View: 2275|Reply: 14
|
Munakahat II : Perihal melafazkan talak ketika marah
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 30-3-2017 08:51 AM
Al-KAFILI AL-FATAWI
AL-KAFI #597: LAFAZ TALAK KETIKA MARAH, TIDAK JATUH?
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 29 Mac 2017
sumber pautan asal:
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1538-al-kafi-597-lafaz-talak-ketika-marah-tidak-jatuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan:
Benarkah talak tidak jatuh jika disebutkan ketika marah?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Di dalam mazhab al-Syafie, talak yang dilafazkan secara sarih (jelas, seperti cerai dan talak) dan ditujukan kepada isteri, oleh suami, adalah jatuh meskipun dilafazkan tanpa niat. Pengecualian diletakkan pada enam keadaan;
- Orang yang tidur
- Orang yang gila
- Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap).
- Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “Taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan.
- Penggunaan lafaz yang tidak difahami
- Dipaksa dan mabuk bukan kerana maksiat
- Rujuk al-Muʿtamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/163-166)
Bagi keadaan yang keenam, sandaran nabawiyyah yang digunakan adalah hadis Rasulullah SAW:
لَا طَلَاقَ وَلَا عَتَاقَ فِي إِغْلَاقٍ
Maksudnya: Tidak berlaku talak dan pembebasan hamba yang dilakukan dalam keadaan Ighlaq.
Riwayat Abu Daud (2193)
Berkata al-Syaukani dalam Nail al-Autar (6/279): “Maksud ‘fi ighlaq’... para ulama al-gharib (pakar dalam istilah-istilah yang sulit) menafsirkannya sebagai paksaan. Ini diriwayatkan daripada Ibn Qutaibah, al-Khattabi, Ibn Sayyid dan selain mereka. Dikatakan maksudnya ialah gila tetap al-Mutarrizi mengecualikannya. Dikatakan juga maksudnya adalah marah. Inilah yang terdapat dalam Sunan Abi Daud, satu riwayat daripada Ibn al-A`rabi dan tafsiran Imam Ahmad. Akan tetapi Ibn Sayyid mengkritik: “Kalau begitu tidak akan pernah berlaku talak kerana seseorang itu tidak mentalakkan melainkan dalam keadaan marah." Berkata Abu Ubaidah: Ighlaq itu penyempitan.”
Justeru dalam mazhab al-Syafie, talak yang dijatuhkan ketika marah adalah sah. Namun kami juga cenderung juga kepada pendapat jika marah itu sifatnya melampau sehingga hilang akal dan perasaan, seperti orang gila, maka tidak jatuh talak. Bagi kedua-dua keadaan, memandangkan lafaz itu disebut secara sarih, hendaklah isteri atau suami itu wajib segera merujuk kepada Mahkamah Rendah Syariah setempat bagi Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai kerana urusan talak ini adalah urusan yang serius berkait dengan tujuan Syariah iaitu penjagaan nasab, keluarga dan keturunan.
Semoga Allah memelihara kita daripada bermudah-mudah dan bermain-main dalam isu talak.
Wallahua’lam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada pengalaman pasal cerai2 ni
aku temankan sedara aku dgn suami dia pegi pejabat agama utk tujuan nk bercerai (masa tu belum cerai)
disebabkan itu 1st time pegi pej agama, kaunter kat pej agama tu nasihatkan dorang pegi jumpa ustaz kaunseling dulu sebelum buat keputusan bercerai.......
yg si suami ni punya baran dia jerit kat kaunter tu "Kami datang nak bercerai...bukan nak minta kaunseling......"
pastu dia pandang muka wife dia sambil jerit "awak sipolan binti sipolan..aku ceraikan engkau sekarang juga..."
satu pejabat dengar, pastu org pej agama tu cakap...talak dah jatuh, cerai sah...
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas tu sound balik pegawai tu, akak datang nak fasakh laki akak.. aku fasakhkan kau dengan fasakh 3 in 1.. sah..
|
|
|
|
|
|
|
|
haissh wow ngilu bace....
|
|
|
|
|
|
|
|
macam dapat ku bayangkan betapa hanginnya si suami itu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hangin angin le jugak...tapi tolong lah respect pompuan.....
masa menikah, bkn main tertib menghadap tok kadi...bila dah tak suka, buang mcm tu je...menjatuhkan maruah pompuan di khalayak ramai...
Setiap perbuatan, ada pembalasannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
mugkin dia tak marahkan bini dia
dia marah kat orang pejabat agama tu
nak bercerai dah suh gi kaunseling plak.
hanginla member..
sekali bini dia plak dah termalu
|
|
|
|
|
|
|
|
harrypoter replied at 30-3-2017 09:09 AM
aku ada pengalaman pasal cerai2 ni
aku temankan sedara aku dgn suami dia pegi pejabat agama utk tuj ...
Ada kena bayar denda lafaz talak luar mahkamah RM500?
Nak menalak pun, DUIT DUIT DUIT. Agama jadi DUIT aje zaman ni.
Islam tinggal RM aje lah yer. Rasa tragis dan ngeri tinggal di zaman SEMUA SYIRIK. Entah saya yg tak betul atau ada lagi yg sewel dalam beragama yer? |
|
|
|
|
|
|
|
Leh pakai ke fatwa kalau cerai luar mahkamah pun kena bayar denda? Sunnah Rasullullah atau Ahlul Sunnah Wal Jamaah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Saja nak bagitau, drama ditv tak sedahsyat dari realiti sebenar membodohkan manusia menerusi agama. |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah bukti Islam PHOTOSTAT.
Korang punya islam atas kertas aje. Buka aje ic, tulis Islam. Gheti apalah sgt kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Korang punya Islam dekat atas sijil nikah aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang lagi dahsyat, korang nyer Islam atas sijil phd agama aje. Tu pasal ler tak gheti |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman ini zaman Islam photostat. Nak berniaga pun cara Islam photostat. Iyelah lan, duit pun dicetak aje.
Saya sorang aje yg sedar, yg lain2 tu jadi kambing hitam aje. |
|
|
|
|
|
|
| |
|