Beberapa hari lalu, Brian Austin Green, suami kepada bintang filem Hollywood, Megan Fox, dengan bangganya memuat naik gambar ketiga-tiga anaknya di laman sosial Instagram untuk tatapan umum. Lihatlah, mereka sangat comel!
Sumber foto: Yahoo News
Malah, Brian turut menyatakan Megan memberikannya anak-anak yang sunguh comel!
Brian mula memuat naik foto dengan gambar anak keduanya, Bodhi. Manakala gambar kedua memaparkan Bodhi dan abang sulungnya, Noah dengan kapsyen "Saya rindukan zaman muda".
Gambar terakhir memperkenalkan anak bongsu mereka, Journey, dengan kapsyen "Isteri bagi saya anak-anak yang comel".
Sumber foto: IG Brian Austin Green
Sebelum itu, Megan dan suami, berkongsi foto anak bongsu mereka yang lahir Ogos lalu menerusi laman sosial Instagram Megan beberapa minggu lalu. Perkongsian gambar itu membuktikan yang pasangan itu tidak jadi bercerai dan bahagia bersama.
Sumber foto: IG Megan Fox
Memang tak boleh nak salahkan Brian kerana gembira dan bangga dengan anak rupa anak-anak mereka. Mereka memang comel! Ada yang tak setuju ke? - CARI |