oleh Adib ZA
Hujung tahun ini pastinya ramai yang telah merancang untuk melancong ke dalam mahupun luar negara, bukan?
Namun, jangan dilupa aspek paling penting iaitu beg bagasi. Adakah anda sudah memiliki beg bagasi yang ideal, luas dan juga bergaya?
Jika masih mencari-cari beg bagasi dengan harga runtuh, inilah masanya! Parkson Maju Junction Mall bakal mengadakan jualan besar-besaran beg bagasi dengan harga yang sukar dipercayai, menerusi pelbagai deal seperti RM99, RM139, RM179 dan juga RM199! Mana nak dapat beg bagasi serendah harga macam ni!
"Shop Till You Drop Travel Gears Fair" ataupun Beli-belah sehingga pengsan! Itulah tema yang dibawakan dalam pesta jualan beg bagasi kali ini.
Terlalu banyak diskaun ditawarkan bukan setakat 50% atau 60% sahaja, sebaliknya sehingga 70% diskaun!
Lokasi: Parkson Maju Junction Mall, G Floor Event Hall
Tarikh: 20 September - 3 Oktober 2016
Masa: 10 pagi - 10 malam
Berikut merupakan 5 alasan mengapa anda tidak harus melepaskan jualan murah beg bagasi Parkson kali ini:
1. RM1 Sahaja!
Jangan tak percaya dengan hanya RM1 anda boleh memiliki beg bagasi yang berukuran 20 inci. Siapa nak bagi kan! Rebut segera! Promosi ini akan berlangsung hanya pada 23 September, bermula jam 6 petang sehinggalah penghabisan stok!
Harus diingat, ia adalah berdasarkan terma dan syarat tertentu seperti: terhad kepada 100 unit sahaja, 1 beg bagasi untuk satu pembeli, promosi untuk pengunjung berusia 18 tahun ke atas, bukti pembelian RM20 di mana-mana stor dalam Maju Junction Mall pada 23 September untuk melayakkan diri dengan promosi RM1, dan sebagainya!
Beginilah rekaan beg bagasi untuk promosi RM1, menarik kan!
2. RM20 Voucher Tunai! Untuk 100 pengunjung terawal!
Istimewa kepada pengunjung yang membeli beg bagasi dengan harga RM1, anda layak menerima RM20 voucher tunai! Memang menarik, sudahlah dapat diskaun dengan harga runtuh, dapat pula voucher tunai! Hanya untuk 100 pengunjung sahaja!
3. Penambahan diskaun 15% dari jam 6-10 malam, pada 23 September!
Nak lagi harga diskaun? Memang boleh, hanya pada 23 September semua item akan dijual dengan tambahan diskaun 15%! Ini bermaksud jika anda membeli item yang diberi diskaun 70%, pada masa HAPPY HOUR ini terdapat penambahan diskaun sebanyak 15% (70 %+ 15 %)!! Jangan lupa ia hanya untuk pembelian dari jam 6 petang hingga 10 malam pada tarikh disebutkan.
4. Lucky draw untuk pembelian RM400
Tambah-tambah menarik, yang ini memang tak boleh dilepaskan. Hanya pada 23 September, bermula 6 petang hingga 9 malam pengunjung layak untuk memasuki lucky draw dengan setiap pembelian RM400 dalam satu resit di pesta jualan ini.
Hadiah yang ditawarkan memang sangat menggiurkan seperti beg bagasi Lojel Lumo (saiz S, M & L) yang bernilai RM3,360 dan iPhone 6s bernilai RM2,699 serta banyak lagi!
1st Prize - beg bagasi Lojel Lumo (saiz S, M & L) yang bernilai RM3,360
2nd Prize - iPhone 6s bernilai RM2,699
3rd Prize - Kicker's Leather Wallet dan Belt Set bernilai Rm280
5. Rebat tunai RM50 untuk Parkson member!
Tak habis lagi, memang 'ekstra' beruntung jika anda merupakan Parkson Member, anda layak mendapat rebat tunai sebanyak RM50 melalui bukti pembelian yang bernilai RM400 dalam satu resit di pesta jualan ini. Hebat, kan! *Ia sah untuk sepanjang jualan ini berlangsung (20 September - 3 Oktober 2016).
Apa yang anda menunggu lagi, jenama seperti LOJEL, EMINENT, ECHOLAC, HUSH PUPPIES, SLAZENGER, TRAVEL TIME dan TRAVELBOX semuanya dijual dalam harga yang RENDAH! Jangan lupa ajak rakan dan ahli keluarga anda sekali ke sini! - CARI |