View: 6970|Reply: 45
|
Jangan Terkejut! Inilah Gambar-Gambar Rumah Presiden Filipina, Rodrigo Duterte
[Copy link]
|
|
Rodrigo Duterte mula dilantik sebagai Presiden Filipina ke-16 pada 30 Jun 2016. Semenjak dilantik sebagai Presiden, Duterte mula dikenali dunia dengan kelantangan dan sikapnya yang tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
Ketegasannya terbukti ketika baru sahaja empat hari dilantik sebagai presiden, Duterte sudah memenuhi janjinya untuk memerangi jenayah terutamanya melibatkan penyalahgunaan dadah. Jesteru, seramai 30 orang pengedar dadah di negara itu telah menerima hukuman tembak mati.
Terdahulu, Duterte turut mengumumkan peningkatan mendadak dalam bajet negara itu untuk tahun 2017 bagi membiayai kempen kontroversinya memerangi jenayah. Pasukan keselamatan juga turut menerima kenaikan gaji yang besar.
Selain itu, nama Duterte terus menjadi bualan apabila beberapa keping gambar kediamannya mula tersebar luas di media sosial.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah meluangkan masa melawat Presiden Rodrigo Duterte di kediamannya di Davao City.
Kunjungan Abe, pemimpin negara pertama melawat Filipina sejak Duterte mengambil alih jawatan presiden, dirakamkan pembantu Duterte yang memuat naik gambar di Facebook menunjukkan kedua-dua pemimpin menikmati sarapan pagi.
“Kami juga menunjukkan kepada beliau bagaimana presiden menikmati keselesaan katilnya termasuk kelambu nyamuk lama yang masih diminatinya,” kata Christopher Go dalam Facebook, seperti dipetik portal berita Filipina, Inquirer.net.
Sementara itu, Reuters melaporkan gaya kehidupan sederhana Duterte menjadikan bekas datuk bandar yang terkenal dengan bahasa kesat itu popular di kalangan pengundi Filipina pada pilihan raya Mei tahun lalu.
Jom lihat gambar-gambar rumah Presiden Filipina yang hanya merupakan sebuah rumah 2 tingkat sederhana tetapi selesa.
Selepas perlantikannya sebagai Presiden, Duterte menolak untuk tinggal di kediaman presiden kerana mendakwa tempat itu berhantu.
Kediaman rasmi Presiden Filipina.
Bila melihat gambar-gambar rumah Presiden Filipina ini, tersangatlah jauh berbeza dengan kehidupan menteri dan ahli-ahli politik di negara lain. Semoga sifat kesederhanaan yang ada pada Presiden Filipina ini dapat dijadikan contoh buat semua. - CARI
*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa la xdibelinya rak kasut |
|
|
|
|
|
|
|
bermula dari bawah...mungkin dia lagi selesa camtu...lgpun kasut dia tersusun jah...bkn mcm selipar kat masjid
|
|
|
|
|
|
|
|
yang tu betul..tp mmg sempoi jer rmhnya
|
|
|
|
|
|
|
|
motip bawak abam abe sampai ke bilik tidur? |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah je sederhana kot..Entah2 aset lain kita tak tau..kadang orang camni jauh lagi kaya cuma taknak tunjuk,. |
|
|
|
|
|
|
|
I risau akan keselamatan keluarganya..sebab dia betul2 mahu menghapuskan penjenayah dadah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahhh bapak macik pn dok umah kampung ja..,rak kasut pn x beli...tapi harta? harta banyak tanah berbondang2..rumah berpuluh biji..lot kedai.,bisnes merata2
Bapak macik kate umah x penting.,,yg penting larik cukai dlu |
|
|
|
|
|
|
|
ada gambar bini dia x? pakai cincin mahal ke murah |
|
|
|
|
|
|
|
bagus2... bersederhana lah dalam hidup. cuba tengok rumah arwah tok guru nik aziz
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesin basuh ngan peti ais ada? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pakai kelambu. Wujud lagik eh |
|
|
|
|
|
|
|
Berbanding dgn PM Malaysia hrmmm umpama bumi dgn langit. Septtnyalah pemimpin2 hidup bersederhana shj krn mereka sememangnya bukanlah seorang ahli perniagaan, seorang ahli korporat yg dapat duit hasil titik peluh sendiri. Mampukah seorang pemimpin dgn gaji yg sederhana hidup bagai seorang jutawan. Bagaimanakah mrk memperolehi kekayaan kalau berdasarkan hanya pendapatan melalui gaji bulanan yg diterima.
Jadi Duerte ini mgkin x mahu gunakan wang hasil merampok duit rakyat mcm Marcos & Imelda dahulu. Sgt susah & sedikit mahu mencari pemimping yg hidup sederhana. Kebanyakkannya mahu hidup disaluti kemewahan |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya family dia. macam tak takut langsung. dengan rumah macam tu, kalau ada drug dealer yg kecam mereka.... so scary noks.
abam ajib, tak malu kher? mohon abam ajib update tengah melawat kampong halaman sambil berpelikat, puhleaseee. |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya family dia. macam tak takut langsung. dengan rumah macam tu, kalau ada drug dealer yg kecam mereka.... so scary noks.
abam ajib, tak malu kher? mohon abam ajib update tengah melawat kampong halaman sambil berpelikat, puhleaseee. |
|
|
|
|
|
|
| |
|