CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12024|Reply: 121

[Tempatan] 24 individu didakwa mencuri duit Maybank berjumlah RM36 juta.

[Copy link]
Post time 10-2-2017 04:03 PM | Show all posts |Read mode



This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 921x614.


Sebahagian daripada 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang milik Maybank Islamic Berhad berjumlah RM36 juta, tiga tahun lalu. FOTO Yazit Razali

KUALA LUMPUR – Seramai 24 individu termasuk 13 sekeluarga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencuri wang milik Maybank Berhad yang kesemuanya berjumlah RM36 juta tiga tahun lalu.

Kesemua tertuduh yang terdiri daripada 17 lelaki dan tujuh perempuan berusia antara 23 hingga 62 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap mereka.

Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyalahguna wang milik Maybank Berhad berjumlah RM36 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Maybank masing-masing.

Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.

Difahamkan, penyalahgunaan wang itu dilakukan menerusi manipulasi sistem perbankan dalam talian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa cawangan Maybank termasuk Menara Maybank 100 di Jalan Tun Perak di sini antara Oktober 2014 dan Januari 2015.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sebelum menetapkan 3 Mei ini untuk sebutan semula kes.


Senarai tertuduh:

Baharudin Selamat, 61

Zulhilmi Mat Nayan@Ahmad, 34

Shafi Ismail, 44

Mohd Azhar Baharom, 32

Hamsah Selamat, 59

Hairol Azali Mohd Yusof, 43

Nor Azuan Shafie, 41;

Nur Jamaaton Baharuddin, 27

Noraishah Nasarudin, 28

Nor Ashikin Nasarudin, 33

Noorasmahwati Nasarudin, 37

Salisa Essah, 38

Norsyahira Fazira Hamzah, 23

Norhayati Mohd Nor, 46

Nasarudin Ali, 62

Zulfieka Fareez Hamsah, 28

Alias Mohamad, 55

Ahmad Shazni Mat Hassan, 34

Hasril Hassan, 43

Mohd Hezzam Arfadli Mat Hassan, 39

Mohamad Najib Khamis, 40

Hafiz Dahlan, 37

Mohd Azmi Md Ishak, 38

Harun Mohd Yusof, 32


http://kosmo.com.my/kosmo/content.as...#ixzz4Y7kB4qwG


Quote:


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 04:17 PM | Show all posts
Mahu makan masa 3 tahun atau lebih nak selesai kes ni. Banyak pula tu OKT nya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:21 PM | Show all posts
mcm mana dia org boleh curi duit bank??? nak tau jugak
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:21 PM | Show all posts
hebatnya.... how die manipulate tu.... org dlm gak le haha
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:21 PM | Show all posts
Jumlah paling rendah dicuri dalam setiap transaksi ialah RM9,894.86 manakala jumlah paling tinggi RM4,567,683.26.


berbaloi ke dakkk?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:27 PM | Show all posts
semua mereka makan berus bulu babi ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2017 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow.camne diorang manipulate?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:31 PM | Show all posts
patot semunya gemok & berkerak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 04:32 PM | Show all posts
dulu2 pun ada kes camni kan?
tapi laki tu buat sorang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana drangtipuduit maybank ni? dgn cara curik duit orgmcmscammer afrika tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:38 PM | Show all posts
curi bitcoint lg bagus.. sebab illegal.. ibaratnya curi dadah.. kalau report polis pun dah sure dadah salah..

sama juga bitcoint.. setahu akak msh illegal bitcoint di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kes hsbc la.... Staff curik duit penumpang mh370
Mentang2 le gomen blom jmpe lagi mh370, sedap2 je ko curik duit depositor
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:50 PM | Show all posts
mendapat la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dua daripada tertuduh merupakan penjawat awam manakala bakinya peniaga, pekerja swasta atau bekerja sendiri"

Takde plak mention salah seorgnya org dalam or pekerja maybank. Mcm mana diorg manipulate sistem???
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 05:06 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-2-2017 04:45 PM
Mcm kes hsbc la.... Staff curik duit penumpang mh370
Mentang2 le gomen blom jmpe lagi mh370, sedap2 ...

premier...

reckon... ini kes yang sama la kan --
ni pun  curi duit penumpang yang dah 'mati' - hilang  MH370 juga kan..



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 05:25 PM | Show all posts
dexa replied at 10-2-2017 05:06 PM
premier...

reckon... ini kes yang sama la kan --

mmg ada tred  psl kisah 'penumpang' mh370 ni.mmg staff bank pi songlap duit mangsa mh370 tu
tp yg kes meybeng ni, iols enggak pasti sangat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 05:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm org dalam je, orang IT mungkin boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 05:33 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-2-2017 05:29 PM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=851911&highlight=mh370
Suspek curi wang man ...

premier...

saya rasa case ni yang curi duit penumpang MH370 la..
sebab teringat ada read the news about it few years ago
re:  orang yang steal tu --- kerja maybank -- dan
penumpang yang 'hilang' tu -- ada accounts kat that particular maybank

as well - if i am not mistaken -- she stole it and also mcm sort of
transfer certain amounts pada kaum kerabat dia juga --

tu yang ramai  anak beranak punya nama tu --

however - that's only my take - possibly totally different case, though --
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 05:34 PM | Show all posts
anak beranak nasarudin paling ramai. bagus. berkongsi kekayaan anak beranak. x makan sorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.048592 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list