|
Wah, rezeki di bulan mulia yang cukup bermakna buat pelakon Lufya Omar yang kini sudah berbadan dua!
"Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan. Terima kasih di atas ucapan yang dikirimkan di laman Instagram setelah saya mula memuatnaik sekeping gambar memaklumkan hal ini semalam.
"Biarpun kami tidak pernah merancang soal memiliki cahaya mata, namun rezeki ini kami terima dengan penuh kesyukuran," katanya kepada mStar Online.
Seperti kebanyakan ibu lain, Lutfyah Sheikh Omar, 32, juga mengalami alahan ketika hamil terutama dengan bau wangian.
"Morning sickness memang ada. Saya jadi lebih peka dengan bau-bauan dan ada di antara bau wangian membuatkan saya rasa nak muntah," katanya.
Dalam pada itu, Lufya bersyukur kerana dia kini beransur pulih dari mabuk loya dan muntah teruk di peringkat awal kehamilan.
Seronok pasangan ini nak menyambut kehadiran ahli keluarga baru. Malah, keterujaan itu mendorong mereka untuk meninjau barang-barang kelengkapan bayi kebelakangan ini.
Foto: Lufya
"Selepas bersalin, apa yang saya harapakan saya dapat menguruskan badan dengan berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa. Dah kurus baru saya sedia kembali berlakon," jelasnya.
Untung Lufya dapat doktor kacak seperti patung 'Ken Doll' sebagai suami yang boleh memantau kesihatannya terutama sepanjang tempoh hamil. Semoga semuanya selamat ya. - CARI |
|