Pernah menyuarakan tidak mahu lagi menggunakan mekap yang tebal pada wajahnya, Alicia Keys telah membuktikan apabila tampil dengan wajah polos dalam majlis MTV Video Music Awards 2016 semalam.
Tanpa sebarang mekap, seperti eyeliner, eyeshadow, lipstik mahupun bedak asas. Namun, menerusi gambar yang beredar, didapati Alicia hanya mengenakan pelembap wajah sahaja. Memang berani kan?
Ini memang berbeza betul dengan selebriti lain seperti Beyonce, Rihanna dan juga Britney Spears yang turut membuat persembahan pada malam itu.
Alicia turut berada di atas pentas untuk menyampaikan anugerah Best Male Video yang jatuh kepada DJ Calvin Harris.
Penyanyi berusia 35 tahun itu sebelum ini pertama kali tampil tanpa mekap di acara BET Awards, pada Jun lalu.
Keberanian Alicia seharusnya menjadi inspirasi kepada wanita lain di luar sana. Apa pendapat anda? - CARI
Skrg ni lelaki pun over tempek make up tebal2 .... Alicia pula terbalik .... pd aku kalau muncul di Award show elok pakai make up ... nampak la berseri sikit ...
Alicia natural beauty ... tak pakai make up pun masih cantik ... skrg dia jd judge The Voice ... dgn Miley Cyrus ...
ok apa... balik dr majlis, kalo penat sgt bole jah terus tido dgn wajah au naturel sebegitu. ko dah di alam mimpi, masa kawan2 retis yg lain masih membilas mekap kat muka