CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7140|Reply: 87

[Dunia] London Diserang Pengganas !!! (5 terkorban)

[Copy link]
Post time 23-3-2017 08:48 AM | Show all posts |Read mode
5 mati, 40 cedera dalam serangan di Parlimen UK
LONDON: Lima terbunuh dan kira-kira 40 yang lain cedera di sini semalam selepas sebuah kereta merempuh ke arah pejalan kaki dan seorang lelaki dipercayai pengganas menikam anggota polis, berhampiran bangunan Parlimen Britain.
Dua yang maut termasuk penyerang dan anggota polis terbabit, sementara 3 lagi mangsa meninggal dunia dipercayai selepas dilanggar kereta berkenaan yang dipandu laju merentasi Jambatan Westminster sebelum terbabas di luar Parlimen.
Perdana Menteri Theresa May mengutuk serangan itu.
“Lokasi serangan ini bukan satu kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di luar pejabatnya di 10 Downing Street, semalam.
“Pengganas memilih untuk menyerang di tengah-tengah ibu kota kita, di mana orang pelbagai warganegara, agama dan budaya datang untuk meraikan nilai kebebasan, demokrasi dan kebebasan bersuara,” katanya.
May berkata sebarang cubaan untuk menewaskan nilai itu menerusi keganasan pasti akan gagal.

Pegawai kanan bahagian counter-terrorism Britain, Mark Rowley memberitahu wartawan serangan bermula apabila sebuah kereta yang sedang dipandu di Jambatan Westminster melanggar dan mencederakan orang awam serta 3 pegawai polis.
“Kereta itu kemudian terbabas berhampiran Parlimen dan sekurang-kurangnya seorang lelaki, bersenjatakan pisau, terus menyerang dan cuba memasuki Parlimen,” katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mengandaikan serangan itu didorong oleh keganasan berkaitan pengganas Islam.
Katanya, polis percaya mereka tahu identiti penyerang tetapi enggan memberikan butiran lanjut pada peringkat ini.
Insiden semalam menjadi serangan dahsyat di London sejak kejadian 4 pengganas British membunuh 52 penumpang kereta api dan diri sendiri dalam serangan bom berani mati dalam sistem kereta api bawah tanah pada Julai 2005.
Ia berlaku pada hari ulang tahun pertama serangan militan Islam yang membunuh 32 orang di Brussels.
Anggota polis yang maut dikenali sebagai Keith Palmer, 48, yang sudah berkhidmat selama 15 tahun.
Tinjauan wartawan mendapati sekurang-kurangnya 12 cedera di jambatan dengan ada yang terbaring di atas jalan raya, ada yang berdarah dan seorang terbaring di bawah bas.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 08:58 AM | Show all posts
Islam jua dikaitkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:02 AM | Show all posts
Wow... dah macam citer London Has Fallen...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:04 AM | Show all posts
yg x bsalah jd mangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2017 09:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mujuq x langgaq che ta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2017 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengganas tu agama apa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
yang i kesah, che ta fobia x nak sambut besday kat london?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 09:50 AM | Show all posts
forum pun diserang berita bahasa cina
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 09:51 AM | Show all posts
cross out london dari travel list
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni salah manusia... bukan salah agama... kata lobai dan lobainita....

Tp kl agama lain.... cepat2 dia salahkan agama tuh...

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn ban Muslim sudh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:27 AM | Show all posts
bila ni? aku dah seminggu bercuti kat london, tarak pun dengar bunyi tembak2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:30 AM | Show all posts
virusnipah replied at 23-3-2017 10:27 AM
bila ni? aku dah seminggu bercuti kat london, tarak pun dengar bunyi tembak2.

ko bercuti kat london weight management mmg la tak dengar tembak2 va
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:30 AM | Show all posts
islam?
huh...
saje nak cipta ketegangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:31 AM | Show all posts
pittjie replied at 23-3-2017 10:30 AM
ko bercuti kat london weight management mmg la tak dengar tembak2 va

jeles la tu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 10:32 AM | Show all posts
surwanis replied at 23-3-2017 10:30 AM
islam?
huh...
saje nak cipta ketegangan

memang tegang je tengok mat saleh pakai seksi kat london ni.




Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 23-3-2017 09:41 AM
Pengganas tu agama apa sis?

agama baru, poohkey namanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
therasa may ni memang xde aura jadi prime minister.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 10:35 AM | Show all posts

eh hello. aku selimmelim la tak perlu nak pegi london weight tu nak kuruskan badan. apa nya la nak jeles.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.092810 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list