CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1784|Reply: 11

Putus Hubungan Sabtu Lepas, Bot KD Perdana TLDM Kini Berjaya Dikesan

[Copy link]
Post time 23-5-2017 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Bot KD Perdana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)  yang terputus hubungan sejak Sabtu lepas berjaya dikesan di kedudukan 90 batu nautika timur Kuantan.


Memetik laporan Bernama, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin mengesahkan perkara itu menerusi akaun Twitter rasminya.





Beliau berkata bot KD Perdana dikesan pesawat pantai ‘beechcraft’ milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) susulan penemuan awalnya oleh sebuah kapal dagang.


Kapal KD Perdana dilapor terputus hubungan dengan bot yang membawa 'Tim Menggeledah' ketika mengusir bot nelayan asing di perairan Sedili, Sabtu lepas.


TLDM dalam kenyataan kelmarin berkata kapal berkenaan diketuai seorang pegawai dan lapan anggota laskar kanan ke bawah yang melaksanakan rutin rondaan maritim di kawasan perairan negara.- CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 10:59 AM | Show all posts
nasib baik djumpai
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus lah...cmna bole terputus?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 11:20 AM | Show all posts
cheergirlz replied at 23-5-2017 11:04 AM
bagus lah...cmna bole terputus?

biasa la tu...comm error...atau device faulty....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 23-5-2017 11:20 AM
biasa la tu...comm error...atau device faulty....

ooh...tq bg info
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah dah dijumpai ... kesian bercatu air mineral ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 09:14 AM | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 11:02 AM | Show all posts
hilang kat Sedili .. tapi jumpe kat perairan kuantan.. hurm.. dibawak dek arus ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 24-5-2017 02:11 PM

Patutnya kapal2 jenis FAC Combattante II  ni hantar scrap timbang kati je...dah lama dlm perkhidmatan...puluh2 tahun dah...gigih lagi nak guna..,dengan enjin melantung hangit...nak full speed pun semput2....tambah dgn sistem zaman cold war...

Sekali skala pihak TLDM kene la keluarkan kenyataan tegas skit untuk replacement FAC II ni..sekurang2nya upgrade ke FAC jenis baru...nak harapkan JEBAT / LEKIU  dgn PV buat patrol dari langkawi sampai ke sebatik...letih la kene lanyak..Kerajaan persekutuan pulak jangan la kedekut sangat untuk lebihkan bajet pertahanan...

"Negara yang makmur bermula dari ekonomi yang subur dan pertahanan yang ampuh"
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 24-5-2017 02:06 PM
Patutnya kapal2 jenis FAC Combattante II  ni hantar scrap timbang kati je...dah lama dlm perkhidmata ...

Semua pegawai tertinggi tentera umno dah letak orang yang pro umno/kerajaan supaya bersuara lunak ...semua panglima atm diambil dari panglima tentera darat, tapi tetiba panglima yang lepas ni dari cabang tentera udara.. sebab apa tak ambil panglima tentera darat seperti kelaziman?    ... panglima2 yang bersuara lantang demi kebaikan ATM semua dicantas awal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:41 PM | Show all posts
bgusla dh jmpe... byk sgt bnda hilang xjmpe2 kt mlysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulilah dh jumpa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.080566 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list