CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4083|Reply: 22

Lelaki Ini Dakwa Dapat Wang Kertas Palsu Dari Mesin ATM

[Copy link]
Post time 31-1-2017 05:26 PM | Show all posts |Read mode









Beberapa hari lepas, tular tentang kisah seorang lelaki yang mendakwa menerima wang kertas palsu dari mesin ATM di sebuah bank di Melaka.


Menurut Mohd Azwim, dia mengeluarkan wang itu kira-kira jam 1 petang di Bukit Baru, Melaka Tengah sebelum dimasukkan ke dalam akaun bank menerusi mesin tunai automatik (CDM) tetapi gagal.








“Hati-hati ye, mesin ATM pun tak selamat, keluarkan wang palsu. Pihak bank pun tak nak bertanggungjawab,” tulis Mohd Azwin di laman Facebook miliknya.


Ekoran itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Air Keroh dan dia dimaklumkan bahawa sudah banyak kes yang sama berlaku.


Menurut isterinya Norihas, pihak bank juga enggan bertanggungjawab biarpun wang kertas itu dikeluarkan melalui mesin ATM milik bank berkenaan.







Ketika ditanya oleh Norihas, pihak bank memberitahu bahawa duit didalam mesin ATM tersebut bukan dimasukkan oleh pihak bank, sebaliknya diuruskan oleh pihak safeguard.

“Bayangkan jika semua wang yang saya keluarkan semuanya palsu? Kita sebagai client mereka, mereka lepas tangan begitu sahaja.

“Bagaimana jika itu saja duit yang kita ada untuk berbelanja, bukankah ini sudah menganiaya pelanggan?” luah Norihas.


Norihas juga memberitahu dia tidak akan teragak-agak untuk menutup akaunnya di bank tersebut sekiranya pihak bank enggan bertanggungjawab.



Difahamkan kes seperti ini sudah sering kali berlaku, persoalannya adakah pihak bertanggungjawab tidak mencari jalan penyelesaian dan hanya "lepas tangan" sahaja setiap kali kes sama berulang? - CARI.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi ni angkara siapa? Bank negara sila siasat. Gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 05:49 PM | Show all posts
of course le bank tkkn bertnggungjwb

psl pemilik bank tu geng pemakan riba

pemakan riba ni atas level dari pemakan harta anak2 yatim

so, benda2 kecik cmni hati dorg dh gelap,

tkkn bantu punye sbb hati dorg dh ade dlm neraka

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 06:02 PM | Show all posts
batmana replied at 31-1-2017 05:49 PM
of course le bank tkkn bertnggungjwb

psl pemilik bank tu geng pemakan riba



pedas komen ko.. terasa pulak aku yg pernah kerja bank ni


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau rm10 pon aku tuntut peduli apa aku  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 06:19 PM | Show all posts
cmne nk knl wang asli sesungguhnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2017 06:22 PM | Show all posts
eee serius la. dunia skrg makin mrepek ah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Haruslah banyak uang palsu. Takkan tak paham
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Note rm100 palsu boleh tengok kalo no siri berakhir 996.x tau lah betul ke idok dpt wassap ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo bnk x nk bertanggungjawab...abih tu mner nk ganti balik???? Sapa/pihak mana yg pt dipertanggung jawabkan 'membayar balik' wang kita tu???? Bayangkan korng kuarkan gaji...semuanya duit palsu...amcam???
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmm macam macam dunia sekarang. duit dari atm tu lah paling percaya sekali, ni dapat duit palsu. semua takleh percaya
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:05 AM | Show all posts
Patut dedahkan nama bank itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:11 AM | Show all posts
bukit baru...?
emmm...cimb ke...
teka je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 10:20 AM | Show all posts
kat bukit baru klu x silap ade affin n cimb je ken?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 11:16 AM | Show all posts
betul la tu, repot je la polis. hantar dekat bank pun bukan jam2 tu dapat balik duit ganti. depa pun siasat juga.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak bank slalu akan siasat syarikat security yg terbabit. Duit palsu kalau tgk satu2 bleh la detect. Pakai mesin kira tu kadang leh detect, kadang lepas. Pe pun kena bertanggungjwab la. Bagi jwpan yg meyakinkan customer, jgn semua jawab xtau je. Yg customer pon jgnla xpect perkara tu boleh diselesaikan jam tu jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 01:05 PM | Show all posts
Bukan nak buruk sangka mungkin ada berkaitan dengan staff company security sebab mereka yang akan datang tolong isikan duit dalam atm mesin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 05:48 PM | Show all posts
tak heran, kalau 100 juta hilang, x der org nak tanggung jawab pun. Tambah duit 100-200 lagi la.
Kepinpinan melalui teladan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Terjawab sudahla tanda tanya adakah bank akan bertanggung jawab sekiranya kad debit kena klon dll sama macam bank kat australia..
Bank malaysia takkan bertanggungjawab.titik
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 09:25 PM | Show all posts
ada ke statement rasmi dari bank langsung takmo bertangggungjawab?ini mcm dengar sebelah pihak jah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.091232 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list