View: 2589|Reply: 14
|
Jet Pejuang Thailand Terhempas Ketika Pertunjukan, Juruterbang Terkorban
[Copy link]
|
|
Sebuah jet pejuang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) 'JAS39 C Gripen' terhempas ketika pertunjukan udara untuk kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-Kanak.berhampiran Lapangan Terbang Hatyai pagi tadi.
Menurut RTAF, insiden yang berlaku pada pukul 9.27 pagi waktu tempatan (10.27 waktu Malaysia) telah mengorbankan Ketua Skuadron, Dilokrit Pattavee yang hanya berusia 35 tahun.
Memetik laporan Bangkok Post, rakaman kemalangan menunjukkan orang ramai menjerit kerana terkejut melihat pesawat terbabit menjunam lalu terhempas berhampiran landasan kapal terbang, hingga mengeluarkan api dan kepulan asap tebal.
Sementara itu, Ketua RTAF, ACM Jom Rungsawang dalam kenyataannya menyatakan kesedihan terhadap kejadian berkenaan dan mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan kadar segera.
Lapangan terbang itu kemudian ditutup dan semua penerbangan ke situ diarahkan ke Lapangan Terbang Krabi bagi membolehkan petugas keselamatan mengalihkan bangkai pesawat dan memulakan siasatan.
RTAF mempunyai 16 pesawat tempur pelbagai peranan Gripen buatan Sweden dan kebanyakan pesawat satu enjin itu ditempatkan di Pangkalan Udara Surat Thani, selatan Thailand.- CARI
sumber foto: Grafik CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
ada banyak video, google jer...
|
|
|
|
|
|
|
|
Rip. Muda lg. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahaii
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar jet merah, putih biru tu F-16 bukan Gripen... |
|
|
|
|
|
|
|
Rip. Masih nak diteruskan ke pertunjukan tu |
|
|
|
|
|
|
|
kekadang skill tak cukup. persembahan di handle oleh orang tak berapa mahir.
kekadang hardware problem. dan dan tu engine problem.
aku takut pilot pengsan dalam kapal terbang tu. kapal terbang ada graviti apa ntah kalau naik sekian sekian pilot boleh pengsan.
G graviti ke nama dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sah pesawat jas 39 gripen
Pesawat pejuang paling canggih terkini dalam inventori tentera udara thai |
|
|
|
|
|
|
|
X sempat eject kah |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaaa sedihnya sian huhu |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kat video tu macam mishandling jer, roll and remained inverted, pull thru to the ground, few second dah impact.. so ejecting memang tak terfikir dalam kepala dia la. pilots eject bila tau ada emergency atau imminent control problem.
Gripen ni dah few cases pilots tak boleh control bila flight control dia uncommanded, trying to counter pilots input .. when the pilots and the computer berlawan untuk correct each other action.. ni kelemahan gripen. nasib baik malaysia tak beli..
|
|
|
|
|
|
|
|
sian
|
|
|
|
|
|
|
|
CARI-LTS replied at 14-1-2017 04:47 PM
Sebuah jet pejuang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) 'JAS39 C Gripen' terhempas ketika pertunju ...
pertunjukan udara untuk kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-Kanak
Hari kanak2 ni kat Thailand public holiday
Tempat lain ada ka?
. |
|
|
|
|
|
|
|
kelana36 replied at 14-1-2017 10:08 PM
tengok kat video tu macam mishandling jer, roll and remained inverted, pull thru to the ground, fe ...
Nowa bagik patbelas bintang
Well said |
|
|
|
|
|
|
| |
|