Seorang lelaki berusia 57 tahun dilaporkan maut gara-gara memakan katak.
Menurut Daily Mail, lelaki yang berasal dari Korea itu menangkap lima katak di sebuah empangan di daerah Daejon bersama beberapa temannya dan menyangka katak itu spesies ‘bullfrog’ yang boleh dimakan.
Foto: Dailymail.co.uk
Katak tersebut kemudiannya dibawa pulang dan diserahkan kepada isteri salah seorang daripada mereka yang megusahakan perniagaan restoran untuk dimasak.
Tidak lama selepas memakannya, lelaki terbabit muntah dan dihantar ke hospital sebelum mati pada pagi berikutnya.
Laporan forensik menyatakan daging katak itu mengandungi toksin yang jika dimakan berlebihan boleh membawa maut. -CARI
ubi kayu tu patutlah org tua kata x boleh makan ubat lps makan ubi kayu. agaknya tindakbalas dgn ubat pun boleh release hydrogen cyanide or other toxin kot
Post time 24-4-2017 09:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tengok gambar katak, teringat kes adik i masa sekolah dulu, balik sekolah menangis2 kaki berdarah katanya tapi tak sakit.. Sekali ayah i cek rupanya katak dalam kasut mati terperosok... Pastu terus dia cakap ngan ayah i, nak kasut baru kalau x, xnak g sekolah..
Sejak hari tu, i memang akan ketuk2 kasut kalau nak pakai... Gelinyaaa