Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona serba baharu ini adalah generasi ke-2 Persona. Proton Persona serba baharu ini dikuasakan dengan enjin VVT 1.6L dan merupakan kereta Proton pertama yang disokong oleh indikator penanda pemanduan ECO yang menyala apabila pemanduan mencapai 5.6L/100km.
Proton Persona yang baru saja dilancarkan siang tadi tampil dengan reka bentuk berintegrasi dinamik dan anggun sekali gus menjanjikan pemanduan yang menyeronokkan serta mengutamakan ciri-ciri keselamatan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed, dengan diiringi CEO Proton Datuk Fuaad Kenali di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Ianya ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard (MT dan AT), Executive dan Premium (dengan atau tanpa bodykit).
Senarai harga untuk setiap varian adalah seperti berikut :
Persona baharu ini mungkin kelihatan kecil, tetapi but belakang sedan ini mencatatkan kapasiti 510 liter, berbanding generasi sebelum ini yang hanya mempunyai but berkapasiti 470 liter.
Tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan nisbah 60:40 bagi memberikan ruang yang lebih untuk mengangkat barang.
Untuk sistem keselamatan, kesemua varian Persona dilengkapi dengan sistem kawalan kestabilan kenderaan (VSC), Bantuan Mula Mendaki (HHA) dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.
Varian Standard dan Executive dilengkapi dengan dua beg udara manakala varian Premium menerima enam beg udara.
Dengan kesemua ciri ini, kesemua varian Proton Persona 2016 menerima penarafan Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP) lima bintang.- CARI
Post time 23-8-2016 07:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Akak dah gi showroom tadi, & surprisingly boot persona ni besar gila dekkk.. Kalo nak buat projek seludup lembu time aidiladha ni, memang boleh sangat
Kabin pun luas. Rear passenger seat pun selesa, tak macam Bezza yang tegak & kejung.
Sekian laporan akak, sebagai mewakili almarhum Peyno
lu lah bodoh bangang bahlul nak mampus... rim tu dah 15 inch... tapi oleh kerana bodinya agak gemuk... tu sbb nampak kecil... sbb apa tak bagi rim dan tayar besar? sbb nak jimatkan petrol dan murah maintenance..... lepas ni org yg nak beli tak puas hati boleh saja aupgrade ke 17 inchi pun... tapi jangan bising pasal minyak makan kuat. lu bahlul nak mampus. lu layak pakai keter sorong je
Semalam aku dah pegi showroom. tak test drive lg. tp dah raba2 interior dlm. bagi aku persona ni polish version of iriz. yang aku tak puas hati : legroom blkg tak luas sgt compare dengan persona lama. pastu, glove box depan masih sluggish (senget, tak rapat). dari segi body proportion ok jah bila tengok live. takde pulak nampak tayar kecik tercongek. weekend ni nak test drive. baca review enjin dengan cabin senyap sikit dari iriz. harap2 ok lah senah.