Pelbagai variasi resipi boleh diolah dengan menggunakan sapuan Nutella. Namun harganya juga boleh tahan mahal. Jika sekali-sekala, bolehlah dibeli. Tapi takkan lah nak beli selalu, bukan?
Untuk lebih jimat, apa kata anda buat sendiri sapuan Nutella anda? Bukan sahaja lebih menjimatkan, malah kebersihan bahan-bahan serta cara pembuatannya lebih terjamin.
Tiada masalah jika anda tetap mahu membelinya. Khas buat anda yang suka mencuba resipi baru, cubalah resipi Nutella homemade ini!
Resipi Nutella Homemade Mudah, Pasti Terangkat!
Bahan:
4 cawan susu segar
3-4 sudu besar hazelnut
4 cawan gula pasir
4 sudu besar tepung serba guna
6 sudu besar serbuk koko
200g mentega
1/2 sudu besar garam
Foto: The Huffington Post
Cara membuatnya:
1. Campurkan gula, serbuk koko, dan tepung dalam mangkuk.
2. Sedikit demi sedikit masukkan susu sambil digaul bagi mengelakkan campuran daripada berketul-ketul.
3. Apabila campuran sudah sebati, masukkan ke dalam periuk.
4. Panaskan campuran menggunakan api sederhana. Kacau selalu bagi mengelakkan campuran daripada hangus atau melekat pada dasar periuk.
5. Masukkan hazelnut kisar yang sudah dipanggang atau digoreng (ikut citarasa) ke dalam campuran tadi.
6. Tambah mentega dan garam, kacau rata.
7. Masak campuran atas api sederhana dan terus kacau sehingga campuran menjadi pekat (lebih kurang 15-20 minit).
8. Biar Nutella 'homemade' anda sejuk sebelum dimasukkan ke dalam jar bertutup. Simpan di dalam peti sejuk.
Foto: Baked by an Introvert
Cubalah buat Nutella anda sendiri! Dijamin lebih halus dan sedap. Selamat mencuba! - CARI
Kredit resipi: Bright Side |