|
"Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10."
Bersyukur. Itulah perasaan yang digambarkan pelakon Rosnah Mat Aris, 62, apabila dia bakal meraikan usia sedekad perkahwinan bersama suami muda, sekali gus menutup mulut pihak tertentu yang meramalkan perkahwinannya dengan Tajul Efendie Isa (Blue), 36, tidak akan kekal lama.
Foto: BH Online
"Alhamdulillah, saya sangat bahagia. Saya sendiri terkejut kerana pejam celik, pejam celik, tahun ini kami bakal meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Dia sendiri ada menyatakan, apabila jodoh kami dipanjangkan Tuhan, ia bermakna satu kemenangan buat dirinya.
"Sepanjang kami mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menyakitkan hati saya ataupun berlaku curang," katanya.
Menceritakan peringkat awal hidup sebagai suami isteri, ada 'suara-suara sumbang' menghasutnya dengan mempertikaikan keikhlasan suaminya.
"Sebelum ini, ramai yang menuduh dirinya berkahwin dengan saya kerana duit dan mendakwa saya yang menanggung hidupnya.
"Bagaimanapun selepas saya berjaya membuktikan Tajul tidaklah seburuk disangkakan, mereka tidak lagi mempersoalkan keikhlasannya," katanya.
Seburuk manapun seseorang itu, janganlah sesekali mendoakan perkara yang tidak baik untuknya. Cubalah bersenang sikit dengan kebahagiaan orang, jangan berhasad saja. Barulah hati jadi tenang. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|