|
Bagi peminat makanan Jepun, antara yang sentiasa menarik perhatian semestinya tempura bukan? Terutamanya tempura udang, iaitu isi udang yang disalutkan dengan tepung dan digoreng garing.
Namun, ada tekniknya agar salutan itu menjadi sempurna dan nampak begitu enak! Hanya dengan sedikit bahan, anda kini boleh menikmati tempura udang sepuasnya di rumah! Jom cuba!
Foto: Carian google
Bahan-bahan
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk dan ketulan ais
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
serbuk lada sulah
sedikit tepung katakuriko atau tepung gandum
beberapa ekor udang segar
sayuran seperti labu, asparagus, keledek, terung, bendi
Cara-caranya:
1. Udang dikupas kulit. Potong bahagian bawah udang dan tarik urat hitam menggunakan pencungkil gigi. Lapkan dengan kitchen towel.
2. Taburkan garam, serbuk lada sulah dan tepung katakuriko. Gaul. Ketepikan. Untuk sayuran, potong ikut suka.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur. Masukkan air sejuk (pastikan betul-betul sejuk untuk menghasilkan tempura yang rangup dan tak meresap minyak!)
4. Masukkan ais kiub seketul dua skali. Letak garam sedikit. Masukkan setengah cawan tepung gandum. Kacau menggunakan garfu atau chopstick.
5. Tuang baki tepung dan jangan terlebih adun. Biarkan nampak berketul-ketul.
6. Panaskan minyak. Celupkan udang dan sayuran ke dalam tepung dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
7. Hidangkan dengan nasi. - CARI
Kredit resipi: hanamemories |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|