebut dgn nada lagu nsync). |
|
|
|
|
|
|
|
SPRM tolong siasat refferee nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1958 lordvoldemort's post
tu la..gol tp tak dikira :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1958 lordvoldemort's post
kan??
la ni salu sgt komplen pasal pengadil..
**takpe lah..
bg can kat player recover dr sgl jenis injuries
esp ms lwn KM Naza aritu :@ |
|
|
|
|
|
|
| |
|