CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2353|Reply: 5

5 Hal Yang Suami Perlu Faham Tentang Isteri Selepas Bersalin

[Copy link]
Post time 18-7-2016 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ



Gambar sekadar hiasan.



Jika dilihat dari raut wajah dan senyuman seorang isteri selepas bersalin, tidak ramai suami yang benar-benar memahami apakah perasaan yang dialami oleh seorang isteri.


Selain mengalami perubahan fizikal yang agak ketara, psikologi dan perasaan seorang isteri juga turut mengalami perubahan. Si isteri pasti inginkan lebih ruang dan perhatian dari seorang suami setelah mempunyai anak. Ini adalah antara yang diperlukan oleh seorang isteri selepas melahirkan anak.




#1 Perlu rehat
Bila ibu baru melahirkan anak akan sering marah-marah, itu kerana mereka penat. Mereka ingin berehat, atau sekadar santai menonton televisyen.


#2 Tidak ingin ditanya
Mengurus bayi amat memenatkan. Mereka tidak ingin mendengar soalan suami, “Adakah kamu perlu bantuan?” Percayalah mereka sangat memerlukan!.


#3 Makin cinta
Isteri menyukai status baru suaminya sebagai seorang ayah. Mereka makin cinta terhadap suami memegang anak, mengajak bermain, berbicara, dan mendoakan.


#4 Tiada baju yang muat
Mereka kecewa melihat keadaan tubuh yang membesar dan tiada sehelai pakaian pun yang boleh dipakai. Biasanya mereka boleh bergaya feminin, tapi satu pun kini tak muat.


#5 Perlukan perlindungan
Semua wanita selalu inginkan perlindungan. Mempunyai bayi membuat hidup penuh drama. Mereka ingin ada yang melindungi.


Semoga perkongsian yang sangat bermanfaat ini dapat membantu para suami untuk lebih memahami apa yang diperlukan oleh seorang isteri selepas mereka bersalin. Jadi, pandai-pandai lah buat apa yang patut. - CARI








Sumber: Familyshare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 07:54 AM | Show all posts
memang perlu berehat.. kalau boleh rasa nak schedulekan visitors timing aje.. tapi kang org kata x beradab la pulak kita set kan masa melawatkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 01:26 PM | Show all posts
Tahukah anda!

Sesetengah lelaki juga mengalami perubahan hormon ketika isteri bersalin/mengandung. Ini dikenali sebagai PPD (Paternal PostPartum/Natal Depression), dan dikategorikan sebagai depression. Sesetengah lelaki juga boleh kena meroyan. Tiada kaitan dengan agama, kerana ini adalah penyakit depression/kemurungan, iaitu penyakit mental.

Jadi jika suami anda berkelakuan ganjil ketika anda mengandung atau ketika lepas bersalin, ada baiknya periksa dengan doktor. Ini adalah penyakit, yang memang ada penyelidikan dibuat terhadap penyakit ini. Boleh google untuk maklumat ini. Atau bertanyakan doktor terapi. Doktor terapi Muslim juga tahu mengenai ini.

Sekadar informasi yang dikongsi, untuk kalangan rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang masih kekurangan pengetahuan mengenai penyakit depression/kemurungan, seperti kurangnya ilmu terhadap vaksin
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:29 PM | Show all posts
yang penting bila pantang  jgn selfish bila awak tu xrasa sakit tp tu x bermakna awak ok
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2016 02:59 PM | Show all posts
time awal2 pantang paling menduga... x cukup tido... sakit sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2016 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
1st time bpntng mmng stress gler..ai smpai nngis2 sbb stress..dpt plak in law yg suma mak ai wat xkne..lg stress ai rse..now tgh planning for the 2nd bby..tp ble ingtkn blik detik bpntang dlu,trus ai stress
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.158423 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list