CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2098|Reply: 3

Jeruk Salak Imbau Memori Bangku Sekolah

[Copy link]
Post time 18-5-2016 05:13 PM | Show all posts |Read mode
oleh Adib Za



Sumber foto: Carian google





Teringat lagi waktu sekolah dulu, setiap kali habis kelas, penulis suka singgah kedai dan beli jeruk.




Antara yang menjadi pilihan pastinya jeruk buah salak. Memang sangat enak dan tak pernah lupa rasanya yang rangup dan masam manis.




Kini, ia boleh disediakan sendiri, lebih sihat dan juga kebersihan juga terjamin. Jom cuba!




Bahan-bahan:


1. Buah salak


2. Gula melaka


3. Gula/ garam


4. Sedikit cuka


5. Air


6. Lada kering/ cili boh/ serbuk cili




Cara-caranya:


1. Didihkan air.


2. Kopek kulit buah salak, bersihkan dan buka setiap ulas..masukkan ke dalam air yang telah mendidih tadi, masukkan sedikit garam, kacau, biarkan dalam 3 minit.


3. Toskan buah. Sementara menunggu air gula sejuk..masukkan buah ke dalam peti sejuk.


4. Masak gula melaka, garam, gula, kalau nak gantikan dengan gula batu pun boleh. Jangan lupa cuka sikit. Kalau suka pedas boleh masukkan lada. Didihkan. Biarkan sejuk.


5. Bila air gula dah sejuk masukkan buah salak tadi. Simpan dalam peti ais. - CARI Infonet




Symber: Zakirawang Wordpress
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2016 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ni ke yg dipanggil jeruk kelubi
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 02:25 PM | Show all posts
tak boleh makan... semput ... huhu ... pernah rasa sikit .. sedap juga ler
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2016 03:30 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 18-5-2016 08:47 PM
ni ke yg dipanggil jeruk kelubi

Eh bukan. Buah kelubi lain. Btw aku suka sgt makan jeruk kelubi masa sekolah2 dulu. Walaupun masam tapi...sedap sgt aku rasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.049387 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list